Dalam sidang Parlimen,seorang ahli Parlimen yang menggunakan kisah penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah dalam perbahasannya dalam sidang Dewan Rakyat telah memberi fakta palsu berhubung dengan sejarah Islam dengan menyatakan golongan Ansar Madinah sebagai orang kafir.apa cerit ni ??? Ahli parlimen PKR (Indera Mahkota) Datuk Fauzi Abdul Rahman,pada akhir perbahasannya,mungkin mahu menghalalkan hubungan luar biasa Pas dan DAP,menyatakan bahawa usaha Rasulullah SAW menyatukan antara golongan Ansar dan Muhajirin dalam peristiwa peristiwa Hijrah merupakan usaha menyatukan orang Islam dengan bukan Islam.
Fakta ini merupakan kesalahan yang serius kerana dalam sejarah Islam, golongan Ansar merujuk kepada penduduk Madinah yang telah memeluk Islam dan menerima kehadiran orang Islam dari Mekah yang dikenali sebagai golongan muhajirin.Ini jelas dinyataka di dalam Sirah Rasululullah dan juga al -Quran.
Dan orang-orang (Ansaar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka,mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri,sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat.Dan (ingatlah),sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya,maka merekalah orang-orang yang berjaya.
- Surah : AL-HASYR,ayat : 9
LIHAT VIDEO DI BAWAH
Tindakan Fauzi yang merupakan seorang Ahli Parlimen Islam memutarbelitkan fakta sejarah Islam dalam Dewan yang mulia demi kepentingan politik DAP sangat memalukan.Fauzi harus bertaubat dan memohon maaf kepada seluruh orang Islam atas pembohongan ini.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
Fakta agama harus dipastikan, jgn mengandai andaikan, menzahirkan kejahilan sendiri, lebih merbahaya boleh merosak aqidah. Golongan Ansar r.anhum. adalah antara sebaik baik manusia selepas para Nabi 'alaihimussalam dan para Muhajirin r.anhum.
dah terikut ikut perangai pas....senang senang mengkafirkan org lain
Post a Comment