Social Icons

Pages

Wednesday, September 30, 2015

FAKTA !!! #TUNMAHATHIR MUDAH LUPA PENJELASAN #1MDB !!!


Syarikat pelaburan strategik milik Kerajaan Malaysia,1Malaysia Development Berhad (1MDB) kesal dengan tulisan Tun Dr Mahathir Mohamad melalui blognya bertarikh 25 September dengan menggunakan isu lapuk yang sudah dibuktikan salah namun tetap diulangnaik bekas perdana menteri itu.

Melalui satu kenyataan,1MDB menyatakan Dr Mahathir yang kini sudah berusia 90 tahun pernah mendakwa syarikat itu kehilangan RM42 bilion tetapi kini menukar jumlah itu dengan menuduh RM20 bilion pula hilang.“Untuk memudahkan Dr Mahathir memahami,maklumat terperinci bagaimana 1MDB menggunakan hutang RM42 bilion itu, berdasarkan laporan kewangan yang diaudit boleh diakses di capaian berikut :


UNTUK SELANJUTNYA

Manakala mengenai tanah 1MDB,Dr Mahathir dengan mudah lupa yang syarikat itu adalah milik penuh Kerajaan Malaysia maka,apa jua kenaikan nilai akan menguntungkan kerajaan.Selain menulis nilai yang lebih rendah iaitu RM3,000 sekaki persegi,(sebelum ini mendakwa ia bernilai RM7,000 sekaki persegi),Dr Mahathir juga mudah lupa untuk mengambil kira dan memahami 1MDB sudah membelanjakan RM3 bilion bagi pembangunan infrastruktur di Tun Razak Exchange (TRX). Ia melibatkan perbelanjaan infrastruktur RM1,500 sekaki persegi dibayar oleh 1MDB yang kemudiannya wang itu diperolehi semula daripada penjualan tanah. 

Dr Mahathir juga turut mengulangi dakwaan lapuknya kononnya 1MDB menyalurkan wang ke akaun persendirian Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak.Ia disebalik pengetahuannya,Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 3 Ogos lalu sudah mengesahkan wang itu adalah daripada penderma dan bukannya wang ataupun daripada 1MDB. 

“1MDB kesal dengan Dr Mahathir yang berterusan lupa fakta,bukan sahaja yang sudah dikeluarkan oleh 1MDB malah daripada agensi yang dihormati seperti SPRM.Apapun,1MDB akan terus mengeluarkan jawapan bagi membantu Dr Mahathir, seorang ahli politik veteran,untuk mendapatkan jawapan yang dicari, biarpun berulang-ulang,” katanya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates