Social Icons

Pages

Tuesday, August 05, 2014

KANTOI !!! RUPANYA #AZMINALI NAK JATUHKAN #KHALIDIBRAHIM KERANA MENGEJAR SESUATU ??? KEJAR APA ???


Parti rusuhan jalanan,PKR semakin tenat apbila terus dibelenggu satu persatu dengan masalah dalaman yang serius.Kemelut pertelagahan antara kem Azmin Ali dan Khalid Ibrahim masih terus membara tanpa tanda-tanda ia akan reda sedikit pun.Terbaru timbul isu pengantungan dua pegawai kanan Khalid iaitu setiausaha politik beliau,Mustapha Mohd Taib dan bekas setiausaha politik menteri besar itu,Faekah Husin.Mustapha digantung keahlian PKR kerana didakwa mengugut seorang calon supaya tidak bertanding jawatan ketua cabang di Selangor.Faekah pula diberi surat tunjuk sebab kerana didakwa menggunakan saluran media untuk mengkritik Shamsul Iskandar Md Akin,ahli parlimen Bukit Katil yang mendesak agar Khalid meletakkan jawatan.Jika dibedah dan diteliti kes tindakan disiplin terhadap kedua-dua pegawai menteri besar ini ternyata ada tangan ghaib yang memanipulasi jawatankuasa disiplin parti untuk kepentingan peribadi.Jika dikatakan tangan ghaib itu adalah timbalan presiden parti itu sendiri,Azmin,maka jawapannya adalah tidak jauh daripada kebenaran. 

Sememangnya Azmin lah yang bertanggungjawab merancang supaya Mustapha dan Faekah dikenakan tindakan oleh parti bagi melemahkan kedudukan Khalid.Ini adalah sebahagian daripada komplot untuk menjatuhkan Khalid dan menaikkan presiden PKR pada jawatan menteri besar.Malangnya Azmin mungkin lupa bahawa Khalid dan Dr Wan Azizah Ismail adalah dari satu kem yang sama yang menentang Azmin sejak awal krisis beliau dengan menteri besar.Faekah adalah kroni Dr Wan Azizah yang telah mendapat begitu banyak habuan yang lumayan dan kepentingan sejak PKR memerintah Selangor.Faekah juga adalah nominee kepada presiden parti dalam segala keuntungan daripada projek-projek yang dianugerahkan kepada Dr Wan Azizah.Tidak pelik jika Shamsul yang mendesak supaya Khalid meletak jawatan tidak pula diambil tindakan disiplin kerana beliau adalah kroni kepada Azmin.Apabila Shamsul bersuara sebenarnya yang bercakap adalah Azmin yang menggunakan kroninya iti untuk melalak.Isu pertelingkahan antara Azmin dan Khalid bukan setakat politik sahaja tetapi lebih mendasar adalah mengenai pihak siapa yang mengawal dana kewangan Selangor.

Sebagai negeri termaju dan terkaya di negara ini,Selangor adalah penggerak utama ekonomi serta penyumbang utama pendapatan Malaysia.Sudah tentu menteri besar yang berkuasa penuh ke atas dana yang berbilion ringgit juga mempunyai kuasa luas untuk meluluskan mana-mana projek kepada pihak yang menyokongnya.Di sinilah punca sebenar mengapa Azmin beriya-iya hendak menjatuhkan Khalid kerana sejak lawannya memegang jawatan tersebut,beliau dan kroni-kroninya boleh dikatakan disish terus daripada mendapat apa-apa habuan projek.Ketika Azmin dan kuncu-kuncu berputih mata melihat pembahagian projek-projek lumayan dibahagi-bahagikan oleh Khalid kepada kem Dr Wan Azizah dengan diketuai oleh Faekah, maka timbullah rasa tidak puas hati yang amat mendalam di kalangan kumpulan yang anti-menteri besar.Natijahnya parti sendiri dijadikan pertaruhan untuk berebut kuasa dan ketua umum, Anwar Ibrahim kelihatan tiada bermaya atau mempunyai pengaruh langsung untuk menyelesaikan masalah yang berpanjangan ini.

Walaupun banyak kali telah diadakan sesi pertemuan untuk merungkai krisis antara mereka berdua namun satu nasihat Anwar pun tidak diambil pusing oleh Azmin atau Khalid.Sebenarnya Anwar hanyalah tunggul yang tidak mempunyai fungsi hakiki di dalam PKR kerana beliau sendiri dibelenggu dan dihantui oleh masalah peribadi yang serius.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates