Social Icons

Pages

Wednesday, September 24, 2014

#PRKPENGKALANKUBOR !!! KURANG AJAR !!! #PAS CUBA MAIN API DALAM ISU ROYALTI MINYAK KELANTAN !!!


Isu Royalti minyak Kelantan telah menjadi api dalam sekam sejak beberapa tahun lamanya.Pihak PAS Kelantan telah menjadikan isu ini untuk menghasut rakyat Kelantan supaya bencikan kerajaan Barisan Nasional.Mereka melaungkan “kezaliman” “ketidakadilan” “penindasan” dan sebagainya dalam usaha membakar api kemarahan.Dalam Pilihanraya Kecil Pengkalan Kubor yang sedang berlangsung ini,pihak PAS seolah-olah cuba mengugut Barisan Nasional agar tidak menjelaskan isu royalti minyak yang sebenar dengan menggunakan alasan kes ini masih dalam “prosiding” mahkamah,oleh itu ianya tidak boleh diperkatakan di luar mahkamah.Namun begitu dalam masa yang sama,mereka telah menghasut rakyat Pengkalan Kubor dengan menggunakan isu royalti minyak ini lagi.Hakikatnya hingga ke hari ini PAS dalam kempennya masih menggunakan modal royalti minyak sebagai bahan menarik sokongan pengundi walaupun pimpinan mereka sudah mengarahkan isu itu tidak perlu diperbesarkan. 

Malah,papan tanda dan kain rentang mengandungi unsur tohmahan berkaitan royalti turut dipasang di beberapa lokasi di dalam kawasan DUN Pengkalan Kubor.Oleh itu kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk menangani “ugutan” PAS ini dengan bercadang mendedahkan dokumen laporan Jawatankuasa Khas Bagi Meneliti Tuntutan Royalti Minyak Kelantan untuk diperjelaskan kepada rakyat negeri berkenaan perkara sebenar berhubung isu tuntutan itu.Walaubagaimanapun kerajaan akan mendapatkan persetujuan dari Perdana Menteri,Datuk Seri Najib ,serta nasihat daripada Peguam Negara sebelum berbuat demikian memandangkan PAS akan menggunakan apa sahaja cara untuk “menganiaya” kerajaan dalam isu royalti ini.Sebelum ini PAS telah memfitnah Barisan Nasional kononnya Petronas masih belum membayar royalti berjumlah RM12 bilion kepada kerajaan negeri Kelantan.Oleh itu kerajaan telah mengambil langkah menjelaskan kepada rakyat. 

Hakikatnya royalti minyak yang sering di sebut -sebut PAS Kelantan sebelum ini sebenarnya tiada langsung didalam Akta Kemajuan Petroleum 1974.Dalam Akta Kemajuan Petroleum tak pernah sebut bayaran royalti,namun yang disebut adalah bayaran tunai kepada negeri itu atau kerajaan negeri itu.Walaubagaimanapun ianya tertakluk kepada definisi kelayakan negeri itu terhadap royalti tersebut.Namun begitu PAS tetap menegaskan bahawa Perjanjian Akta Kemajuan Petroliam 1974 yang ditandatangani di antara kerajaan negeri dan Petronas menjadi bukti Kelantan berhak mendapatkan royalti minyak.Tambahan pula Kerajaan Negeri Kelantan sebenarnya tidak berhak mendapat lima peratus bayaran tunai daripada hasil petroleum yang di jumpai kerana ianya dikeluarkan dari kawasan perairan tiga batu nautika dari garisan surut atau pun persisiran negeri. 

Malahan mereka yang sedar bahawa isu 3 batu nautika itu yang bakal menjerat diri mereka telah mula meniup api kesangsian dengan memperlekehkan dan mempersendakan fakta ini.PAS tetap cuba meraih simpati dengan terus meletakkan diri mereka sebagai pihak yang dianiaya dan dizalimi.Namun lakonan mereka ini bakal berakhir sekiranya Datuk Seri Najib dan Peguam Negara memberi “lampu hijau” kepada Barisan Nasional untuk menjelaskan dengan terperinci isu royalti disamping dokumen laporan Jawatankuasa Khas Bagi Meneliti Tuntutan Royalti Minyak Kelantan didedahkan untuk tatapan rakyat Kelantan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

kalau minyak tu bukan dalam Tanah Kelantan, nak minta royalty apa, dah bagi wang Ehsan pun dah bagus, ..nak Tanya apa hokum makan hasil dari Tanah orang lain walau pun seinci...haram,.. so sama lah dalam kes ini, hasil bukan di Tanah Kelantan...nak makan barang haram ke,,,apa fatwa orang tua bekas MB Kelantan tu makan hasil minyak yang bukan dalam Tanah Kelantan....luar kawasan pantai mengikut undang undang antara bangsa...

 
 
Blogger Templates