Social Icons

Pages

Friday, September 26, 2014

BREAKING NEWS !!! #DAP AKAN BUANG #PAS DARI #PR ??? ELOK SANGAT !!!


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah memberikan signal jelas seolah-olah Pas bukan lagi rakannya.Tanpa berselindung,Guan Eng bertegas dengan kenyataan DAP bahawa tiga exco Pas yang kekal untuk mengelak Dun Selangor daripada dibubarkan itu khianat.Malah di dalam kenyataannya yang dipetik Bernama,Guan Eng berkata,beliau mengharapkan Menteri Besar Selangor akan melaksanakan tugas mengikut prinsip Pakatan Rakyat yang dicapai bersama PKR dan DAP,dengan sengaja tidak menyebut nama Pas.Dalam krisis Menteri Besar Selangor, boleh dilihat DAP sedikit pun tidak menyalahkan PKR malah kini,orang memerhatikan parti ini mencurahkan segala kemarahannya pada Pas seolah-olah segalanya berpunca daripada Pas. Adilkah itu ??? Demokratikkah itu ??? Pas tak boleh berlainan pandangan ke di dalam Pakatan Rakyat ??? Tak boleh ke setuju untuk tidak setuju ??? 

Barangkali DAP harus merenung bagaimana ia gagal memainkan peranan sebagai pendamai antara PKR dan Pas.Satu hari nanti,mungkin DAP akan memahami apa yang perlu dilalui Pas sebagai parti apabila ada dua wakil rakyat Melayunya yang menyokong perlaksanaan hudud atas nama Islam dan dua wakil rakyat DAP ini memberikan hujah bahawa mereka terpaksa membuat demikian demi kebaikan agama Islam,yang melebihi kepentingan parti dan menegaskan mereka tidak berbuat salah.Kemungkinan pada masa itu,DAP baru akan tersedar bahawa apa yang DAP dan PKR lakukan terhadap Pas.itulah yang seharusnya dilabel sebagai khianat dan bukannya pada tiga orang exco Pas yang merelakan diri ditohmah dan dicaci oleh para penyokong DAP dan PKR semata-mata untuk memastikan kerajaan Pakatan Rakyat terus hidup,Dun Selangor tidak dibubarkan dan melumpuhkan segala perancangan Umno untuk mengambil kesempatan pada perpecahan Pakatan Rakyat akibat Langkah Kajang PKR.

Wahai DAP,janganlah terlalu angkuh dan berlagak macam kamu sahaja yang betul dan berprinsip dalam krisis MB Selangor ini.Seteruk-teruk kamu menghentam Pas atas isu hudud,Pas bersama Presiden dan jenteranya turun membantu kempen PRK Teluk Intan dan mengambil sikap tidak berdendam dengan kamu, dan tetap menganggap kamu sebagai rakan.Bagaimana pula kamu melayan mereka di PRK Pengkalan Kubor ??? Ingatlah,bumi ini bulat.Satu hari nanti,giliran kamu pula yang berdepan dengan kegelapan dan kesejukan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

11 comments:

Anonymous said...

kesilapan besar pas pada awalnya ialah membiarkan pkr jadi mb selangor. padahal sepatutnya pas yg menjadi mb.

buat baik perpada pada.

Anonymous said...

WALAU APA PUN DAP TETAP MENANG. KALAU PAS DITENDANG KEKUAR DARI PAKATAN HARAM TIGA KERUSI YG ADA PD PAS AKAN JADI MILIK DAP. AZMIN ADA BERANI KA BANTAH ?

Anonymous said...

mari kuburkan DAP, ada berani????

hangkedee said...

Doa pok Nik POWER... Oooo

Anonymous said...

bagi aku dah padan dengan muka PAS...bodoh sombong..patutnya dah lama kamu keluar dari Pakatan...ini tidak, masih dok main kong kalikong lagi...sekarang mana MARUAH KAMU wahai parti PAS yang kamu anggap sebagai pembela ISLAM...Kamu dah jadi Parti SIAL yang tak ada MARUAH langsung.

Anonymous said...

adil la tu,pas kan hanyalah pencacai dlm pr.mmg itulah taraf yg spatutnya

Anonymous said...

sepengkhianat pas pun,dia org lah yg bg nama AA kat Istana, sehingga AA dilantik jadi MB. Dap ada bg nama AA kat Istana ke???jgn dok menyibok lah LgE ooiiiii..menyalak bagai nak rakkkk wooooo..mcm dia pulak yg calonkan AA sbg MB s'gor pulakk dah..bijak permainan dap nih..AA jgn percaya sgt dgn dap(lge) tu..baik ada makna tu AA weiiii..Takbirrrrr

Anonymous said...

apa tunggu lg TGHH, kasi keluarrr lah dr pakatan yg tak berdaftar tu. buang masa, buang maruah dan nasib baik belum sempat buang Akidah lg je..tak rugi satu sen pung kalu pas keluar dr pakatan tu TGHH weiiii..cukuplah Allah bg ku & cukup lah Allah bg TGHH&pas...Takbirrrr

Anonymous said...

Tok2 Guru dlm pas dok tunggu gapo lg weiiii..masih dok tunggu putrajaya lg ke???hanya dunio semata-mata tu Tok2 guru weiii..kalu nak sgt ke putrajaya tu,pegi lah jupo DSN kat sana tu..konpem DSN tak halau..hari2 pun buleh pegi..semoga Tok2 Guru pas bermuhasabah diri dan bersepakat utk keluar dr pakatan yg tak berdaftar nih..jgn sampai Allah turun bala br nak tubik..Takbirrrrr(ambo bkn ore pas & ambo bkn musuh pas..ambo hanya hamba Allah diatas muko bumi ni)

Anonymous said...

PASlah yg paling bodoh dlm hal ini. Dalam PAS ada wakil PKR ada wakil DAP. Tapi dlm DAP dan PKR tak ada pula wakil PAS. Sebab itu PAS hanya dipijak pijak DAP walaupun ada penyokong yg ramai.

Anonymous said...

Kalau tak buang Pas, calun PR Selangor tenrpaksa dibahagi 30% tiap2 satu parti. Kalau Pas tak ada pembahagian calun jadi 50/50 antara Dap/Pkr. Dap tahu yg Pkr tak mungkin menang banyak dan Pas pula akan berebut kerusi dgn BN di kawasan majoriti Melayu. Jadi agak tuan2 parti mana yg akan memerintah Selangor jika Dap tendang Pas keluar PR?

 
 
Blogger Templates