Social Icons

Pages

Showing posts with label PRK PENGKALAN KUBOR.... Show all posts
Showing posts with label PRK PENGKALAN KUBOR.... Show all posts

Wednesday, September 24, 2014

#PRKPENGKALANKUBOR !!! KURANG AJAR !!! #PAS CUBA MAIN API DALAM ISU ROYALTI MINYAK KELANTAN !!!


Isu Royalti minyak Kelantan telah menjadi api dalam sekam sejak beberapa tahun lamanya.Pihak PAS Kelantan telah menjadikan isu ini untuk menghasut rakyat Kelantan supaya bencikan kerajaan Barisan Nasional.Mereka melaungkan “kezaliman” “ketidakadilan” “penindasan” dan sebagainya dalam usaha membakar api kemarahan.Dalam Pilihanraya Kecil Pengkalan Kubor yang sedang berlangsung ini,pihak PAS seolah-olah cuba mengugut Barisan Nasional agar tidak menjelaskan isu royalti minyak yang sebenar dengan menggunakan alasan kes ini masih dalam “prosiding” mahkamah,oleh itu ianya tidak boleh diperkatakan di luar mahkamah.Namun begitu dalam masa yang sama,mereka telah menghasut rakyat Pengkalan Kubor dengan menggunakan isu royalti minyak ini lagi.Hakikatnya hingga ke hari ini PAS dalam kempennya masih menggunakan modal royalti minyak sebagai bahan menarik sokongan pengundi walaupun pimpinan mereka sudah mengarahkan isu itu tidak perlu diperbesarkan. 

Malah,papan tanda dan kain rentang mengandungi unsur tohmahan berkaitan royalti turut dipasang di beberapa lokasi di dalam kawasan DUN Pengkalan Kubor.Oleh itu kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk menangani “ugutan” PAS ini dengan bercadang mendedahkan dokumen laporan Jawatankuasa Khas Bagi Meneliti Tuntutan Royalti Minyak Kelantan untuk diperjelaskan kepada rakyat negeri berkenaan perkara sebenar berhubung isu tuntutan itu.Walaubagaimanapun kerajaan akan mendapatkan persetujuan dari Perdana Menteri,Datuk Seri Najib ,serta nasihat daripada Peguam Negara sebelum berbuat demikian memandangkan PAS akan menggunakan apa sahaja cara untuk “menganiaya” kerajaan dalam isu royalti ini.Sebelum ini PAS telah memfitnah Barisan Nasional kononnya Petronas masih belum membayar royalti berjumlah RM12 bilion kepada kerajaan negeri Kelantan.Oleh itu kerajaan telah mengambil langkah menjelaskan kepada rakyat. 

Hakikatnya royalti minyak yang sering di sebut -sebut PAS Kelantan sebelum ini sebenarnya tiada langsung didalam Akta Kemajuan Petroleum 1974.Dalam Akta Kemajuan Petroleum tak pernah sebut bayaran royalti,namun yang disebut adalah bayaran tunai kepada negeri itu atau kerajaan negeri itu.Walaubagaimanapun ianya tertakluk kepada definisi kelayakan negeri itu terhadap royalti tersebut.Namun begitu PAS tetap menegaskan bahawa Perjanjian Akta Kemajuan Petroliam 1974 yang ditandatangani di antara kerajaan negeri dan Petronas menjadi bukti Kelantan berhak mendapatkan royalti minyak.Tambahan pula Kerajaan Negeri Kelantan sebenarnya tidak berhak mendapat lima peratus bayaran tunai daripada hasil petroleum yang di jumpai kerana ianya dikeluarkan dari kawasan perairan tiga batu nautika dari garisan surut atau pun persisiran negeri. 

Malahan mereka yang sedar bahawa isu 3 batu nautika itu yang bakal menjerat diri mereka telah mula meniup api kesangsian dengan memperlekehkan dan mempersendakan fakta ini.PAS tetap cuba meraih simpati dengan terus meletakkan diri mereka sebagai pihak yang dianiaya dan dizalimi.Namun lakonan mereka ini bakal berakhir sekiranya Datuk Seri Najib dan Peguam Negara memberi “lampu hijau” kepada Barisan Nasional untuk menjelaskan dengan terperinci isu royalti disamping dokumen laporan Jawatankuasa Khas Bagi Meneliti Tuntutan Royalti Minyak Kelantan didedahkan untuk tatapan rakyat Kelantan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, September 23, 2014

#PRKPENGAKALANKUBOR !!! KANTOI !!! KATA UMNO RASUAH !!! HABIS TU YANG NI APA ???


nampaknya PAS telah menjilat ludah sendiri.sebelum ni tuduh UMNO BN macam-macam kononnya kalau beri beras dan sebagainya adalah rasuah.habis tu gambar di atas macam mana pulak ??? Dengan selamba mereka menganggap ini adalah SEDEKAH sempena PRK Pengkalan Kubor.sedekah ??? kenapa tak buat sebelum ni ??? Rasionalnya semua pihak melakukan perkara yang sama dengan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.dalam situasi ini PAS yang berbangga kononnya ini semua rasuah.kan dah kena batang hidung sendiri.lain kali jangan cakap macam-macam dan tuduh bukan-bukan.kan dah kena !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Saturday, September 20, 2014

#PRKPENGKALANKUBOR !!! KANTOI !!! PENIPUAN DAN PEMBOHONGAN #PAS KEPADA RAKYAT MALAYSIA DIDEDAHKAN !!!


PAS kini sedang memutarbelit beberapa cerita reka palsu dan fitnah tentang calon BN.Kononnya calon kahwin anak murid dari siam dan diceraikan ketika mengandung.Bukan susah cari gambar mana-mana orang Siam dan dibayar ngaku.Pasti tak dibawa ke sini untuk buat laporan polis seperti mana PAS lakukan di PRK Permatang Pasir Penang.Calon akan dituduh salah guna kuasa ketika di PPD untuk tukar orang yang bukan sebulu dengannya sesuka hati.Dicari ahli PAS.sanggup saja dema fitnah bersama. Calon sudah dituduh bukan ustaz kerana belajar agama asas saja di pondok.Malah telah ditimbulkan fitnah calon BN guna tanah wakaf untuk buat sekolah pondok yang di beli oleh masjid dengan ayah calon.Ada ke tanah geran wakaf boleh di tukar nama ??? Kenapa bodoh benar pejabat tanah kerajaan PAS ni ??? Malah malam kelmarin mereka buat cerita lama kata kerajaan pusat tak tunai janji.Guna nama Tun Mahathir yang janji.Tun Mahathir atau pemimpin PAS negeri ??? cer citaaaa 

Isu tuntutan ROYALTI PETROLEUM oleh kerajaan PAS KELANTAN pun satu rekaan fitnah.Ia sebenarnya cara untuk menanam PERASAAN BENCI rakyat Kelantan kepada Kerajaan pusat.Tujuan sebenar adalah untuk menutup janji-janji palsu dan pembohongan mereka serta kes PENGGADAIAN beratus ribu ekar tanah dimana 1.7 juta ekar sudah digondol untuk pengambilan balak. 

Antara PEMBOHONGAN : 

(a) Laksana Hudud (walau sudah diluluskan masih tak dilaksanakan) (1990-2013)
(b) Jawatankuasa Hisbah-Isytihar Harta Wakil Rakyat (1990-2013) 
(c) Pemberian RM100 Kepada Setiap Warga Emas (1990-2013) 
(d) Sediakan Tapak Rumah untuk Rakyat Miskin dan Pesara Tentera (1990-2013) 
(e) Projek Bandar Baru Pengkalan Kubor(1990-2013) 
(f) Sediakan Peluang Pekerjaan Kepada Anak Muda (1990-2013) 
(g) Projek Petrokimia Pantai Senok (1990-2013) 
(h) Pemberian lesen kepada pembalak-pembalak dan pengisytiharan kawasan pembalakan (1990-2013) 
(i) Menyelesaikan Hal Tanah Mengikut Prinsip dan Keadilan Islam (1990-2013) 
(j) Projek Jambatan Kedua KB-Kg.Cina Di Palekbang (1996-2013) 
(k) Projek Pelabuhan Sri Tujoh,Tumpat(1997-2013) 
(l) Projek Afta City Di Rantau Panjang (2003-2013) 
(m) Membina Terminal Bas Baru Di Tunjong (2004-2013) 
(n) Stadium Berkolam Renang Tertutup Beliawanis (2004-2013)
(o) Pusat Peranginan Tasik Bukit Kwong Rantau Panjang (2006-2013) 
(p) Projek Pelancongan Danau Tok Uban(2006-2013) 
(q) Terminal Bas Bersepadu kubang Kerian (2007-2013) 
(r) Projek Kambing Jamnapari Atas Nama Jihad Ternak (2007-2013) 
(s) Projek Koridor Depu gua Musang (2007-2013) 
(t) Projek Agro Tourism Pergau, Jeli (2008-2013) 
(u) Rumah Mampu Milik Kepada Rakyat Miskin Di Kelantan (2008-2013) 
(v) Bandar Baru Dabong (2008-2013) 
(w) Stadium Bukit Merbau (2012-2013)
(x) Lebuhraya KotaBharu-Kuala Krai (Gotong Royong) (2012-2013)


Maksud Ayat :Antara orang-orang yang benar dan bertakwa di sisi Allah ialah mereka yang menunaikan janji (Surah al-Baqarah : 177)

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, September 19, 2014

#PRKPENGKALANKUBOR !!! YANG BERTANDING PAS !!! KENAPA PKR PULAK MENYIBUK SANGAT NI ???


Rata-rata pemerhati politik memuji kempen pilihanraya calon-calon yang bertanding di Pengkalan Kubor.Tak ada sangat yang buat 'tension' dan semua berjalan ikut peraturan yang digariskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Kecuali PKR,parti yang 'menyibuk' di Pengkalan Kubor nak jugakk pasang bendera mereka walau yang bertanding dalam pilihanraya kecil ini adalah PAS.Mungkin takut orang lupa kot.Selain 'menyibuk',PKR juga tak endah teguran dan nasihat SPR supaya ia menurunkan kain rentang yang memaparkan logo parti itu.Walaupun telah diberi amaran sebanyak empat kali sejak beberapa hari lepas,pemimpin negeri PKR sebaliknya menyalahkan SPR kerana suruhanjaya itu hanya memberikan amaran lisan.Pengerusi PKR Negeri Kelantan Ab Aziz Ab Kadir berkata SPR sepatutnya mengeluarkan amaran bertulis bagi memudahkan pihaknya mengambil tindakan lanjut. 

"Mereka (SPR) kata parti yang tidak bertanding tidak boleh menaikkan kain rentang atau bendera yang memaparkan logo sedangkan kami adalah Pakatan Rakyat," katanya.Ab Aziz berkata selepas berbincang dengan pegawai SPR terbabit,pihaknya bersetuju untuk menutup logo parti itu tetapi enggan menurunkan kain rentang besar yang diletakkan pada bangunan dua tingkat itu, yang dijadikan bilik gerakan mereka.

"(Amaran) mereka (SPR) hanya merujuk kepada logo,jadi kita akan menutup logo sahaja, kain rentang tidak buang.Kita akan buat selewat-lewatnya malam ini," katanya. 

Selain mengandungi logo parti itu,kain rentang itu turut memaparkan wajah pasangan suami isteri iaitu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain wajah Timbalan Presiden parti itu Mohd Azmin Ali.Berikutan itu,petang Rabu lalu,SPR terpaksa mengeluarkan kenyataan media sekali lagi mengingatkan hanya parti bertanding sahaja yang dibenarkan mempamer dan mengedar bahan-bahan kempen sepanjang PRK itu.Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata kebenaran itu diberikan kepada parti bertanding mengikut 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 iaitu selepas mereka mendapat permit daripada Pegawai Pilihan Raya Negeri dan telah membayar deposit sebanyak RM3,000. 

"SPR juga menasihatkan supaya setiap parti yang bertanding sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak berkempen dengan cara yang boleh menimbulkan hasutan dan sebagainya.Perkara 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 jelas menyatakan tentang kesalahan mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan sepanjang tempoh kempen berlangsung, yang jika sabit kesalahan, ia boleh diambil tindakan tegas," katanya. 

Abdul Ghani berkata bagi parti-parti yang menggunakan premis awam atau swasta,SPR menasihatkan parti berkenaan mendapatkan kebenaran daripada pemilik premis itu termasuk membayar sewa jika mahu menggunakannya semasa PRK itu.Bagi lambang parti-parti politik yang digantung di luar kawasan PRK,beliau berkata ia tertakluk kepada bidang kuasa pihak berkuasa tempatan dan SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan.Abd Ghani berkata bagi memastikan proses PRK itu berjalan dengan aman dan harmoni, semua pihak termasuk pemimpin parti politik, calon bertanding, penyokong parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan orang ramai diminta mematuhi undang-undang, peraturan dan arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh SPR dan Polis DiRaja Malaysia.

"SPR berharap aktiviti berkempen akan berjalan lancar dan tidak mengganggu ketenteraman awam dan keselamatan negara," katanya.PRK Dun Pengkalan Kubor diadakan ekoran kematian penyandangnya Allahyarham Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas. SPR menetapkan 25 Sept ini sebagai hari mengundi. PRK itu membabitkan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon Pas Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary. Pada PRU13 tahun lepas, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, September 15, 2014

#PRKPENGKALANKUBOR !!! ADAKAH INI CARA #PAS BERKEMPEN ??? KATA PARTI ISLAM ??? APA CERITA NI ??


adakah ini cara kempen PAS untuk menangkan calon mereka ??? anda lihat sendiri apa yang dilakukan oleh penyokong PAS.adakah ini yang dikatakan Parti Islam ??? selain itu,Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertikaikan tindakan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO mengambil calon yang berlatar belakang agama untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor. 

Pas lebih berminat mengambil seorang kontraktor binaan menjadi calon mereka.Jika BN mencalonkan seorang kontraktor pasti Nik Aziz akan katakan kontraktor tidak layak jadi Adun kerana dikhuatiri rasuah.Adakah ini juga perangai yang disukai oleh Nik Aziz semasa berkempen ??? patutlah asyik kalah jerr !!! kerana perangai busuk yang dibawa oleh pemimpin PAS inilahh jadinya.semua nya baik di mata PAS,tapi hakikatnyaaa... 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#PRKPENGKALANKUBOR !!! KURANG AJAR !!! PUAK #PAS MENGHINA CALON #UMNO #BN !!!


ini sudah kurang ajar !!! apa cerita ni ??? belum apa-apa lagi dah hina calon UMNO BN !!! macam ni kerr kata gentleman ??? saya akan ceritakan apa yang terjadi di Ceramah PAS di Kedai Geting pada 13-9-2014.ceramah ini dihadiri oleh kira-kira 300 orang.jangan hairan dengan kehadiran yang ramai itu,sebab Kedai Geting adalah salah satu PDM yang sentiasa menyokong PAS sejak lama dahulu.Dalam ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Nassuruddin Daud ,dia begitu sedap mengata pada calon BN.

“Walaupun Calon UMNO semua tahu seorang Cikgu,tapi calon Umno tiada title Ustaz,dia tukar Ustaz.orang disini lebih kenal daripada saya,Bunyi khabar calon UMNO ada pondok mengajar qiraati dikawasan Pengkalan Kubor dan Geting kawasan pondok zaman berzaman,saya sebut sebab tak mahu taraf pondok diturunkan.Orang buka pondok zaman dahulu,orang mengajar bukan setakat kitab jawi,kitab arab-pun orang mengajar,kalau orang mengaji tafsir dipondok orang mengaji tafsir Ibnu Kathsir(Hot Kelate hanya catat sebahagian nama kitab yang dimaklum semasa ceramah itu),tiada orang buka pondok mengajar Qiraati zaman dulu.Jadi saya tidak mahu taraf pondok diturunkan,orang mengaji ilmu dipondok zaman dahulu dia keluar lebih daripada (Pelajar)universiti,pelajar universiti juga akan belajar kitab dipondok".


“Tak apalah kalau UMNO ketandusan guru pondok dan guru agama tukar nama cikgu jadi ustaz,Pakai serban,pakai jubah,pakai kopiah,saya rasa insyaAllah dengan dia pakai serban dia berdoa tiru cara Tok Guru pada hari mengundi dia sendiripun akan undi calon PAS.Sebab tak munasabah orang pakai serban sokong dacing(BN) kerana dalam kitab yang digunakan untuk mengajar dipondok diantaranya kalau orang mengaji matan zubab,Ibnu Roslan dalam mukadimah ada menyebut:Orang alim yang tidak beramal dengan ilmu dia,Allah taala akan azab dia dahulu daripada kafir yang sembah berhala.Tiap-tiap orang buat amal tidak berdasar kepada ilmu, amalan dia tuhan tolak,tuhan tak terima….itu dalam kitab yang orang mengajar dipondok. Jadi bagaimana kita pakai serban boleh tolak perjuangan Islam,macammana pakai serban mewakili parti buat naya pada rakyat". 


tu diaaa !!! tak ingat belakang depan puak-puak PAS,apa yang dia kata seolah-olah hanya PAS sahaja layak ikut sunah Nabi,Pakai serban,pakai jubah,pakai kopiah,sejak bila pula jika buka pondok mengajar Qiraati akan turun taraf pondok.Jangan fitnah sesuka hati lahhh.mengikut apa yang diberitahu oleh sumber dari dalaman Ustaz Nasarudin Sendiripun Tak habis mengaji di Al-Azhar mesir.apa cerita ni ustaz ??? cermin sikit diri tu dulu baru ingatkan orang lain.ada faham kaaa ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN 

Saturday, September 13, 2014

#PRKPENGKALANKUBOR !!! KANTOI !!! CALON #PAS KENCING RAKYAT MALAYSIA !!!


gambar diatas adalah petikan dari harakah daily kononnya calon PAS Wan Rosdi merupakan anak tempatan Kampung Bendang Pak Yong.Pernah mengikuti kursus pentadbiran perniagaan di Tokyo,Jepun pada 1984.malas saya nak teruskan anda baca lah sendiri


UNTUK SELANJUTNYA 

tetapi apa yang berlaku sebaliknya adalah Beliau mempunyai kod kad pengenalan bernombor '02' yang sah dan nyata adalah kod pengenalan bagi seorang yang dilahirkan di Kedah Darul Aman.Belum apa-apa lagi PAS dah kantoi berbohong.kata nak anak jati ??? apa cerita ni ??? tak caya ??? jom lihat gambar di bawah


adakah gambar diatas menipu lagi ??? apa respons anda wahai puak PAS ??? tak serik kerr asyik kena tipu dengan calon.dulu kontraktor,sekarang kontraktor lagi.ingat tak PRK Kuala Besut ??? Apakah mereka akan menafikan laporan di atas atau mengaku mereka telah berbohong kepada rakyat ??? Dan jika benar,tindakan PAS itu amat memalukan dan sungguh hina,satu permulaan kempen PAS di PRK Pengkalan Kubor dengan satu pembohongan.Apakah akan ada pembohongan lagi selepas ini ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
 
 
Blogger Templates