Social Icons

Pages

Thursday, September 25, 2014

KANTOI !!! RUPANYA ADA BANYAK CERITA DI SEBALIK PEMILIHAN #AZMINALI SEBAGAI MENTERI BESAR !!!


Al-kisah...rupanya banyak cerita belakang tabir yang berlegar sebelum berita mengenai surat rasmi Istana Selangor mengenai lantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar 'pecah' lewat petang Isnin yang lepas.Asalnya nama orang yang dipilih oleh Sultan Selangor akan diumumkan sekitar tengahari.Kemudian ia dibatalkan dan wartawan diberitahu pengumuman itu hanya akan dibuat pagi Selasa sejurus sebelum majlis angkat sumpah di Istana Alam Shah.Penanggguhan itu sendiri telah mencetuskan pelbagai desas desus.yang anehnya,Tan Sri Khalid Ibrahim asalnya memberitahu sebelah pagi itu beliau akan beri sidang akhbar sekitar jam 5 petang sebelum melangkah keluar dari tugas hari akhirnya sebagai Menteri Besar.Beliau juga membatalkan sidang akhbar itu dan hanya berucap ringkas kepada kakitangan kerajaan negeri yang berhimpun di lobi bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk ucap selamat tinggal padanya. 

Khalid berlalu pergi tanpa sidang akhbar rasmi kecuali interbiu ekslusif dengan Astro Awani di pejabatnya sebelum itu.Beliau juga tidak hadir di majlis angkat sumpah Azmin esoknya.Ada yang cakap Khalid membatalkan sidang akhbar itu setelah mendapat maklum akhirnya nama Azmin yang lekat.Lojiknya tentu sulit baginya untuk buat komentar mengenai orang yang semua orang tahu musuh politiknya akan ambilalih jawatannya.Sejak beberapa hari sebelum itu pun memang nama Azmin dikatakan terus top dalam senarai bakal dilantik.Dilihat dari semua sudut Istana Selangor dikatakan tiada pilihan lain. Ini lebih-lebih lagi untuk penuhi keperluan kesefahaman Pakatan Rakyat Menteri Besar negeri itu adalah kerusi PKR.Kenyataan rasmi Istana Selangor pagi Selasa yang antara lain menafikan Sultan sengaja melengahkan lantikan Menteri Besar baru turut mengakui hakikat itu.Kegairahan untuk mendapat jadi orang yang pertama dapat sebar siapa pilihan Sultan Selangor memang sengit.Ini yang mendorong ada yang sebar gambar raptai upacara angkat sumpah jawatan pagi Isnin. Pihak Istana merasa kekecwa dengan kebocoran gambar itu.Akibatnya peraturan ketat dikenakan keatas media dan mereka yang hadir semasa majlis angkat sumpah pagi Selasa.

Ini termasuk tidak benarkan selfie di pekarangan Istana itu.Sumber yang layak dipercayai mendakwa 'pergerakan hangat' terus berlegar di belakang tabir hingga last minute sebelum keputusan muktamad dicapai untuk nobatkan Azmin.Dakwanya lagi,'petunjuk itu dapat dilihat dari penangguhan pengumuman nama dari tengahari Isnin ke pagi Selasa.' Sumber itu sendiri hairan bagaimana gambar surat rasmi lantikan Azmin dari Istana boleh tersebar meluas di media-media sosial lewat petang Isnin.Pada waktu-waktu yang genting itu kalangan orang PAS dikatakan masih berharap kerusi Menteri Besar itu jadi milik mereka. Ini bukan rahsia.Ia dizahirkan secara terbuka menerusi reaksi majoriti perwakilan menolak sebarang cadangan untuk jangan terima jika Sultan pilih ADUN PAS semasa Muktamar PAS di Batu Pahat yang berakhir petang Sabtu.Namun realitinya seorang Menteri Besar PAS tidak mungkin dapat menangkis undi tidak percaya 30 orang ADUN Selangor 13 PKR-15 DAP dan 2 PAS ( yang belot) yang sebelum ini berpihak mahukan Datuk Seri Wan Azizah Ismail. Malah catur ikut mana sekalipun risiko itu terbentang di depan mata.


Ini yang dikatakan membuatkan Iskandar Samad dan Dr Yunus Khairi yang turut ditemuduga oleh Sultan awal-awal angkat bendera putih. Pada ketika itu tandatanya juga berlegar keatas samaada Azmin sendiri ada kekuatan untuk menangkis undi tidak percaya kerana melanggar kehendak partinya sendiri dan 30 ADUN Selangor itu.Semua orang tahu hingga Ahad malam,PKR menerusi Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution kata partinya tidak berganjak mahu Wan Azizah. Ada juga pemerhati yang mengandaikan ini cuma wayang PKR untuk memastikan orang PKR juga jadi Menteri Besar kalau Wan Azizah tidak diterima. Juga ada yang mendakwa ia memang sudah dirancang begitu agar akhirnya Azmin yang lekat. Persepsi ini memang agak sukar untuk disah atau dinafikan. Namun kalau korek cerita dari orang dalam PKR semua mereka tahu yang Azmin ada 'senjata sulit' untuk patahankan dirinya dari sebarang cubaan Kumpulan 30 itu untuk kasi rosak beliau dipilih sebagai Menteri Besar. Ikut mereka Azmin ada sekurang-kurangnya lima orang ADUN PKR Selangor yang kalau rebus mana mana sekalipun pasti akan tetap mendokongnya. 

Sekalipun dua ADUN PAS sudah belot sokong Wan Azizah,namun dengan lima ADUN PKR campur Azmin jadi enam...campur 13 ADUN PAS sudah jadi 18 ADUN.Bagaimanana dengan 12 ADUN UMNO ??? Mengambilkira pendirian parti itu sudah kata akan tetap menjunjung titah dan pilihan Sultan Selangor maka selamat untuk membuat andaian mereka akan berdiri dipihak Azmin jika berlaku cubaan undi tidak percaya.Dari sini kekuatan di pihak Azmin ialah 30 ADUN manakala Kumpulan 30 tinggal 15 DAP-7 PKR- 2 PAS = 24 ADUN sahaja.Maka atas realiti politik ini Azmin dikatakan dapat melangkah masuk mulakan tugas dengan bergaya punchcard di pejabat Menteri Besar di tingkat 21 bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada pagi semalam.Apapun di sudut politik PR Azmin sedang meniti dahan yang rapuh.Ada pemerhati yang menilai tugasnya ada lebih berat berbanding Khalid yang kerja straight foward ikut buku.Semua orang setuju Khalid sudah buat yang terbaik dalam kemampuannya sepanjang enam tahun duduk di kerusi itu.Bagaimana agaknya Azmin yang kurang pengalaman dari segi urus tabir koprat hendak buat lebih baik dari itu ??? Ramai yang menduga beliau kelak jenuh kena melayan tuntutan politik dalaman PKR yang pastinya harap ' macam-macam' di negeri terkaya di Malaysia itu .Aspek ini yang dikatakan tidak dipedulikan sangat oleh Khalid hingga beliau digelar ' kedekut'.Malah pendirian bekas Menteri Besar itu yang kurang mempedulikan soal politik seperti hendak selesaikan segera isu air untuk kemudahan rakyat telah mendorong adanya 'Kajang Move' .Azmin bukan baru dalam politik.Beliau tentu tahu apa yang ada di depannya.Soalnya mampukah beliau bersilat antara memenuhi kehendak PR yang gemar berpolitik dan 10 perkara dalam akujanji sumpah jawatan Menteri Besar  ???

APA YANG KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

PERCAYA KE ORG SEPERTI INI JADI MB
????????????????????? KOTOR DARI SEMUA SUDUT PELIK ???
AKU,,,,,MEMANG AKU NI SAPA TAPI KAU TU LAGI SAPA ?????
DUNIA KITA AKN JADI ''STEAMROLL'' DLM KUBOR
TAKMAU ,,,,,DUNIA DAN AKHIRAT DITANGAN KANAN DAN KIRI
JGN KEDUA2 TANGAN ''KENDONG'' DUNIA

Anonymous said...

pkr dah merasa penangan dr TSKI, mungkin lepas ni depa akan merasa penangan AA lah pulak..air yg tenang jgn disangka takde buaya & sarang tebuan jgn dijolok..kalau x percaya, pkr try lah buat mcm depa buat kat TSKI dulu..Takbirrrr

 
 
Blogger Templates