Social Icons

Pages

Friday, November 08, 2013

HOT NEWS !!! LGE KENCING RAKYAT !!! APA CERITA DENGAN TEROWONG ???SENYAP JER ???



Kedegilan Kerajaan DAP Pulau Pinang di dalam meneruskan projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion jelas menunjukkan sikap kepimpinan yang angkuh dan mementingkan diri sendiri.Ujar Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Teng Chang Yeow,sudahlah projek ini diteruskan walaupun tiada sebarang kajian yang dilakukan terlebih dahulu, segala persoalan rakyat pula terus enggan dijawab.

Kerajaan negeri sudah menjadi tiang bisu walaupun kita sebenarnya telah sedia maklum mereka ini memang akan terus pekakkan telinga terhadap sebarang persoalan yang ditimbulkan rakyat.Apa yang penting bagi mereka agenda disebalik projek ini dapat dicapai.DAP seharusnya memberi penjelasan kepada rakyat agar rakyat faham dan bukannya membisu.Telah timbul pelbagai cerita kurang menarik berkenaan projek ini.Satu,ianya ditandatangani walaupun belum ada sebarang kajian dilakukan.

Kedua,kos projek yang meningkat daripada RM4.08 bilion kepada RM6.3 bilion.Bagaimana ianya boleh meningkat sebegitu banyak masih tidak terjawab.Ketiga berkenaan tol yang bakal dikenakan kelak selain kesan-kesan negatif kepada rakyat,alam sekitar dan juga para nelayan yang juga masih tidak terjawab.

Semuanya persoalan ini tidak mampu dijawab menyebabkan rakyat mula berfikir bahawa ada agenda tersembunyi di sebalik projek mega ini.Apa yang pasti hanya satu jawapan daripada Lim Guan Eng iaitu menuding jari kepada BN,Katanya kepada UMNO-Online.Tambah beliau lagi,DAP seharusnya berpegang kepada prinsip CAT iaitu Competency (Keupayaan),Accountability (Akauntabiliti) dan Transparency (Ketelusan) di dalam menangani setiap kontroversi yang melanda mereka.Jangan hanya jadikan CAT sebagai perhiasan.

Buktikan mereka memang parti yang telusTapi saya pasti DAP akan terus berdiam diri kerana mereka tidak ada sebarang jawapan kukuh kepada setiap persoalan yang diajukan rakyat berkenaan projek mega ini,jelasnya lagi.Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah pun menandatangani perjanjian awal pembinaan projek mega ini walaupun kajian dan kerja-kerja terperinci (FSSD) belum diluluskan dan tindakannya ini telah mendapat bantahan dari banyak pihak. - MediaUMNO 

APA KATA ANDA ??? 

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates