Social Icons

Pages

Monday, December 01, 2014

#AKTAHASUTAN !!! #PAS DAN #PAKATAN #PEMBANGKANG DAH LUPA KERRR ASYIK MUNGKIR JANJI ???


Apabila bekas Pesuruhjaya PAS Selangor,Dr Abdul Rani Othman menyuarakan sokongannya di atas pengumuman Perdana Menteri,Datuk Seri Najib untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948,sejujurnya saya rasa terkejut kerana tidak menjangkakan ada juga pemimpin PAS yang celik dan matang fikirannya.Lantaran sokongan Dr Rani itu walau pun nadanya masih sedikit prejudis,terbit sekelumit rasa hormat saya pada PAS kerana dalam fikiran saya merasakan mungkin PAS dalam proses untuk keluar dari kepompong kejumudan yang mana selama ini asyik membangkang tanpa mempedulikan baik buruk sesuatu perkara.Malangnya segala-galanya berubah bila saya terbaca komen oleh Ahli Parlimen PAS Parit Buntar yang juga AJK PAS Pusat,Mujahid Yusoff Rawa bersama Ketua Penerangan parti itu,Mahfuz Omar yang menyelar pengumuman Datuk Seri Najib itu sebagai tindakan mungkir janji & tidak tetap pendirian. 

Seperti saya tulis dalam artikel sebelum ini,memang benar Datuk Seri Najib telah berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948,tapi disebabkan baru nak memansuhkannya pun sudah ada pihak mengambil kesempatan mencetuskan ketegangan maka amatlah wajar Datuk Seri Najib bertindak mengekalkan akta tersebut.Datuk Seri Najib sanggup korbankan wibawanya dengan mengutamakan gesaan dan desakan ramai yang mahu akta tersebut dikekalkan,itu jelas membuktikan Datuk Seri Najib seorang yang prihatin dan mendengar hasrat rakyat di akar umbi serta terbuka mindanya menilai baik buruknya setelah melihat realiti semasa.Tapi jika keberanian Datuk Seri Najib mengambil keputusan itu tetap dianggap sebagai tanda beliau seorang mungkir janji dan tidak tetap pendirian,sukalah saya membawa Mujahid dan Mahfuz menjelajah sejarah seimbas lalu berkenaan kegagalan PAS menunaikan janji serta pendirian PAS yang tidak tetap dalam beberapa isu. 

Isu pertamanya berkaitan kalimah Allah SWT,itu bukti nyata yang tak boleh disanggah betapa saat mula-mula isu ini timbul PAS adalah antara yang paling bersungguh mempertahankan tuntutan Gereja Kristian untuk mengguna pakai kalimah Allah SWT untuk disamatarafkan dengan konsep ketuhan triniti Kristian.Bila kian ramai suara-suara bantahan mengecam pendirian PAS dalam isu itu,mana mungkin Mujahid dan Mahfuz boleh lupa yang PAS akhirnya membuat pusingan U membantah tuntutan Gereja Kristian.Boleh Mujahid dan Mahfuz menafikan wujudnya sikap flip-flop dan tidak tetap pendirian PAS dalam isu ini ??? Selanjutnya dalam isu hudud,saya percaya baik Mujahid dan Mahfuz atau siapa sahaja tidak akan lupa janji PAS untuk melaksanakan hukum hudud sebelum ayam jantan selesai berkokok semasa kempen PRU-10 1999 dulu.Apa jadi sekarang ??? Sudah berjuta kali ayam jantan selesai berkokok,hududnya sampai sekarang tak terlaksana di Kelantan. 

Hatta di Kedah yang PAS rampas pemerintahannya pada PRU-12 2008 pun tak terkeluar hasrat nak laksanakan hudud hinggalah PAS tumbang pada PRU-13,sedangkan selama ini PAS selalu menjaja cerita bahawa hudud wajib dilaksanakan.Apa yang membezakan Kelantan dan Kedah ??? Berkaitan hudud juga kenapa pendirian dan janji PAS berubah-ubah,dulu dalam Manifesto PRU-07 1986 PAS menjanjikan perlaksanaan hudud merangkumi orang bukan Islam, tapi bila masuk kempen PRU-08 1990 PAS menukar pendirian menjanjikan hukuman hudud hanya terhad kepada orang Islam sahaja. Flip-flop apakah ini ??? Dalam isu Sisters In Islam (SIS) dan Islam Liberal serta pegangan pluraslismenya, dulu di tahun 2006 pendirian PAS ialah mahu SIS diharamkan,sekarang di tahun 2014 bila Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengharamkannya, pemimpin PAS juga yang membantahnya.Siapa ??? Kawan Mujahid dan Mahfuz juga iaitu Hanipa Maidin dan Khalid samad.Dulu sekitar tahun 1960-an PAS juga yang mengharamkan kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan orang kafir dengan alasan ia membawa kekufuran merujuk pada Perikatan (UMNO+MCA+MIC), lima dekad selepas itu pendirian PAS berubah dan kini boleh pula PAS bersekedudukan bertahaluf siyasi dengan si kafir dari DAP. 

Apa beza MCA,MIC dengan DAP ??? DAP lebih Islamik ke ??? Menjelang PRU-09 1995 dulu,pendirian Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah menolak penyertaan orang perempuan dari UMNO menjadi wakil rakyat dan memegang jawatan atas alasan hanya orang lelaki sahaja layak menjadi khalifah.Sekarang PAS sendiri letak calon perempuan di peringkat DUN dan Parlimen siap ada yang jadi EXCO lagi.Dulu juga PAS melarang orang perempuan memperdengarkan bacaan Al-Quran dalam Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan, sekarang pendirian PAS berubah dalam hal itu malah terlebih-lebih berubah sampaikan sudah tidak kisah membiarkan pemimpin muslimahnya selamba berceramah di pentas politik. Tiada lagi dakwa dakwi isu aurat suara.Pendirian apakah ini ??? Begitu jua bila bercerita propaganda PAS yang memfatwakan Perlembagaan Negara sebagai perlembagaan jahiliah,toghut dan sekular,sekarang perlembagaan yang sama PAS janjikan dalam Buku Jingga PR untuk pertahankannya.Malah dalam perlembagaan tubuh Pas sendiri berikrar akan bergerak bersandarkan peruntukan perlembagaan yang sama.Mana pergi toghut,sekular dan jahiliahnya ??? Sebelum PRU-13 dulu PAS pernah berangan-angan menabur janji nak menghapuskan cukai pendapatan bawah RM5,000 jika menguasai Kerajaan Pusat, sekarang walau dah memerintah Negeri seperti Selangor dan Kelantan,cukai yang di bawah pentadbiran negeri pun PAS tak mampu nak hapuskan. Di Selangor cukai tafsiran dan cukai pintu naik, cukai premis perniagaan pun naik, di Kelantan cukai bakul sampai sekarang masih dikenakan. 

Demikian halnya dalam bab janji PAS untuk membina Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua di Kelantan,akhirnya janji tinggal janji dan galang gantinya Kerajaan Pusat juga yang terpaksa tolong buat dan siapkan.Tapi yang menariknya bila Kerajaan Pusat dah tolong buat, pemimpin PAS pula asyik komplen kata bila nak siap.Bila dah siap PAS juga yang sibuk pasang bendera panadol expired. PAS juga pernah menjanjikan untuk mewujudkan badan hisbah iras-iras SPRM untuk memantau pentadbiran kerajaan PAS Kelantan.Sampai sekarang tak nampak bayang,begitu juga janji PAS untuk membina Jambatan Palekbang yang kini masih tersergam cuma batu nisan perasmian yang dah berbelas tahun setia terpacak entah bila pembinaannya nak dimulakan pun tak tahu. Kalau nak diungkit satu persatu memang banyak sikap tidak tetap pendirian PAS dan kelakuan mungkir janji yang menjadikan kita semakin ragu sejauh mana PAS mengamalkan Islam sebagaimana sering dilaung-laungkannya selama ini.

Bagi penyokong taksub PAS tentu sahaja beranggapan semua yang dinukilkan ini sudah basi,tapi bagi yang waras akan berpandangan ini satu panduan dalam membuat keputusan penting kemudian nanti.Rasanya cukup setakat itu dulu sekadar seimbas lalu untuk renungan Mujahid dan Mahfuz supaya masing-masing tahu sebelum sibuk nak lekehkan orang lain berkaitan bab mungkir janji dan tidak tetap pendirian, maka seeloknya cermin dulu puak sendiri,supaya tak terjadi seperti ‘kata dulang paku serpih,kata kat orang rupanya PAS yang lebih’.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates