Social Icons

Pages

Thursday, March 05, 2015

BREAKING NEWS !!! #MAHFUZOMAR PERSENDA WARTAWAN DENGAN MISI KEMANUSIAAN UNTUK PEMBUNUH ???


Jika pelbagai pihak di dalam negara seperti Aman Palestin mengadakan misi kemanusiaan untuk membantu mangsa peperangan di Palestin,Kosovo,Bosnia,Myanmar dan banyak tempat lain,Parti Islam se-Malaysia (PAS) memilih misi kemanusiaan untuk seorang pembunuhan bernama Sirul Azhar.Setelah beberapa kali menipu media kononnya Pas dan Sirul akan mendedahkan siapa yang mengarahkan beliau membunuh Altantuya Saaribu,akhirnya Ketua Penerangan Pas,Datuk Mahfuz Omar menyatakan bahawa misi Pas dalam kes Sirul ialah misi kemanusiaan.Hebatnya Sirul sudah layak diberi bantuan kemanusian oleh Pas setaraf dengan rakyat Palestin yang ditindas oleh Rejim Zionis.

Kenyataan Media : Perkembangan Misi C4 ke Australia

1. Alhamdulillah,pada hari ini saya bersama ibu Sirul,Puan Piah Samad,adiknya Noriatin Omar serta ahli rombongan telah diberikan kebenaran untuk bertemu dengan Sirul di Pusat Tahanan Imigresen Villawood,Sydney.Pertemuan ini berlangsung selama hampir dua jam iaitu bermula Pukul 5.30 petang sehingga Pukul 7.30 petang waktu di sini.

2. Saya berpandangan misi kemanusiaan ini berjaya apabila dapat mempertemukan seorang ibu kepada anaknya yang dikasihi.Puan Piah membawa sambal bilis dari kampung manakala saya membeli anggur dan kasut sukan yang dipesan oleh Sirul. Suasana begitu hiba dan sayu bagi kami pada saat mula pertemuan tersebut apabila si ibu dan anak berpelukan. Tangisan air mata kerinduan seorang ibu kepada anaknya yang berjauhan dan belum tentu nasib yang melanda.

3. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Australia khususnya pihak berkuasa Pusat Tahanan Imigresen yang memberikan kebenaran kami bertemu Sirul.Sirul juga menyatakan salam penghargaan buat semua yang prihatin terhadapnya.

Dato' Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan PAS
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS

Dengan kenyataan diatas,Mahfuz mengaku telah permain dan persenda wartawan.Mana kata Najib bunuh Altantunya ??? Kenapa Tiada kenyataan tuduhan demikian dalam kenyataannya ??? Apa kerja Mahfuz buat misi kemanusian kepada seorang pembunuh ??? apa cerita ni ??? Jika Kelab Putera 1 Malaysia di bawah Datuk Azeez Rahim menjalankan misi kemanusiaan kepada mangsa bencana alam dan rakyat Malaysia yang berhadapan dengan masalah di luar negara,Pas memilih untuk menjalankan misi kemanusiaan untuk seorang pembunuh yang lari daripada menghadapi hukuman di bawah Undang-undang Malaysia.Tidak cukup membela seorang pesalah kes liwat,Pas kini menjadi jurucakap seorang pembunuh, yang kemungkinan besar membunuh atas sebab kepentingan kewangan. 

Dengan kata lain Pas sekarang memberi fokus kepada misi kemanusiaan untuk seorang pembunuh upahan.Jika di negara barat,parti politik yang bersubahat dengan penjenayah yang telah dijatuhkan hukuman oleh sistem perundangan negara mereka tidak mungkin mendapat sokongan atau kepercayaan rakyat.Di mana maruah dan kredebiliti Pas apabila membantu seorang pembunuh yang lari dari hukuman untuk berjumpa keluarganya.Apakah ini bukan pengkhianatan terhadap negara ??? Bukankah sikap seperti ini datang dari seorang pemimpin Islam menunjukkan bahawa ahli politik Islam di negara ini lebih teruk moralnya daripada orang lain ??? Seorang Ahli Parlimen menjadi pengkhianat kepada sistem perundangan negara sendiri, masih layakkan beliau berada di dalam Parlimen ??? 

Dengan rakyat Kelantan masih ramai yang hilang rumah dan mata pencarian akibat banjir lepas,Pas lebih memikirkan nasib seorang pembunuh berbanding pengundi di kelantan yang telah memberi kepercayaan kepada parti tersebut selama lebih 20 tahun.Jangan risau,pilihan raya akan datang parti ini akan menang lagi di Kelantan kerana serban, jubah dan janji Hudud.

Pstttt - macam mana sambal bilis ni boleh melepasi pihak kastam australia,biasanya mereka akan buang jika terdapat makanan yang di bawa penumpang selepas di scan oleh pihak Kastam Australia.Pihak kastam mereka sangat rapi dan akan merampas segala bentuk makanan yang dibawa penumpang.Mustahil boleh terlepas.tanya jerrr,maafkan saya kalau silap,muahahaha.......

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Kalau dah dapat jumpa Sirul, tanyalah siapa punya arahan suruh bunuh Altantuya?

Kita pun nak tahu juga.

Anonymous said...

Mahfuz tak berani nak bagitau siapa yg bagi arahan utk bunuh Altantuya, sptmana yg Sirul bagitau kat dia.

Tau kenapa?

Sirul cakap yg bagi arahan tu MR BEAN.

 
 
Blogger Templates