Social Icons

Pages

Showing posts with label WEE CHOO KEONG.... Show all posts
Showing posts with label WEE CHOO KEONG.... Show all posts

Thursday, February 24, 2011

KPI PKR TIDAK TELUS ???



Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang dilaksanakan dalam PKR bersifat tidak telus dan penuh kerahsiaan hingga satu peringkat keputusannya boleh berubah mengikut kehendak Penasihatnya,Anwar Ibrahim.

laporan dari BERNAMA menyatakan Ahli Parlimen Wangsa Maju,Wee Choo Keong berkata,sehubungan itu,beliau tidak hairan dengan laporan awal oleh sebuah portal berita yang menyatakan Timbalan Presiden,Azmin Ali serta enam Wakil Rakyat PKR gagal mencapai KPI sewenang-wenangnya,dinafikan oleh parti berkenaan.sebagai parti milik peribadi Anwar dan konco-konconya boleh melakukan apa sahaja bagi tujuan mengaburi mata rakyat walaupun Penasihat PKR itu sering melaung-laungkan kepentingan mengamalkan ketelusan dan akauntabiliti.

“Bila kerajaan adakan KPI, PKR juga mahu adakan KPI. Kerajaan laksanakan KPI secara terbuka bagi semua rakyat tahu tetapi PKR lain.KPI mereka dibuat secara rahsia, tersembunyi dan tidak telus. Mereka hanya buat untuk politik, untuk mengaburi mata rakyat.Kata mereka KPI ini hanya untuk pengetahuan pucuk pimpinan. Kalau mereka benar-benar telus umumkan laporan awal mengenai KPI yang dibuat oleh PKR yang mana Azmin telah didapati gagal mencapai KPI ditetapkan,’’ katanya di pejabat konsensus bebas di sini hari ini.

Beliau mengulas penafian oleh PKR mengenai adanya KPI terhadap Azmin dan enam lagi pemimpin parti itu seperti mana disiarkan oleh sebuah portal berita semalam.Sebelum itu, portal yang sama menyiarkan berita mengenai laporan sebuah jawatankuasa khas mengenai kegagalan Azmin serta enam Ahli Parlimen PKR berkenaan mencapai KPI yang telah ditetapkan.Jawatankuasa khas tersebut diketuai oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Nik Mahmood Nik Hassan.

Mengulas lanjut Choo Keong percaya dalam apa jua keadaan sekalipun,PKR tidak akan sesekali mendedahkan laporan KPI itu kepada rakyat.Dalam perkembangan sama, beliau mencabar PKR menetapkan KPI tertentu terhadap Anwar bagi menentukan sejauh mana keberkesanannya sebagai seorang pemimpin.

“Selain KPI sebagai pemimpin, Anwar juga harus menjalani proses KPI sebagai Penasihat Ekonomi Selangor. Kita mahu tanya apa pencapaian ekonomi Selangor setakat ini.Berapa bilion pelaburan yang dibawa ke Selangor. Perkara-perkara ini perlu dijadikan ukuran sejauh mana Anwar sebagai pemimpin dan Penasihat Kerajaan Selangor,’’ katanya lagi.

KPI juga katanya, perlu dilakukan terhadap sistem pemilihan parti itu pada tahun lalu kerana ramai di kalangan ahli serta pemimpin parti mendakwa perjalanannya tidak mengikut peraturan.Dalam pada itu, beliau menyelar tindakan PKR menetapkan KPI kepada semua bekas wakil rakyat PKR termasuk dirinya.

Kami tidak ada kena-mengena lagi dengan PKR. Kami wakil rakyat Bebas.Oleh itu jangan libatkan kami dalam urusan PKR sama ada secara langsung atau tidak langsung,’’ katanya.

KEPADA ANWAR BERANI KER TERIMA CABARAN WEE CHOO KEONG ???

Friday, November 12, 2010

PUISI PAS WANGSA MAJU - "CHOO KEONG, KAU HEROKU" !!!


DULU...
KETIKA PILIHANRAYA UMUM 12...
PAS DAN PKR WANGSA MAJU MENJULANG NAMA BELIAU...

DULU...
SELEPAS PILIHANRAYA UMUM 12...
PAS DAN PKR WANGSA MAJU MENGGELAR BELIAU...
PEJUANG RAKYAT WANGSA MAJU...

DULU...
KETIKA HENDAK DIBELA TANAH REZAB MELAYU...
PAS WANGSA MAJU MENJANJIKAN BELIAU MAMPU MEMPERTAHANKANNYA...

DULU...
KETIKA DATO' SHAFEI ABDULLAH DIFITNAH BELIAU...
PAS WANGSA MAJU MENGAPI-APIKAN LAGI FITNAH INI...

DULU...
BELIAU BERKATA UMNO PENGKHIANAT RAKYAT...
PAS WANGSA MAJU SAHUT DENGAN SERUAN ALLAHU AKBAR...


KINI... KINI... KINI...

SEMUANYA HANCUR MUSNAH...
PAS WANGSA MAJU TERGAMAM...
JANJI TERHADAP PENGUNDI TERGADAI...
SERUAN ALLAHU AKBAR ENTAH KE MANA...
HANYA MENDESAK 'HERO' MEREKA LETAK JAWATAN...

BUKANKAH MEREKA YANG TERHEGEH-HEGEH BELA BELIAU DAHULU...?
BUKANKAH MEREKA YANG MENJAMIN KEPIMPINAN BELIAU...?

APA SUDAH JADI???

AKHIRNYA,
SIAPA YANG AKAN TERUS MEMBELA RAKYAT WANGSA MAJU???

UMNO JUGA.....

BN JUGA...

KERANA KAMI PEJUANG RAKYAT YANG SEBENAR...

NAK TAHU KAMI BERSATU DAN BERMULA DARI BLOG MANA ???

KLIK DI SINI

POST BY WAYNE...


 
 
Blogger Templates