Social Icons

Pages

Friday, November 08, 2013

EKSKLUSIF !!! SATU LAGI KISAH SEBENAR 13 MEI DAN DAP DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!!


DAP telah lama menuduh UMNO sebagai rasis kerana tidak membuka keahlian kepada semua kaum.Tuduhan ini dimainkan bersungguh-sungguh bagi membentuk persepsi bahawa UMNO itu jahat dan tidak adil.Walhal,UMNO,bekerjasama dengan MCA dan MIC iaitu parti Cina dan India dan bergerak sebagai satu parti di bawah Barisan Nasional.Dengan cara ini semua kaum mempunyai ketua atau Presiden yang mempunyai kuasa untuk menyampaikan suara kaum masing-masing tanpa ada yang terpinggir.Berbeza dengan DAP yang mempunyai ahli dari berbagai kaum tetapi semua pemimpin tertinggi merupakan dari kaum yang sama dan kaum-kaum lain tidak punya platform langsung untuk bersuara.Bukan itu saja,kaum bukan Cina di dalam DAP juga ditindas dan tidak punya ruang untuk mencabar kepimpinan melalui apa jua cara sepertimana MCA dan MIC dan parti-parti komponen BN yang mewakili kaum bumiputera di Sabah Sarawak diberi ruang di dalam kerajaan untuk turut sama membuat keputusan dalam negara. 

kali ini,DAP telah menimbulkan soal parti keagamaan,yang mana ditujukan khas kepada PAS,sekutunya sendiri.Menurut Karpal Singh,parti perkauman dan keagamaan adalah merbahaya untuk negara.Kita tahu bahawa DAP ingin mengubah sejarah,tetapi saya tidak percaya yang Karpal telah lupa sejarah.PAS telah wujud sejak tahun 1951,MCA pula sejak 1949,MIC pada 1946 sama dengan UMNO.Ini bermakna parti berasaskan kaum dan agama ini telah wujud sejak sekian lama di negara ini.Namun,selama itu juga terbukti,selain PAS,peranan UMNO,MCA dan MIC adalah membawa perpaduan dan keharmonian di negara ini bukannya ketegangan.Malangnya,semangat perpaduan UMNO,MCA dan MIC telah tidak dikongsi oleh parti berbagai kaum seperti DAP.Justeru,DAP telah mencetuskan keganasan kaum pada 13 Mei 1969 atas dasar semangat keCinaan yang melampau.DAP dan juga Gerakan pada waktu itu,iaitu dua parti yang kononnya tidak ditubuhkan dengan berasaskan kaum,telah dengan sengaja mencabar orang-orang Melayu dengan memperlekehkan dan menghalau mereka ke hutan.Kononnya,laung DAP,negara ini adalah milik Cina dan bakal diperintah oleh DAP iaitu parti yang mendabik dada sebagai ‘parti berbagai kaum’ itu. 

Dalam ketegangan itu,pemimpin UMNO lah yang bangkit bertindak untuk memulihkan keadaan.Pemimpin UMNO lah yang mengembalikan keamanan dan perpaduan dengan kerjasama dan bantuan MCA serta MIC.Ketiga-tiga parti perkauman ini menjadi agen keharmonian yang berjaya diteruskan sehingga ke hari ini.Manakala parti berbagai kaum iaitu DAP pula terus berusaha untuk mencetuskan ketegangan kaum melalui berbagai cara.Di era teknologi maklumat ini,laman-laman sosial digunakan sepenuhnya oleh penyokong-penyokong DAP untuk memprovokasi umat Islam dan Melayu.Mujurlah kerajaan pimpinan UMNO itu cukup matang dan bijaksana untuk mengendalikan keadaan dan berjaya mengekang sebarang ketegangan.jelas,yang penting di sini bukan nama atau atas dasar apa parti ditubuhkan tetapi, siapa yang menerajui parti itu.Jika penerajunya seorang rasis,maka ia akan tetap bersikap rasis biarpun partinya terbuka kepada semua kaum.Jika penerajunya bukan seorang rasis,maka ia akan tetap berlaku adil kepada semua walaupun partinya adalah parti satu kaum.Karpal Singh tentunya seorang yang lembab kerana tidak dapat menganalisis perkara ini.Itulah jadinya jika enggan belajar dari sejarah dan menafikan sejarah.Sejarah tidak pernah menipu,manusia sahaja yang boleh menipu,apatah lagi seorang peguam yang juga seorang ahli politik seperti Karpal Singh.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Aduka said...

CELAKA PUNYA DAP.
APA YANG DIA BUAT TU LAH DIA TUDUH ORANG !!!
CARA BERPOLITIK ANAK BERANAK.
DIA KATA ORANG RASIS, DIA YANG TERPALING RASIS.. OTAK BABI PUNYA OLANG..

 
 
Blogger Templates