Social Icons

Pages

Monday, November 16, 2015

EKSKLUSIF !!! FAKTA PENTING MENGENAI #TPPA DIDEDAHKAN !!! VIDEO INSIDE !!!


1. TPPA merupakan inisiatif 4 buah negara,iaitu Brunei,Singapura,Chile dan New Zealand yang dimulakan pada tahun 2006.Hanya pada tahun 2008,keanggotaannya ditambah melibatkan 8 buah negara yang dihubungkan oleh Lautan Pasifik,iaitu Australia,Canada,Jepun,Malaysia,Mexico,Peru,Amerika Syarikat dan Vietnam.

2. Saiz komuniti perniagaan dan akses pasaran bebas cukai TPPA adalah gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 12 negara yang bernilai AS$27.5 trilion dan melibatkan 800 juta pengguna.

3. Selain TPPA,sebelum ini Malaysia juga telah menandatangani beberapa perjanjian perdagangan multi-lateral yang lain seperti World Trade Organization (WTO) yang ditubuhkan pada 1 Januari 1995,melibatkan 143 buah negara dan berfungsi untuk mengatur dan mengawalselia perdagangan antarabangsa; Asia Pacific Economic (APEC) yang ditubuhkan pada tahun 1989 melibatkan 21 buah negara untuk menyemarakkan pertumbuhan ekonomi negara-negara Asia Pasifik ; ASEAN Free Trade Area atau Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang ditandatangani pada tahun 1995,bermula dengan 6 buah negara ASEAN dan sekarang mempunyai 10 anggota dan bertujuan untuk meningkatkan daya saing ASEAN sebagai pengkalan pengeluaran dalam pasaran dunia; dan Free Trade Agreement (FTA) yang merupakan perjanjian ekonomi dua hala antara negara-negara yang terlibat bagi merendahkan harga keperluan yang dikehendaki oleh pengguna. Malaysia telah menandatangani perjanjian FTA dengan Jepun, Pakistan, India, Chile, New Zealand, Australia dan Turki secara dua hala. Manakala melalui ASEAN pula, FTA telah ditandatangani dengan Australia, New Zealand, Korea Selatan, China, India dan Jepun.

4. Selepas 5 setengah tahun berunding,12 negara TPPA telah berjaya memuktamadkan TEKS RUNDINGAN TPPA pada 5 Okt,di Atlanta,Georgia,US.Bagaimanapun TPPA masih belum ditanda tangani dan masih perlu melalui proses pembentangan dan perbahasan di Parlimen dan dijangka hanya akan diputuskan dalam tempoh 2 tahun lagi.

5. Malaysia masih boleh menarik diri daripada TPPA sekiranya ia merugikan negara dan boleh berbuat demikian pada bila-bila masa walaupun selepas pelaksanaannya tanpa dikenakan sebarang denda atau penalti kerana TPPA adalah sebuah perjanjian sukarela.



APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates