Social Icons

Pages

Monday, February 09, 2015

MESYUARAT #PR !!! KENAPA #HADIAWANG CABUT DARI SIDANG MEDIA ??? LAIN MACAM JERR ???


tu diaa !! masa mesyuarat ada,masa sidang media cabut lari.kenapa yekkk ??? apa pun isu ini nampaknya menjadi perhatian ramai wartawan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan selama kira-kira sejam selesai.Semua menjangka Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang hadir pada sidang media bersama para pemimpin Pakatan lain.yang peliknya beliau 'cabut' dan tidak hadir pada sidang akhbar berkenaan.Anwar Ibrahim yang becakap pada sidang akhbar bermula sekitar 3.40 petang telah beri alasan Hadi ada urusan lain.Katanya Hadi hadir hingga habis mesyuarat.Timbalan Presiden PAS Mat Sabu duduk sebelah Anwar sebagai wakil.Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga hadir duduk disebelah Anwar. 

Anwar sendiri nampak macam nak cepat-cepat habiskan sidang akhbar.Beliau juga terus cabut sejurus habis.yang lagi pelik,sidang akhbar itu berlangsung lebih empat minit sahaja.Ini mengenangkan pimpinan Pakatan sudah lama tidak mesyuarat dan wartawan ingin bertanya banyak soalan.Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali yang ditemui wartawan juga bagi alasan Hadi ada urusan lain dan tidak boleh tunggu sidang akhbar.Kalangan wartawan rata-rata menduga ada sesuatu yang 'tak kena' dan melihat 'ada urusan lain ' itu cuma alasan nak tutup sesuatu yang tidak beres.Sebelum ini sudah menjadi tradisi semua para pemimpin Pakatan hadir dalam sidang akhbar selepas mesyuarat.


Sepanjang lebih empat bulan sejak krisis Menteri Besar Selangor memuncak Hadi sudah tidak hadir mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan.Beliau kemudian memberi alasan kesihatan.Namun begitu Hadi kelihatan hadir berbagai program PAS termasuk ke luar negara.Para pemimpin DAP telah menghentam Hadi kerana mendakwanya 'ponteng' hadir mesyuarat.Bukan rahsia lagi Hadi cukup 'angin' pada Langkah Kajang yang menyaksikan Tan Sri Khalid Ibrahim tersingkir.Ini ditambah pula dengan karenah DAP terhadap hajat PAS nak laksana Hudud di Kelantan.Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan dikatakan sangat diharapkan oleh Anwar dapat berjalan untuk tayang solidariti menjelang keputusan rayuan kes liwatnya esok 

Pada sidang akhbar itu Anwar antara lain memberitahu mereka bersetuju untuk bincang isu Hudud dan pilihanraya majlis tempatan (PBT) yang menjadi percakaran antara PAS dan DAP.Katanya Pakatan akan adakan satu konvensyen pada 10 Mei ini.Mengenai rayuan kes liwatnya,Anwar kata para pemimpin Pakatan akan bermesyuarat untuk menentukan langkah seterusnya selepas mahkamah umum keputusan 10 Februari.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates