Kita semua sudah sedia maklum bahawa terdapat usaha bersepadu dan sistematik dari pihak-pihak tertentu untuk mewujudkan ketegangan kaum dan perpecahan antara agama di Malaysia.Tekanan demi tekanan dikenakan ke atas pihak penguasa agama Islam,terutama di Selangor,semata-mata untuk memberi gambaran bahawa Islam itu adalah agama yang menindas dan tidak adil.Provokasi terhadap agama Islam juga dilakukan secara berterusan oleh pihak yang menggelar diri mereka penganut Kristian.Dalam pada itu,setiap tindakan pihak penguasa agama Islam seperti JAIS,diperhati dan dicari-cari kesalahan.Secara umumnya umat Islam berada di belakang JAIS dalam isu rampasan Injil berbahasa Melayu yang menggunakan nama ‘Allah’.Malangnya,selepas insiden itu,JAIS beberapa kali membuka ruang kepada persoalan dari pihak umat Islam sendiri dan mengundang serangan dari pihak musuh Islam.Antaranya ialah tindakan menyerbu majlis perkahwinan seorang gadis India yang memakai nama Islam sedangkan terdapat banyak cara lain yang lebih berhemah untuk menghalang perkahwinan tersebut,jika perlu.Akibatnya, agama Islam menjadi sasaran kerana tindakan tersebut seolah-olah mengiakan tuduhan pihak musuh bahawa Islam sememangnya agama yang tidak berhemah.
selepas Kalimah Allah,satu lagi insiden berlaku yang meletakkan JAIS di papan sasar.JAIS telah bertindak menangkap sekumpulan rakan yang terdiri dari seorang lelaki dan tiga orang perempuan yang sedang mengangkut barang untuk berpindah atas tuduhan ‘khalwat’.Sepantas kilat,kes ini dipetik oleh peguam pembangkang,Latheefa Koya untuk menyerang JAIS habis-habisan.Menurut Latheefa,apa yang berlaku adalah tidak menepati istilah ‘khalwat’ kerana ia tidak melibatkan dua pasangan lelaki perempuan bukan mahram yang duduk berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan.Malah,mereka bukan sahaja bertiga dan tidak berpasangan lelaki perempuan, tetapi juga ditangkap ketika sedang mengangkat barangan.Kata Latheefa,kes ini terlalu mudah dan kenyataan ‘terlalu mudah’ itulah yang mencurigakan saya.Jika benar pihak yang ditangkap oleh JAIS berada dalam keadaan sepertimana yang diterangkan oleh Latheefa Koya,maka tentulah ada sesuatu yang tidak kena dengan JAIS.Kenapa JAIS perlu berbuat sesuatu yang bakal menimbulkan masalah di kala Jabatan itu menjadi sasaran serangan tanpa henti ??? Kenapa JAIS perlu sengaja menghulurkan peluru di atas dulang perak kepada pihak musuh ???
Apakah ia disengajakan ??? Diperangkap ??? Atau memang satu kecuaian ???
Inilah disarankan agar satu siasatan perlu diadakan dengan mendalam dan terperinci ke atas setiap seorang pegawai JAIS yang terlibat.saya tidak mahu agama Islam dicemarkan oleh perbuatan penguatkuasa yang tidak bertanggungjawab.Bagi menguatkan hujahnya,Latheefa juga berkata bahawa istilah ‘khalwat’ tidak ada dalam Islam dan bahawa ia adalah satu jenayah yang unik yang hanya terdapat di Malaysia.kepada latheefa meh saya jawab apa yang anda kata.
Dari segi bahasa,khalwat berasal dari perkataan arab “خلا”, “خلوا”, yang membawa maksud berseorang-seorangan,kosong,bersih,sesuatu yang lepas dan lain-lain lagi.Istilah ‘khalwat’ menurut hukum Islam terdapat di dalam kitab-kitab fiqh dan hadis -hadis Rasulullah.Terdapat pelbagai bentuk pengertian mengenai khalwat dan ia juga berbeza dengan pengertian yang diperuntukkan oleh undang-undang.Enakmen ataupun undang-undang negeri di Malaysia merujuk kepada ‘khalwat’ sebagai perbuatan bersekedudukan dengan mana-mana pasangan yang bukan isteri/suami atau muhrimnya.Benar,Al-Quran tidak menyebut tentang istilah jenayah khalwat dan tidak ada nas yang membincangkannya secara langsung.Walaupun demikian terdapat dalil-dalil dan nas-nas syarak yang mengharamkan dan melarang perbuatan itu.Hal ini dapat dilihat menerusi firman Allah :
Maksudnya :
Dan janganlah kamu menghampiri zina,Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
Dalil di atas adalah berbentuk larangan dan haram melakukannya,juga jelas kepada kita haram mendekati zina.Manakala salah satu wasilah kepada berlakunya zina ialah perbuatan khalwat di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.Sebagai mana kita maklum bahawa Islam apabila ia mengharamkan sesuatu perbuatan itu,ia juga turut mengharamkan wasilah yang akan membawa kepada perbuatan haram itu,juga mengharamkan apa sahaja caranya serta seluruh pendahuluan yang mungkin dapat membawa kepada perbuatan haram itu.
Justeru,sebagai rakyat Malaysia, sebagai seorang Islam apatah lagi seorang peguam,Latheefa Koya wajib berhujah atas nas-nas syarak,selain merujuk kepada undang-undang negari dan negara ini.Tindakan beliau yang menafikan terus ‘jenayah khalwat’ adalah tidak tepat sama sekali.Kesimpulannya,pembangkang sememangnya berusaha untuk melemahkan Islam dan kedudukan umat Islam di Malaysia.Mereka akan melakukan apa saja termasuk menyokong perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam atas nama hak asasi manusia.Atas pengetahuan ini,maka pihak berkuasa agama Islam seharusnya lebih berhati-hati dalam menjalankan tugas. Jangan sampai JAIS dijadikan alat untuk ‘membunuh’ Islam itu sendiri sepertimana PAS dipergunakan untuk tujuan sama, oleh pihak Kristian dan DAP.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
kalau di pihak polis perlu ada waran makanya elok sangatlah bagi lain-lain jabatan bekerja ikut lunas yang betul. waran perlu agar pihak bawahan tidak menjalankan tugas diluar bidang ditetapkan.
umum tidak akan melatah kalau ada kes gagal selesai kerana kekangan tertentu tetapi kalau ada SATU kes yang tidak menepati bidang tugas atau 'diperangkap' atau dianiaya, ia bakal meruntuhkan kepercayaan kepada institusi berkenaan.
Post a Comment