Pilihan raya kecil Teluk Intan sudah hampir dua minggu selesai tetapi impak kekalahan Dap masih terus panas di kalangan parti pembangkang.Bak kata pepatah,rumah sudah siap tapi pahat masih berbunyi,begitulah keadaan yang boleh digambarkan di antara Pas,Dap dan PKR.Kalau pembangkang menang di Teluk Intan sudah tentu mereka akan bersorak gembira dan terus mengutuk dan mencerca Barisan Nasional kononnya rakyuat sudah kuat menyokong mereka.Hakikatnya Dap kalah dan mereka kalah teruk dan begitu memalukan sehingga sukar bagi mereka untuk menerima kenyataan.Ketika mengumumkan seorang perempuan Melayu muda bernama Dyana Sofea Daud yang merupakan setiausaha politik Lim Kit Siang,Dap sungguh bongkak mendabik dada bahawa mereka telah berjaya memecah tembok politik perkauman.
Mereka menuduh BN sebuah parti perkauman tetapi mereka lupa ia adalah gagasan 14 parti politik pelbagai kaum merentasi agama,kaum dan budaya.Malang bagi Dap mereka terlalu taksub dengan melontar fitnah terhadap pihak lain sehingga mereka lupa identiti perkauman yang tebal dianuti pemimpin parti tersebut sejak ditubuhkan.Konsep ‘Malaysian Malaysia’ yang dilaungkan bersebelahan ‘Negara Kebajikan’ milik Pas dan ‘Harapan Baru Untuk Malaysia’ slogan PKR hanyalah satu ilusi yang tidak berpijak di bumi nyata.Hakikatnya sejak ditubuhkan hampir lima dekat Dap tidak pernah sekali meletakkan seorang Melayu menjadi pemimpin utamanya samada sebagai setiausaha agung mahupun pengerusi kebangsaan.Kalau dulu seorang Melayu pernah diangkat kepada jawatan naib pengerusi Dap sekitar tahun 1980an,parti itu mengambil masa hampir suku dekat untuk melantik seorang lagi Melayu ke kedudukan yang sama iaitu Tunku Aziz Tunku Ibrahim.
Di dalam hirarki tertinggi parti tidak ada seorang Melayu yang berjaya melepasi kedudukan 20 tangga teratas untuk menganggotai Jawatankuasa Eksekutif Pusat.Dap terpaksa mencari calon Melayu yang sesuai untuk mengisi kuota agar parti itu tidak dilihat sebagai rasis dan cauvinis.Hakikatnya Dap memang sebuah parti Cina yang tebal sifat perkaumannya walau bagaimana kuat usaha untuk mengikis wajah rasisnya itu.Hakikatnya juga Dap tidak pernah terlintas di fikiran pemimpin mereka seperti Kit Siang atau Lim Guan Eng untuk mengangkat atau mengasuh pemimpin Melayu agar satu hari nanti untuk menjadi pemimpin tertinggi parti itu.
Dap mengamalkan budaya disriminasi terhadap orang Melayu di dalam parti itu.Paling kanan sekali pun orang Melayu naik atas dasar kuota atau lantikan tetapi amat jarang sekali malah tiada dalam sejarah orang diterima dengan tangan terbuka.Kaedah melantik orang seperti Dyana atau orang Melayu sebagai setiausaha politik atau jawatan yang lebih rendah hanyalah sandiwara politik untuk mengaburi orang Melayu.
Kit Siang berpendapat dengan meletakkan Dyana sebagai calon di Teluk Intan,orang Melayu akan sekali lagi terpedaya atau pengundi Cina akan menerima beliau dengan tangan terbuka.Strategi beliau meleset sama sekali kerana Dap bukan sahaja ditolak oleh orang Melayu tetapi juga pengundi Cina.Pengundi Melayu marah kepada Dap kerana menghina hukum hudud manakala pengundi Cina pula mahukan calon bangsa mereka dan bukannya Dyana.Kekalahan Dap di Teluk Intan bukanlah satu kekalahan yang boleh dipandang kecil enteng.Parti itu gagal menyelamatkan majoriti lebih 7,000 yang dicapai pada PRU13 lalu.Kekalahan Dap bukan sekadar kelebihan 238 undi yang diperolehi oleh calon BN tetapi undi lebih 7,000 yang hilang dari genggaman mereka.Sebab itulah pengerusi Dap Perak,Ngeh Koo Ham mempersalahkan Kit Siang atas kehilangan kerusi parlimen yang mereka anggap selamat itu.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment