Social Icons

Pages

Monday, January 12, 2015

BONGKAR !!! #BANJIRBESAR !!! ADAKAH BENAR #UPAYAPADU MILIK #NGEHKOOHAM CUMA TERLIBAT TANAM #POKOKGETAH ???


Pemimpin DAP Perak,Ngeh Koo Ham yang mempunyai kepentingan dalam syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd telah menafikan penglibatannya dengan sebarang aktiviti pembalakan di Kelantan meski syarikat itu memiliki tanah pajakan seluas 10,526 ekar di Gua Musang.Sebaliknya dakwa Ngeh Koo Ham,syarikat Upayapadu hanya terlibat dalam usahasama dengan Yayasan Islam Kelantan (YIK) untuk projek penanaman semula pokok (pokok getah klon balak).Serentak dengan penafian tersebut,Ngeh Koo Ham mengumumkan akan mengambil tindakan saman ke atas akhbar Berita Harian kerana didakwa menyiarkan laporan berniat jahat berhubung aktiviti pembalakan yang mencemarkan Sungai Kelantan.Tindakan saman itu mungkin meredakan pertikaian ramai terhadap isu pembalakan yang dikaitkan dengan pemimpin DAP itu.Mungkin itu yang diharapkannya.Pun begitu penafian Ngeh Koh Ham hakikatnya belum meleraikan iProperty.com - Tanah Gua Musang 10,000 ekarkeraguan umum.Ada persoalan penting yang menuntut jawapan jujur dari Ngeh Koh Ham dan Upayapadu terutama sekali mengenai tujuan pemilikan tanah pajakan seluas 10,526 ekar tersebut. 

Ramai yang terus tertanya-tanya betul kah penglibatan Ngeh Koo Ham melalui syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd sekadar untuk menanam pokok getah semata-mata ??? Kenapa timbul pertanyaan sedemikian tentu ada sebabnya.Mengikut rekod,Ngeh Koo Ham bersama syarikat Efektif Kirana yang dikuasainya mula mengambil alih Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada April 2012.Tiga bulan sebelumnya tanah seluas 10,525 ekar di Gua Musang itu telah diklankan dalam portal iProperty.comdengan nilai RM36.8 juta bagi pajakan selama 70 tahun.Berdasarkan iklan hartanah oleh iProperty.com yang bertarikh 12 Januari 2012 itu,kita dimaklumkan 1,000 ekar dari tanah yang berkeluasan 10,526 ekar itu telah ditanam dengan pokok getah.Baki 9,500 ekar lagi merupakan kawasan hutan balak yang berupaya menjana 20,000 tan hasil kayu balak.Dalam iklan yang sama juga menyatakan 30 peratus dari hasil keuntungan hasil pembalakan di tanah tersebut perlu disumbangkan kepada YIK.Syarat ini membawa makna pihak yang menguasai tanah pajakan lebih 10,000 ekar itu akan beroleh manfaat dari hasil 20,000 tan kayu balak tersebut. Di sinilah sebab musabab timbul persoalannya, benarkah syarikat Upayapadu milik Ngeh Koh Ham hanya terlibat menanam pokok getah semata-mata di seluruh kawasan yang luasnya melebihi 10,000 ekar ??? Apa buktinya kayu pokok getah telah ditanam tanpa perlu menebang pokok balak? Kalau betul tujuannya hanya nak tanam pokok getah kot mana pun baki keluasan 9,500 ekar hutan balak mesti dibersihkan dahulu sebelum ditanam dengan pokok getah, bukan begitu ??? Jadi siapa yang tolong tebang kayu balak tersebut dan pihak mana yang meraih hasilnya ??? 

Mustahil balak yang ditebang dibiarkan tanpa meraih keuntungan. Per lu ada penjelasan di sini. Kita sedia maklum 1,000 ekar tanah tersebut sudah ditanam dengan pokok getah sebelum Ngeh Koh Ham ambil alih kepentingan dalam syarikat Upayapadu,jadi takkanlah setakat 1,000 ekar itu sahaja perkembangan prestasi penanaman pokok getah ??? Betulkah syarikat Upayapadu langsung tak terliur dengan hasil balak di baki tanah seluas 9,500 ekar lagi itu ??? Satu perkara yang cukup menarik dari iklan di iProperty.com ada mengepilkan sekali pelan lokasi tanah seluas 10,526 ekar itu yang bila kita bandingkan dengan imej satelit pada pilihan tab maps disebelah dan dizoomkan akan terpaparlah imej bukit-bukit yang gondol.Siapa yang bertanggungjawab menggondolkannya ??? Mungkin ada pembaca yang memiliki komputer yang lebih baik prestasinya boleh membuat kaji selidik lebih mendalam dengan imej satelit itu seterusnya printscreent dan buat perbandingan dengan pelan tanah yang hampir seiras bentuknya itu sekadar untuk rujukan dan penilaian kita semua. Penulis harap imej satelit kawasan bukit yang gondol itu bukannya tanah 10,526 ekar yang dimiliki Ngeh Koh Ham secara pajakan melalaui syarikat Upayapadu kerana Ngeh sendiri dah nafikan terlibat dalam aktiviti pembalakan yang menggondolkan hutan balak dan bukit di Kelantan. Mungkin imej gondol itu sebenarnya milik syarikat lain.Apa pun banyak lagi persoalan sebenarnya yang menuntut penjelasan, tapi kalau Ngeh Koh Ham dapat memberi jawapan logik dan ampuh untuk beberapa persoalan yang telah diajukan di atas,saya percaya selepas ini pertikaian yang mengaitkannya dengan aktiviti pembalakan di Kelantan akan hilang sedikit demi sedikit.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates