Social Icons

Pages

Friday, November 08, 2013

BONGKAR !!! ANWAR IBRAHIM PEMIMPIN ZAMAN JURASSIC DAN TIDAK LAGI RELEVAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA !!!


Agenda Anwar Ibrahim yang hanya memperkudakan Pas demi cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri membuktikan sikap tidak ikhlas beliau terhadap parti Islam itu.Pendedahan tersebut yang dibuat oleh bekas menteri besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Razak kepada mantan menteri penerangan,Tan Sri Zainuddin Maidin mengguatkan lagi persepsi bahawa Pas kepada Anwar hanyalah sekadar karpet untuk mengesatkan kakinya.Di dalam tulisan di dalam blognya Zamkata,Zainuddin berkata lidas rasmi Pas,Harakah,pernah menghina presiden parti itu sendiri,Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa beliau hanya layak menjadi seorang nelayan.Anwar menanam agen-agennya di dalam Pas yang dikenali sebagai Anwarinas atau kumpulan Erdogan seperti Husam Musa,Mahfuz Omar,Mohamad Sabu,Dr Dzulkefly Ahmad,Khalid Samad,Dr Hatta Ramli,Dr Syed Azman,Dr Mujahid Yusuf dan Salahuddin Ayub. 

Mereka ini membawa agenda sulit serta bertindak menjadi corong mulut Anwar di dalam Pas bagi mengimbangi pengaruh dan kuasa golongan agamawan dan ulama di dalam parti itu.Anwar tahu bahawa golongan ulama amat tidak setuju dan menolak keburukan peribadi beliau yang terlibat dalam perbuatan liwat.Malah peribadi jijik Anwar ini sudahpun menjadi pengetahuan umum sebilangan pimpinan besar Pas termasuk Abdul Hadi yang sama-sama membesar di dalam perjuangan Abim lebih tiga dekad dahulu.Bekas pemimpin Abim seperti Tan Sri Sanusi Junid sudahpun memperkatakan mengenai kecenderungan Anwar menyukai budak-budak lelaki jambu sejak awal tahun 1980an.Tetapi ketika itu siapapun tidak pedulikan apa yang disebut oleh Sanusi kerana di kalangan pelopor Abim mereka tahu Anwar dan bekas menteri pertanian itu memang tidak sebulu dari zaman muda mereka lagi.Lagi pun Anwar baru sahaja diterima masuk UMNO dan terus mendapat layanan istimewa daripada perdana menteri ketika itu,Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Anwar ditatang sebagai anak emas oleh Dr Mahathir dan kelajuan beloiau menaiki tangga politik di dalam UMNO adalah juga disebabkan faktor bosnya.Anwar menjadi ‘untouchable’ di dalam UMNO kerana beliau dilihat sebagai pengganti Dr Mahathir sebagai presiden parti dan juga bakal perdana menteri.Namun takdir mengatasi segalanya dan beliau terhumban dalam keadaan hina dan mengaibkan daripada persada kuasa yang dipuja dan disanjung selama 16 tahun.Walaupun Anwar pernah menghamburkan kata-kata keji,kesat dan menghina kepada pemimpin-pemimpin pas ketika beliau menjadi pemimpin kerajaan Barisan Nasional,namun demi masa depan politiknya pasca kerajaan,beliau terpaksa menelan semuanya kembali walaupun pahit. Setelah dipecat Anwar mula melunakkan hati pemimpin Pas dan kata-kata manisnya terutamanya terhadap golongan ulama.Hinggakan sampai ke hari ini,mursyidul am Pas,Datuk Nik Aziz Nik Mat menjadi satu-satunya penyokong kuat Anwar di dalam parti itu.Katalah apa sahaja keburukan Anwar kepada Nik Aziz dan bawalah sebeban bukti untuk menguatkan hujah mengenai perbuatan liwatnya,Semuanya akan ditolak bulat-bulat.Bagi Nik Aziz,Anwar adalah pemimpin hebat yang telah dianiayakan oleh Dr Mahathir tetapi malang bagi beliau kerana ketaksuban beliau telah menutup pinti kebenaran mengenai karektor dan identiti sebenar ketua umum PKR itu. 

Melalui jarum pengaruh halus yang digunakan terhadap Nik Aziz,Anwar berjaya meyakinkan parti itu untuk membuat kerjasama politik atau tahalus siyyasah bersama Dap dan PKR dalam gabungan Pakatan Rakyat.Pada mulanya pas menerima hasil yang lumayan kerana berjaya meningkatkan jumlah kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum 2008 tetapi menjadi jelas pada PRU13,pemenang terbesar adalah Dap.Dap berjaya menggunakan Pas sebagai keldai tunggangan dan mengautkan keuntungan politik yang amat besar mendapat undi Melayu daripada parti itu.Di beberapa kawasan yang ditandingi oleh Pas,parti itu tidak mendapat sebanyak undi daripada kaum Cina termasuk daripada anggota Dap sendiri.Kekalahan pembangkang pada pilihan raya lalu untuk merampas Putrajaya telah membuka mata pemimpin Pas bahawa mereka selama ini telah menjadi balaci Anwar tanpa disedari.Kini sudah ada gerakan yang lebih serius di dalam parti itu untuk menolak kepimpinan Anwar yang sudah dilihat sebagai pemimpin era jurassik oleh pemimpin generasi muda Pas.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates