Social Icons

Pages

Thursday, April 24, 2014

FAKTA !!! @PDRMSIA HARUS BERTINDAK TEGAS TERHADAP PENGHASUT NEGARA !!!


Makin hari makin melampau.Perbuatan berterusan pimpinan pembangkang menghasut rakyat tidak harus dibiarkan berlarutan sehingga mencetuskan kekeliruan dan kebimbangan manakala pihak berkuasa tidak sepatutnya dilihat lemah untuk bertindak tegas terhadap mereka yang sengaja main sentimen itu.Unsur hasutan terhadap rakyat juga secara terang-terangan dilaungkan oleh pemimpin politik pembangkang telah terbukti jelas sehingga menampakkan kerajaan tidak mampu menanganinya dan sengaja membiarkan ianya berlarutan.Tindak tanduk mereka seperti mempertikaikan keputusan mahkamah dibuat seolah negara ini seolah keluhuran undang-undang negara boleh dipijak-pijak begitu sahaja.Ahli Parlimen PKR Batu Tian Chua misalnya nak tunjuk besar kepala mengajak rakyat untuk mengulingkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib sekiranya Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim dipenjarakan kerana kes liwat Siful Bukhari Azlan.Segala kenyataan sudah terakam melalui video malah ianya telah disebarluas melalui media sosial dan dipertontonkan kepada rakyat disamping luahan pada siri ceramah parti pembangkang.Semakin ramai yang geram melihat gelagat yang cuba memperguna sentimen politik dan penyokong taksub untuk melepaskan pimpinan mereka yang didapati bersalah di mahkamah. 

Mengulas situasi itu, antara yang turut bersuara ialah Senator Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin.Beliau lantang menggesa pihak polis mengambil tindakan yang paling tegas terhadap hasutan seumpama ini kerana rakyat sudah diberi peluang memilih kerajaan secara demokrasi.Beliau tidak mahu soal pembangkang hendak mempertahankan Anwar yang dikenakan hukuman oleh mahkamah dan masih lagi dalam proses perundangan dibiarkan berterusan hingga memberi kesan kepada keharmonian hidup rakyat sebagaimana berlaku dibeberapa buah negara.Katanya,“mereka secara terang-terangan malah mengaku menghasut rakyat dan ini berlaku kerana mereka merasakan penguatkuasaan kita lemah,maka mereka suka hati buat.Mereka tidak sedar tindakan itu memberi kesan besar kepada negara terutama peniaga yang akan alami kerugian, pelancong tak nak datang dan pelabur jadi takut, ini kerana nafsu politik mereka maka ramai yang akan menanggung kerugian,”katanya.Megat Zulkarnain yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gombak menganggap puak pembangkang itu akan buat begitu sesuka hati dan terus bermaharajalela tanpa memikirkan kesan buruk imej negara di mata dunia. 

Beliau juga menilai mereka yang membuat hasutan itu adalah cabaran dan kebiadapan melampau serta kurang ajar setelah melihat penguatkuasaan ‘dilihat lemah’.Megat Zulkarnian mahu pihak berkuasa mempergunakan akta-akta sediada bagi mencegah perkara itu dari terus berlaku jika tidak mereka akan terus menguji sehingga lebih ramai yang berani berbuat demikian.“Kita tidak mahu ianya menjadi satu presiden yang mana akan merosakkan negara dan saya yakin Ketua Polis Negara ada kemampuan untuk berbuat sesuatu yang tegas,” ujarnya. Senator Datuk Khairudin Abd. Samad mahu tindakan terhadap penghasut dilaksanakan secepatnya bagi mencegah ianya dari terus merebak dengan mempergunakan akta-akta tertentu.Katanya, “pihak berkuasa jangan tunggu dan lihat hingga dah jadi bubur baru nak bertindak, saya adalah orang mencintai keamanan disamping berjuta rakyat Malaysia lain maka polis mesti bertindak segera.” 

Mengulas tindakan menghasut rakyat untuk mengulingkan kerajaan,Khairudin menyeru pihak pembangkang bersikap rasional dan adil dalam mentadbir negeri yang dikuasai.Beliau juga membidas pihak pembangkang yang terus menghasut rakyat membenci pihak berkuasa seperti polis dan badan kehakiman kerana hendak membela seseorang yang perlu melalui proses keadilan serta perundangan.“Kita perlu terima proses perundangan sebagaimana semua pihak melaluinya, jangan kalau kita ditangkap dianggap tidak betul tetapi bila kita dibebaskan maka kita dianggap betul, kita tidak boleh ‘double standard’, ” katanya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Anonymous said...

Kdn n polis ade telor tak??pls la do something pihak yg ade authoriti..

Anonymous said...

Satu lapuran polis perlu dibuat ke atas kesalahan yg dilakukan oleh vavi ini.

Anonymous said...

Dalam banyak hantam, ada Najib bersuara? Rasa nya tandatanya yg paling besar sekali,

Sampai nak kena guling pun Najib diam! LGE diajak naik kapalselam lagi....

LGE terus-terusan salahkan dan fitnah UMNO....ahhh banyak kes lagi lah.

Yang tukang tabur,

AI, RR, LGE, TC, MS, tu belum masuk foot-soldiers, bloggers, macai DLL...

Kes kalimah ALLAH,
Kes Lahad Datu n culik
Cikgu Melayu dituduh,
Cikgu mualaf dihina
Murid diherdik-hina
Pekerja HongLeong di tindas-hina
Alvivi kes
NAMEWEE????

Tulis satu hari list tak habis.....ada NAJIB kisah???????????

Nak sangat undi cinabeng....ChewMeiFun tak boleh tarik undi tapi boleh sound kat Bung Moktar?????

UMNO ni masih releven yang tak pemimpin nya with exception of H2O, for now!

 
 
Blogger Templates