Social Icons

Pages

Friday, April 04, 2014

EKSKLUSIF !!! SIAPA YANG MULAKAN PERISTIWA #MEMALI ??? ADAKAH #PAS ATAU #UMNO ??? WAJIB BACA !!!


Seperti kelaziman,apabila disebut peristiwa Memali,mereka akan kata Kerajaan BN sebuah kerajaan pembunuh.Pelbagai tuduhan-tuduhan kesat akan dilemparkan kepada Umno dan polis.Itu cerita sebelah pihak mereka.Maka sudah tentulah cerita tersebut diputar belit supaya menyebelahi mereka agar rakyat menyokong mereka dan membenci kerajaan yang memerintah.Mereka tak pernah ceritakan punca mengapa perkara ini boleh berlaku.Tak kanlah ianya boleh berlaku tanpa sebab.Tiada sebab takkan ada akibat! Peristiwa ini berlaku akibat dari politik ekstrem dan politik kebencian melampau yang diajar oleh Pas. Agama diguna dan diputar secukup-cukupnya oleh Pas untuk mendapat sokongan orang-orang melayu. Islam dilacur secukup-cukupnya oleh mereka untuk menakutkan orang-orang melayu daripada menyokong Umno.Anak-anak muda pada hari ini mungkin tidak tahu betapa teruknya Pas di tahun 80an dulu. Jihad, syahid dan kafir menjadi mainan di mulut pemimpin-pemimpin Pas pada masa itu. Benda-benda itu semualah yang menjadi kan pengikut mereka ekstrem dan menganggap Umno adalah musuh yang perlu dihapuskan serta melawan Umno adalah jihad.Mengikut catatan dalam buku Parti Islam antara Realiti dan Fantasi oleh Omar Khalid edaran pertama terdapat jelas pada muka 26 berbunyi begini : 

 "Saya telah mendengar sendiri daripada mulut Ustaz Nik Ab Aziz semasa dia mengajar di Masjid Kampung Pulau Melaka dengan mengatakan JIKALAU MELAWAN UMNO TIBA-TIBA MENINGGAL DUNIA,MAKA KITA DIKIRA MATI SYAHID.Kaset ucapannya itu tidak diizinkan kepada saya untuk mengedar kepada orang ramai kerana kononnya sensitif dan fatwa itu hanya untuk orang dalam semata-mata".Sumber : سڬالاڽ موڠكين: Amanat Haji Hadi : Buat Kenang-Kenangan

Selain daripada itu Haji Hadi sendiri juga pernah mengeluarkan amanatnya pada 7April 1981 di Kg Banggol Peradong,Kuala Trengganu yang berbunyi ;

Saudara-saudara sekelian percayalah,Kita menentang UMNO,bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan.Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah,mengekalkan undang-undang kafir,mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka.Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.Percayalah saudara-saudara sekelian,Perjuangan kita adalah jihad,ucapan kita adalah jihad,derma kita adalah jihad.Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini,mati kita adalah syahid.Mati kita adalah Islam.Kita tidak perlu masuk Buddha,Kita tidak perlu masuk Hindu,Kita tidak perlu masuk Kristian,Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'. 

Banyak lagi kalau kita nak senaraikan kesesatan-kesesatan yang dilakukan oleh Pas,antaranya sembahyang dua iman,tak boleh pergi kenduri orang Umno,tak boleh makan sembelihan orang Umno dan sebagainya.Semua itu adalah untuk memastikan orang-orang Umno dipulau,dibenci dan sebagainya.Apabila perkara itu berlaku, maka orang-orang Umno yang terasa mereka disisihkan akan menyertai Pas dan akan mengundi Pas.Itulah politik kotor,politik ekstrem dan politik kebencian melampau yang diamalkan oleh Pas dalam usaha mereka menumbangkan Umno.Kejahatan Pas orang tak nampak kerana mereka berselindung di sebalik jubah,ketayap,serban,janggut,tasbih dan sulaman ayat-ayat Quran serta hadis di mulut.Yang orang nampak Umno jahat sepanjang masa,kerana apa ??? kerana itulah yang diulang-ulangkan di atas pentas ceramah Pas selama 365 hari setahun sejak Pas ditubuhkan sehingga kini. 

Berpunca daripada politik ekstrem yang diajar dan diamalkan oleh Pas itulah terjadinya tragedi Memali pada tahun 1985.Ibrahim Libya pada mulanya seorang yang baik.Beliau mulai 'rosak' setelah menyertai Pas pada tahun 1978.Beliau bersekolah pondok di Baling,kemudian belajar pula di madrasah di Kepala Batas.Selepas itu dia melanjutkan pelajaran ke Nilam Puri,Kelantan.Habis di Kelantan beliau ke India dan selepas itu menyambung pelajaran di Libya.Kembali ke tanahair pada awal 70an dan beliau bekerja di Pusat Islam dibawah Jabatan Perdana Menteri.Akhir tahun 1976 beliau letak jawatan dan bekerja dengan Kedutaan Libya sebagai pendakwah.Daripada situlah dia mula dikenali sebagai pendakwah bebas. Semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.Akhirnya apabila beliau menyertai Pas pada tahun 1978 dan menjadi calon dalam pilihanraya di Dun Bayu,maka mulalah berlaku kerosakkan ke atas dirinya.Semuanya kerana politik ekstremis yang diajar oleh Pas meresapi dirinya. Pas menggunakan sepenuhnya kepakaran dan kehebatan yang ada pada Ibrahim Libya untuk menguatkan pengaruh mereka. 

Sebagai contoh kita lihat Hassan Ali,dulu dia seorang penceramah bebas yang hebat dan dikagumi oleh setiap lapisan masyarakat.Pada waktu kegemilangannya semua orang akan menunggu depan tv setiap khamis malam jumaat untuk menunggu kemuculannya dalam Forum Perdana Ehwal Islam.Hassan Ali mempunyai pengikut dan peminat yang ramai.Pas tarik Hassan Ali sertai mereka dan menggunakan pengaruh yang ada pada Hassan Ali untuk menarik orang ramai menyertai Pas dan menggunakan Hassan Ali semaksimum mungkin di atas pentas-pentas ceramah.Pada masa itu Hassan Ali dipuja,dipuji dan dijilat oleh orang-orang Pas sepanjang masa.Akhirnya Pas dapat memecah kekebalan benteng Dun Selangor daripada ditembusi oleh Pas.Hassan Ali menang dalam pru 1999 di kerusi Sungai Burung.Kemenangannya bukan kerana Pas tetapi kerana personalitinya.Selepas itu rakyat melihat Hassan Ali mula rosak apabila menyertai Pas dan beliau kehilangan sokongan,akhirnya tewas dalam pru 2004. Tetapi pada pru 2008 Hassan menang balik di Gombak Setia.Kemenangannya pada masa itu bukan kerana dia Hassan Ali tetapi kerana kemarahan rakyat kepada kepimpinan negara dan Umno pada masa itu.Dalam pru 2008,bukan setakat Hassan Ali yang menang, ramai lagi pemimpin yang menang sehingga mereka berjaya membentuk kerajaan campuran. 

Lihat apa jadi kepada Hassan Ali sekarang ???

Dari segi pengaruh memang ada persamaan antara Ibrahim Libya dan Hassan Ali.Mereka berjaya menggunakan pengaruh mereka untuk menarik orang menyokong Pas.Bezanya,Pas kurang berjaya mentarbiah Hassan Ali menjadi ekstremis Pas kerana Hassan orang pintar.Manakala Ibrahim Libya pula berjaya digunakan oleh Pas untuk menjadi ekstremis.Suasana zaman juga menjadi faktor bezanya Hassan dan Ibrahim.Berbalik kepada kisah Memali,selepas menyertai Pas,Ibrahim Libya mula berubah mengikut acuan Pas.Kerajaan pada masa itu mendapati Ibrahim Libya mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Islam melalui ceramah-ceramah agamanya. Lalu kerajaan mengambil keputusan untuk menahannya di bawah ISA bagi memperbetulkan keadaan. Percubaan pertama pihak Polis untuk menahan Ibrahim di bawah ISA pada 2 September 1984,bagaimana pun usaha itu gagal.Dikatakan 100 orang polis telah mengepungnya tetapi dihalang oleh orang-orang kampung yang keluar beramai-ramai.Untuk pengetahuan pembaca Badut Rakyat,pengaruh yang ada pada Ibrahim Libya digunakan sepenuhnya oleh Pas sehingga Ibrahim berjaya menarik hampir 100 % penduduk Baling menyertai Pas pada masa itu.Untuk mengelakkan ketegangan pihak polis berundur dan selepas itu Ibrahim lari menyembunyikan dirinya di satu tempat rahsia di Baling.Setelah sekian lama menyembunyikan diri dan tidak dapat menyampaikan ceramah,maka puak-puak Pas pada masa itu mengambil keputusan membawa Ibrahim kembali kerumah nya dan dia sentiasa dikawal rapi oleh ahli-ahli Pas untuk mengelakkan Ibrahim ditahan di bawah ISA. Dalam tempoh itu juga pihak berkuasa beberapa kali cuba untuk menahan Ibrahim di bawah ISA tetapi semuanya gagal kerana dihalang oleh orang -orang kampung yang bersenjatakan buluh runcing dan pelbagai senjata tajam lagi. 

Pernah berlaku dimana beratus orang kampung mengepung sebuah kereta polis yang di dalamnya ada Ketua Polis Daerah Baling dan kemudiannya orang kampung meletak senjata di tengkuknya.Keadaan berterusan selama lebih kurang setahun.Pelbagai pendekatan yang diambil oleh polis untuk menahan beliau tetapi gagal termasuklah meminta dia menyerah diri secara sukarela.Jika pemimpin Pas pada masa itu ada tanggungjawab sepatutnya mereka menyelesaikan masalah tersebut dengan polis dengan cara yang baik kerana tempoh nya sudah terlalu lama.Tetapi Pas tidak mengambil tanggungjawab itu, mereka sengaja membiarkan keadaan tegang,kerana itu yang mereka kehendaki untuk menggambarkan kerajaan zalim dan mereka memang mahu polis bertindak dengan ganas supaya boleh dijadikan modal politik dan seterusnya boleh menumbangkan BN. Polis tiada pilihan,pelbagai cara lembut dan diplomasi telah digunakan selama setahun tetapi mereka gagal.Akhirnya polis terpaksa menggunakan pilihan terakhir mereka iaitu menyerbu masuk ke kampung berkenaan untuk menahan Ibrahim dan pengikutnya. Maka pada pagi 19.November.1985 polis telah mengepung madrasah tempat Ibrahim Libya dan pengikutnya berkubu dan meminta beliau menyerah diri. 

Permintaan itu tidak diendahkan dan dalam masa yang sama juga penduduk-penduduk kampung telah keluar dengan membawa buluh runcing dan senjata tajam.Langkah pertama yang diambil oleh polis ialah melepaskan gas pemedih mata.Tiba-tiba keluar seorang lelaki dari tempat persembunyiannya di sekitar kawasan yang dikepung membawa sebilah parang untuk menyerang polis dan dia telah di tembak mati. Itulah bukti fahaman ekstremis yang dibawa oleh Pas.Sanggup membawa parang untuk menyerang polis.Sebilah senapang patah dipercayai milik Rela juga turut digunakan untuk menembak anggota polis oleh puak-puak yang berkubu bersama Ibrahim Libya.Dimana pemimpin Pas pada masa itu ??? adakah berita berkenaan tidak sampai kepada mereka ??? mustahil !!! Mengapa mereka tidak memujuk Ibrahim Libya dan pengikutnya agar menyerah diri ??? Mereka memang mahukan polis bertindak sedemikian demi untuk dijadikan modal politik. Itulah bukti pemimpin-pemimpin Pas adalah pemimpin yang tidak bertanggungjawab.Sanggup membiarkan nyawa pengikut menjadi taruhan demi politik. Setakat isteri jadi taruhan taklik adalah perkara kecil.Nyawa ahli pun mereka sanggup gadai asalkan dapat keuntungan politik.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

8 comments:

Anonymous said...

Senapang patah yang diberi kepada anggota rela (ahli PAS) itulah yg memulakan pembunuhan yang mengakibatkan seorang Inspekter Polis terbunuh bersama sama 2 anggotanya ..

Bila bercakap bukan main petah dan kencang, tapi bila berdepan dengan pihak berkuasa, orang kampung dan mereka yang jahil (kebanyakan perempuan dipergunakan untuk menjadi perisai ..akhirnya mat sabu tak berani nak bercakap pasal Tabung Memali ...apa punya turrrr

Anonymous said...

ingat, yang pertama mati ialah polis. yang pertama tembak orang ialah orang Ibrahim Libya.
yang parah diajar mengucap oleh rakan rakan.
TAPI saya dengar sendiri dari mulut seorang isteri wakil rakyat pas, polis datang ke mamali semuanya minum dan mabuk. tak munasabah. polis tiba ke situ awal pagi , berlori lori tanpa bermaksud nak bunuh orangpun.
jauh sebelum itu, pengikut ibrahim dah meroyan, ke sana sini bawa senjata. maki hamun polis, mengugut orang kampong bahawa mereka akan ke setiap rumah untuk menyuruh orang mengucap. kenduri kendara pun ada masalah kerana orang pas tak mau makan sembelihan orang umno. sembahyang di masjid pun ada masalah. tak mau berimamkan orang yang mereka tak suka. maksudnya tak ada penyatuan melayu.
selepas kejadian, tuduhan terhadap polis bermacam macam. seolah mereka sendiri tak buat apa apa masalah. orang seluruh tempat datang melawat, sedekah lagi, tapi duit itu? mangsa terlibat tak di beri sumbangan.
pada saya mereka bukanlah islamik sangat kerana banyak kejadian ekoran dari peristiwa ini yang sangat membuktikan mereka hanya manusia biasa yang kadangkala terhasut juga dengan bisikan iblis. mereka orang angkuh yang tak mau bersatu dengan saudara sebangsa seagama demi menegakkan negara tercinta. kesimpulan jitu saya ialah pemimpin mereka gila kuasa dan menggunakan pengikutnya yang tak berapa bijak.

Anonymous said...

there r two sides of every story...ini versi resmi dari kjaan...tak semesti versi yg sebenar...

Anonymous said...

You may kiss your Hadi Besi's backside story la, idiot. Pastinya benar2 blaka.

Anonymous said...

Yg pasti bukti x bole dihapuskan..sejarah pengikut PAS ditangkap polis di Pokok Sena kerana membawa senjatapi haram pada thn 80an..Cikgu Non dengan kisah taliban KMM dsb kena ISA..sbb apa kerana taksub dgn PAS..

Anonymous said...

there r two sides of every story...ada versi rasmi dari kjaan dan ada versi rasmi pas...tak semesti versi yg sebenar dari dua-dua pihak pun...demokrasi adalah haram, pemecah belah umat.

Anonymous said...

Salah besar HH dgn Amanat HH81nya.

Anonymous said...

kita kalu tak tahu asal usulnya jangan bercakap.takut kita pula yang terbawa fitnah.kita yang hidup ni tak pasal-pasal dapat dosa kering.orang ni kalu dah tak suka semua kesalahan dia nak bongkarkan siap tampah fitnah lagi dah tak nampak dah yang baiknya.setakat baca 2 3 blog artikal dah nak buat ulasan.ada ke buat rujukan semua buku yang diceritakan tentang peristiwa ni,semua artikal tentang peristiwa ni tak kisah la di sebelah pihak mana pun kita kena kaji,tak cukup kita kena pergi sendiri tempat tu tanya penduduk kampung yang ada masa peristiwa tu,dengar kisah nye,tanya polis yang pernah bertugas masa tu,mungkin kita akan dapat sedikit sebanyak kebenaranya walaupun cerita bercanggah,sekurang-kurangnya kita sendiri dapat menilai.kalian sume ada dekat sana jugak ke masa peristiwa tu?

 
 
Blogger Templates