rupanya ada sebab kalau penduduk mengamuk tidak berpuas hati dengan projek pembangunan Datum Jelatek.Siapa tidak mahu kalau dijanjikan pampasan antara RM250,000 hingga RM300,000 mengikut saiz rumah kediaman dan RM400,000 hingga RM500,000 untuk rumah kedai ???
Dengan jumlah sebanyak itu sudah tentu mereka dapat membeli kediaman baru walaupun sekadar rumah flat.Namun,itulah jumlah yang dijanjikan pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kepada penduduk di Kampung Datum Jelatek kira-kira lima tahun lalu,kononnya untuk pembinaan projek pembangunan semula kawasan perumahan kos rendah di Jalan Jelatek,Datuk Keramat.Memikirkan pampasan begitu besar ditawarkan,semua penduduk bersetuju,lebih lagi mereka juga dijanjikan sebanyak 50 peratus daripada keseluruhan kuota pembangunan di tapak pangsapuri itu akan diberikan kepada bumiputera.
Menambahkan lagi keyakinan mereka, apabila Ahli Parlimen Gombak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa,Mohamed Azmin Ali ketika itu turut mengulangi janji sama pada Februari 2013.Bagaimanapun,sehingga hari ini,janji hanya tinggal janji.Kuota 50 peratus unit rumah empat bangunan setinggi 45 tingkat yang pada awalnya diperuntukan kepada bumiputera itu tiba-tiba ditarik balik.Lebih malang lagi,jumlah pampasan bagi semua saiz rumah mahupun rumah kedai yang dijanjikan antara RM250,000 hingga RM300,000 dan RM400,000 hingga RM500,000 untuk rumah kedai dikecilkan kepada RM130,000 hingga RM250,000 sahaja.Sikap tidak berpegang pada janji itu yang mendorong lebih 1,000 penduduk Kampung Datum Jelatek tidak berpuas hati lalu mengamuk dan menyerbu tapak projek pembinaan bernilai RM1.2 bilion itu isnin minggu lalu.Memang wajar penduduk bertindak agresif menendang pagar di tapak projek berkenaan sebagai melepaskan geram kepada kerajaan negeri kerana mereka telah mengorbankan kediaman masing-masing bagi projek pembangunan itu tetapi apabila sebaliknya pula berlaku.Sudah tentu mereka tidak akan berdiam diri atau melihat sahaja setiap inci bumi kelahiran mereka disodok.Mereka bertindak demikian bukan kerana menolak pembangunan,tetapi menuntut hak sebagai penduduk sah di kawasan itu, yang sebelum ini dijanjikan pampasan lumayan selain dijanjikan peluang memiliki kediaman baharu atas tapak projek yang dijangka siap tahun depan itu.
“Kami bukan nak duit, kami nak unit (rumah) itu saja.Bila kami tidak setuju dengan syarat-syarat PKNS, kami telah ditendang secara kasar menggunakan Akta Pemilikan Tanah.Kami diminta keluar dengan dibayar (pampasan) sebanyak RM250,000.. kami tidak mahu duit itu, kami hendak unit rumah,” kata seorang penduduk,Rohani Yusoff.Katanya,penduduk di situ kecewa apabila mereka diberitahu syarikat berkenaan dan PKNS tidak dapat menunaikan janjinya menyediakan rumah, sebaliknya meminta mereka mengambil duit dan tinggalkan penempatan itu.
“Mereka paksa kami menerima pampasan yang sudah dikecilkan jumlahnya dan minta kami beli mana-mana rumah di luar kawasan ini,” katanya.Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Abdul Hamid berkata, mereka boleh memiliki rumah berkenaan, tetapi harga yang ditawarkan sekitar RM500,000 hingga RM2 juta seunit sedangkan, kata beliau, mereka hanya diberi pampasan antara RM130,000 hingga RM250,000 sahaja berbanding berbanding RM250,000 hingga RM300,000 sebelum ini.“Kalau dapat beli rumah kawasan ini dengan harga RM250,000 bolehlah juga, tapi mana kawasan yang ada jual rumah dengan harga itu? Untuk beli rumah dengan harga itu (RM250,000) kami kena pergi jauh dalam hutan,” katanya yang meminta Mohamed Azmin menterjemahkan semula kepada rakyat makna slogan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) iaitu “Merakyatkan Ekonomi Selangor”.
Projek Datum Jelatek melibatkan pembinaan empat bangunan setinggi 45 tingkat dan turut mempunyai pejabat, hotel serta pusat membeli belah.Mohamed Azmin ketika mengulas perkara itu mendakwa, jumlah pampasan yang dibayar kepada penduduk terlibat terlalu besar dan projek pembangunan di situ juga turut mengambil kira keadilan kepada semua rakyat Selangor.“Kita telah tetapkan 50 peratus wajib milik Bumiputera. Kalau ada Melayu tidak mampu membeli unit tersebut, kerajaan negeri akan beli unit tersebut dan kekalkan pegangan hak miliknya di tangan bumiputera di bawah kerajaan negeri Selangor,” katanya.Kenyataan Menteri Besar itu disifatkan oleh penduduk sebagai cakap tidak serupa bikin dan indah khabar dari rupa.Sementara itu, sumber dari PKNS memberitahu, hanya mereka yang berpendapatan kasar sekurang-kurangnya RM20,000 sebulan mampu mampu memiliki rumah berkenaan untuk pembayaran bagi tempoh 20 tahun.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
Rasanya PAMPASAN spt yg dijanjikan tu ADA, wang bukan masalah krn dibelakang projek ni sudah tentu cina2 kaya DAP;
Yg jadi masalahnya mungkin, YG URUSKAN PAMPASAN ni dah tentu GELAP MATA terkira-kira duit yg begitu banyak, pasti SEMUA YG TERLIBAT NAK MAKAN %. Tu yg buat nilai pampasan tinggal setengah saja.
HERAN JUGAK, kata KERAJAAN PR KERAJAAN RAKYAT?
Post a Comment