Social Icons

Pages

Monday, January 12, 2015

BREAKING NEWS !!! #HADIAWANG MUNGKIN AKAN DIGULINGKAN PADA #MUKTAMARPAS2015 ???


Sebelum ini ada sebuah portal pro PAS yang membuat analisis mengenai kemungkinan Mat Sabu yang kini menyandang jawatan Timbalan Presiden PAS mempunyai peluang yang cukup cerah untuk menduduki kerusi Presiden bagi menggantikan Abdul Hadi Awang pada pemilihan akan datang.Asas kemungkinan berlakunya perubahan pucuk pimpinan PAS itu bersandarkan pada realiti yang mana kepimpinan Hadi Awang dikatakan cukup lemah berikutan hanya disokong oleh 12 orang AJK PAS Pusat berbanding Mat Sabu yang diuar-uarkan mempunyai dukungan kuat 26 orang AJK PAS Pusat dari kalangan Anwarinas.Sejauh mana kebenaran analisis itu saya tidak tahu,tapi bukan lagi rahsia semenjak tercetusnya kemelut MB Selangor tahun lepas kedudukan Hadi Awang sememangnya agak goyah apabila ramai pemimpin PAS pro Anwarinas yang secara terbuka mempertikaikan keputusan Hadi dalam kemelut tersebut.

semalam,portal berita Sinar Harian pula telah menyiarkan cadangan seorang bekas EXCO Pemuda PAS Pusat,Zulhazmi Shariff yang meminta ahli dan perwakilan PAS tidak lagi mencalonkan Hadi Awang sebagai Presiden pada Muktamar parti itu yang akan bermula pertengahan tahun ini.Zulhazmi Shariff yang juga bekas calon Ketua Dewan Pemuda PAS pada Muktamar 2013 sebaliknya menyarankan supaya Hadi Awang dilantik mengisi jawatan Mursyidul Am PAS bagi menggantikan Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedang uzur sekarang selain ketokohan Hadi yang dikatakan berkelayakan untuk menyandang jawatan tersebut.Apa maknanya di sebalik dua perkhabaran ini dan apa motifnya mencanang ura-ura mengubah kedudukan Hadi Awang sebagai Presiden PAS ??? Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang,jadi tidak syak lagi tujuan sebenarnya tidak lain dan tidak bukan adalah merupakan paluan gendang perang yang menandakan gerakan secara serius untuk menggulingkan Hadi dari kedudukannya sekarang sememangnya wujud.Dulu selalunya berita sebegini dipandang sepi oleh ramai penyokong PAS yang melihatnya sebagai propaganda UMNO untuk memecah belahkan PAS,kini bila perkhabaran yang sama berulang lagi dan dipalu pula oleh pemimpin PAS sendiri barulah mereka nak melatah dan meroyan kebimbangan.

Sekarang gendang perang sudah dipalu,suka atau tidak penyokong PAS dari kalangan pro ulama terpaksa akui kedudukan Hadi sedang genting dan jika silap lagi percaturan mereka pada pemilihan di Muktamar PAS 2015 ini bermakna untuk penggal 2015-2017 PAS akan diterajui Presiden dari puak yang pro Anwarinas pula.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates