Seperti kelaziman,apabila disebut peristiwa
Memali,mereka akan kata Kerajaan BN sebuah
kerajaan pembunuh.Pelbagai tuduhan-tuduhan kesat akan
dilemparkan kepada Umno dan polis.Itu cerita sebelah pihak mereka.Maka sudah
tentulah cerita tersebut diputar belit supaya
menyebelahi mereka agar rakyat menyokong
mereka dan membenci kerajaan yang
memerintah.Mereka tak pernah ceritakan punca mengapa
perkara ini boleh berlaku.Tak kanlah ianya
boleh berlaku tanpa sebab.Tiada sebab takkan
ada akibat!
Peristiwa ini berlaku akibat dari politik
ekstrem dan politik kebencian melampau
yang diajar oleh Pas.
Agama diguna dan diputar secukup-cukupnya
oleh Pas untuk mendapat sokongan orang-orang
melayu.
Islam dilacur secukup-cukupnya oleh mereka
untuk menakutkan orang-orang melayu daripada
menyokong Umno.Anak-anak muda pada hari ini mungkin tidak
tahu betapa teruknya Pas di tahun 80an dulu.
Jihad, syahid dan kafir menjadi mainan di
mulut pemimpin-pemimpin Pas pada masa itu.
Benda-benda itu semualah yang menjadi
kan pengikut mereka ekstrem dan
menganggap Umno adalah musuh yang
perlu dihapuskan serta melawan
Umno adalah jihad.Mengikut catatan dalam buku Parti Islam antara
Realiti dan Fantasi oleh Omar Khalid
edaran pertama terdapat jelas pada muka
26 berbunyi begini :
"Saya telah mendengar sendiri daripada mulut
Ustaz Nik Ab Aziz semasa dia mengajar di
Masjid Kampung Pulau Melaka dengan
mengatakan JIKALAU MELAWAN UMNO
TIBA-TIBA MENINGGAL DUNIA,MAKA KITA
DIKIRA MATI SYAHID.Kaset ucapannya itu
tidak diizinkan kepada saya untuk mengedar
kepada orang ramai kerana kononnya sensitif
dan fatwa itu hanya untuk orang dalam
semata-mata".Sumber : سڬالاڽ Ù…ÙˆÚ ÙƒÙŠÙ†: Amanat Haji Hadi : Buat Kenang-Kenangan
Selain daripada itu Haji Hadi sendiri
juga pernah mengeluarkan amanatnya pada
7April 1981 di Kg Banggol Peradong,Kuala
Trengganu yang berbunyi ;
Saudara-saudara sekelian percayalah,Kita menentang UMNO,bukan kerana nama
dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional
bukan kerana dia lama memerintah kerajaan.Kita
menentang dia ialah kerana dia mengekalkan
perlembagaan penjajah,mengekalkan undang-undang kafir,mengekalkan peraturan jahiliyah.
Oleh kerana itulah kita menentang mereka.Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka.
Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.Percayalah saudara-saudara sekelian,Perjuangan kita adalah jihad,ucapan kita
adalah jihad,derma kita adalah jihad.Bergantunglah kita kepada Allah dengan
(menghadapi) puak-puak ini kerana kalau
kita mati melawan puak-puak ini,mati kita
adalah syahid.Mati kita adalah Islam.Kita tidak perlu masuk Buddha,Kita tidak perlu
masuk Hindu,Kita tidak perlu masuk Kristian,Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan
'politik suku, agama suku'.
Banyak lagi kalau kita nak senaraikan
kesesatan-kesesatan yang dilakukan oleh
Pas,antaranya sembahyang dua iman,tak
boleh pergi kenduri orang Umno,tak
boleh makan sembelihan orang Umno dan
sebagainya.Semua itu adalah untuk memastikan
orang-orang Umno dipulau,dibenci dan sebagainya.Apabila perkara itu
berlaku, maka orang-orang Umno yang
terasa mereka disisihkan akan menyertai
Pas dan akan mengundi Pas.Itulah politik kotor,politik ekstrem dan
politik kebencian melampau yang diamalkan
oleh Pas dalam usaha mereka
menumbangkan Umno.Kejahatan Pas orang tak nampak kerana mereka
berselindung di sebalik jubah,ketayap,serban,janggut,tasbih dan sulaman ayat-ayat Quran
serta hadis di mulut.Yang orang nampak Umno jahat sepanjang masa,kerana apa ??? kerana itulah yang diulang-ulangkan
di atas pentas ceramah Pas selama 365 hari setahun
sejak Pas ditubuhkan sehingga kini.
Berpunca daripada politik ekstrem yang
diajar dan diamalkan oleh Pas itulah
terjadinya tragedi Memali pada tahun 1985.Ibrahim Libya pada mulanya seorang yang baik.Beliau mulai 'rosak' setelah menyertai Pas pada
tahun 1978.Beliau bersekolah pondok di
Baling,kemudian belajar pula di madrasah di
Kepala Batas.Selepas itu dia melanjutkan pelajaran
ke Nilam Puri,Kelantan.Habis di
Kelantan beliau ke India dan selepas itu
menyambung pelajaran di Libya.Kembali ke tanahair pada awal 70an dan
beliau bekerja di Pusat Islam dibawah
Jabatan Perdana Menteri.Akhir tahun 1976
beliau letak jawatan dan bekerja dengan
Kedutaan Libya sebagai pendakwah.Daripada
situlah dia mula dikenali sebagai pendakwah
bebas.
Semuanya berjalan dengan lancar tanpa
sebarang masalah.Akhirnya apabila beliau
menyertai Pas pada tahun 1978 dan menjadi
calon dalam pilihanraya di Dun Bayu,maka
mulalah berlaku kerosakkan ke atas dirinya.Semuanya kerana politik ekstremis yang diajar
oleh Pas meresapi dirinya. Pas menggunakan
sepenuhnya kepakaran dan kehebatan
yang ada pada Ibrahim Libya untuk
menguatkan pengaruh mereka.
Sebagai contoh kita lihat Hassan Ali,dulu
dia seorang penceramah bebas yang hebat dan
dikagumi oleh setiap lapisan masyarakat.Pada waktu kegemilangannya semua orang
akan menunggu depan tv setiap khamis malam
jumaat untuk menunggu kemuculannya
dalam Forum Perdana Ehwal Islam.Hassan Ali mempunyai pengikut dan peminat
yang ramai.Pas tarik Hassan Ali sertai
mereka dan menggunakan pengaruh yang ada
pada Hassan Ali untuk menarik orang ramai
menyertai Pas dan menggunakan Hassan Ali
semaksimum mungkin di atas pentas-pentas
ceramah.Pada masa itu Hassan Ali dipuja,dipuji dan dijilat oleh orang-orang Pas sepanjang
masa.Akhirnya Pas dapat memecah kekebalan
benteng Dun Selangor daripada ditembusi
oleh Pas.Hassan Ali menang dalam pru 1999
di kerusi Sungai Burung.Kemenangannya
bukan kerana Pas tetapi kerana personalitinya.Selepas itu rakyat melihat Hassan Ali mula
rosak apabila menyertai Pas dan beliau
kehilangan sokongan,akhirnya tewas dalam pru
2004.
Tetapi pada pru 2008 Hassan menang
balik di Gombak Setia.Kemenangannya pada
masa itu bukan kerana dia Hassan Ali
tetapi kerana kemarahan rakyat kepada
kepimpinan negara dan Umno pada masa itu.Dalam pru 2008,bukan setakat Hassan Ali
yang menang, ramai lagi pemimpin yang
menang sehingga mereka berjaya membentuk
kerajaan campuran.
Lihat apa jadi kepada Hassan Ali sekarang ???
Dari segi pengaruh memang ada persamaan
antara Ibrahim Libya dan Hassan Ali.Mereka berjaya menggunakan pengaruh
mereka untuk menarik orang menyokong Pas.Bezanya,Pas kurang berjaya mentarbiah Hassan
Ali menjadi ekstremis Pas kerana Hassan
orang pintar.Manakala Ibrahim Libya
pula berjaya digunakan oleh Pas untuk
menjadi ekstremis.Suasana zaman juga
menjadi faktor bezanya Hassan dan Ibrahim.Berbalik kepada kisah Memali,selepas
menyertai Pas,Ibrahim Libya mula berubah
mengikut acuan Pas.Kerajaan pada masa itu mendapati
Ibrahim Libya mengancam keselamatan
negara dengan kegiatan memecah-belahkan
masyarakat Islam melalui ceramah-ceramah
agamanya.
Lalu kerajaan mengambil keputusan untuk
menahannya di bawah ISA bagi memperbetulkan
keadaan.
Percubaan pertama pihak Polis untuk menahan
Ibrahim di bawah ISA pada 2 September
1984,bagaimana pun usaha itu gagal.Dikatakan 100 orang polis telah mengepungnya
tetapi dihalang oleh orang-orang kampung yang
keluar beramai-ramai.Untuk pengetahuan pembaca Badut Rakyat,pengaruh yang
ada pada Ibrahim Libya digunakan sepenuhnya
oleh Pas sehingga Ibrahim berjaya menarik
hampir 100 % penduduk Baling menyertai Pas
pada masa itu.Untuk mengelakkan ketegangan pihak polis
berundur dan selepas itu Ibrahim lari
menyembunyikan dirinya di satu tempat rahsia
di Baling.Setelah sekian lama menyembunyikan
diri dan tidak dapat menyampaikan ceramah,maka puak-puak Pas pada masa itu mengambil
keputusan membawa Ibrahim kembali kerumah
nya dan dia sentiasa dikawal rapi oleh ahli-ahli
Pas untuk mengelakkan Ibrahim ditahan di
bawah ISA.
Dalam tempoh itu juga pihak berkuasa beberapa
kali cuba untuk menahan Ibrahim di bawah ISA
tetapi semuanya gagal kerana dihalang oleh orang
-orang kampung yang bersenjatakan buluh
runcing dan pelbagai senjata tajam lagi.
Pernah berlaku dimana beratus orang kampung
mengepung sebuah kereta polis yang di dalamnya
ada Ketua Polis Daerah Baling dan kemudiannya
orang kampung meletak senjata di tengkuknya.Keadaan berterusan selama lebih kurang setahun.Pelbagai pendekatan yang diambil oleh polis untuk
menahan beliau tetapi gagal termasuklah meminta
dia menyerah diri secara sukarela.Jika pemimpin Pas pada masa itu ada tanggungjawab
sepatutnya mereka menyelesaikan masalah tersebut
dengan polis dengan cara yang baik kerana tempoh
nya sudah terlalu lama.Tetapi Pas tidak mengambil tanggungjawab itu,
mereka sengaja membiarkan keadaan tegang,kerana
itu yang mereka kehendaki untuk menggambarkan
kerajaan zalim dan mereka memang mahu polis
bertindak dengan ganas supaya boleh dijadikan
modal politik dan seterusnya boleh menumbangkan
BN.
Polis tiada pilihan,pelbagai cara lembut dan
diplomasi telah digunakan selama setahun tetapi
mereka gagal.Akhirnya polis terpaksa menggunakan
pilihan terakhir mereka iaitu menyerbu masuk ke
kampung berkenaan untuk menahan Ibrahim dan
pengikutnya.
Maka pada pagi 19.November.1985 polis telah
mengepung madrasah tempat Ibrahim Libya dan
pengikutnya berkubu dan meminta beliau menyerah
diri.
Permintaan itu tidak diendahkan dan dalam
masa yang sama juga penduduk-penduduk kampung
telah keluar dengan membawa buluh runcing dan
senjata tajam.Langkah pertama yang diambil oleh polis ialah
melepaskan gas pemedih mata.Tiba-tiba keluar
seorang lelaki dari tempat persembunyiannya di
sekitar kawasan yang dikepung membawa sebilah
parang untuk menyerang polis dan dia telah di
tembak mati.
Itulah bukti fahaman ekstremis yang dibawa oleh
Pas.Sanggup membawa parang untuk menyerang
polis.Sebilah senapang patah dipercayai milik Rela juga
turut digunakan untuk menembak anggota polis
oleh puak-puak yang berkubu bersama Ibrahim Libya.Dimana pemimpin Pas pada masa itu ??? adakah berita
berkenaan tidak sampai kepada mereka ??? mustahil !!!
Mengapa mereka tidak memujuk Ibrahim Libya dan
pengikutnya agar menyerah diri ??? Mereka memang
mahukan polis bertindak sedemikian demi untuk
dijadikan modal politik.
Itulah bukti pemimpin-pemimpin Pas adalah
pemimpin yang tidak bertanggungjawab.Sanggup membiarkan nyawa pengikut menjadi
taruhan demi politik. Setakat isteri jadi taruhan
taklik adalah perkara kecil.Nyawa ahli pun
mereka sanggup gadai asalkan dapat keuntungan
politik.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
8 comments:
Senapang patah yang diberi kepada anggota rela (ahli PAS) itulah yg memulakan pembunuhan yang mengakibatkan seorang Inspekter Polis terbunuh bersama sama 2 anggotanya ..
Bila bercakap bukan main petah dan kencang, tapi bila berdepan dengan pihak berkuasa, orang kampung dan mereka yang jahil (kebanyakan perempuan dipergunakan untuk menjadi perisai ..akhirnya mat sabu tak berani nak bercakap pasal Tabung Memali ...apa punya turrrr
ingat, yang pertama mati ialah polis. yang pertama tembak orang ialah orang Ibrahim Libya.
yang parah diajar mengucap oleh rakan rakan.
TAPI saya dengar sendiri dari mulut seorang isteri wakil rakyat pas, polis datang ke mamali semuanya minum dan mabuk. tak munasabah. polis tiba ke situ awal pagi , berlori lori tanpa bermaksud nak bunuh orangpun.
jauh sebelum itu, pengikut ibrahim dah meroyan, ke sana sini bawa senjata. maki hamun polis, mengugut orang kampong bahawa mereka akan ke setiap rumah untuk menyuruh orang mengucap. kenduri kendara pun ada masalah kerana orang pas tak mau makan sembelihan orang umno. sembahyang di masjid pun ada masalah. tak mau berimamkan orang yang mereka tak suka. maksudnya tak ada penyatuan melayu.
selepas kejadian, tuduhan terhadap polis bermacam macam. seolah mereka sendiri tak buat apa apa masalah. orang seluruh tempat datang melawat, sedekah lagi, tapi duit itu? mangsa terlibat tak di beri sumbangan.
pada saya mereka bukanlah islamik sangat kerana banyak kejadian ekoran dari peristiwa ini yang sangat membuktikan mereka hanya manusia biasa yang kadangkala terhasut juga dengan bisikan iblis. mereka orang angkuh yang tak mau bersatu dengan saudara sebangsa seagama demi menegakkan negara tercinta. kesimpulan jitu saya ialah pemimpin mereka gila kuasa dan menggunakan pengikutnya yang tak berapa bijak.
there r two sides of every story...ini versi resmi dari kjaan...tak semesti versi yg sebenar...
You may kiss your Hadi Besi's backside story la, idiot. Pastinya benar2 blaka.
Yg pasti bukti x bole dihapuskan..sejarah pengikut PAS ditangkap polis di Pokok Sena kerana membawa senjatapi haram pada thn 80an..Cikgu Non dengan kisah taliban KMM dsb kena ISA..sbb apa kerana taksub dgn PAS..
there r two sides of every story...ada versi rasmi dari kjaan dan ada versi rasmi pas...tak semesti versi yg sebenar dari dua-dua pihak pun...demokrasi adalah haram, pemecah belah umat.
Salah besar HH dgn Amanat HH81nya.
kita kalu tak tahu asal usulnya jangan bercakap.takut kita pula yang terbawa fitnah.kita yang hidup ni tak pasal-pasal dapat dosa kering.orang ni kalu dah tak suka semua kesalahan dia nak bongkarkan siap tampah fitnah lagi dah tak nampak dah yang baiknya.setakat baca 2 3 blog artikal dah nak buat ulasan.ada ke buat rujukan semua buku yang diceritakan tentang peristiwa ni,semua artikal tentang peristiwa ni tak kisah la di sebelah pihak mana pun kita kena kaji,tak cukup kita kena pergi sendiri tempat tu tanya penduduk kampung yang ada masa peristiwa tu,dengar kisah nye,tanya polis yang pernah bertugas masa tu,mungkin kita akan dapat sedikit sebanyak kebenaranya walaupun cerita bercanggah,sekurang-kurangnya kita sendiri dapat menilai.kalian sume ada dekat sana jugak ke masa peristiwa tu?
Post a Comment