Social Icons

Pages

Monday, April 25, 2011

SAH !!! MAHKAMAH TELAH MENGESAHKAN ANWAR IBRAHIM TELAH MELIWAT SAIFUL !!!


Ketua Peguambela Anwar Ibrahim,Karpal Singh semasa hujah penggulungan hari ini mendakwa kononnya terdapat percanggahan pertuduhan seksen 377b dengan dengan keterangan saksi utama,Mohd Saiful Bukhari Azlan.Menurut Karpal pertuduhan di bawah seksyen 377b bermakna persetubuhan di luar tabii dengan persetujuan,manakala keterangan Mohd Saiful mengatakan beliau tidak bersetuju diliwat.

Tegasnya,Mohd Saiful boleh meninggalkan bilik di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku beberapa kali.Katanya,sewaktu Anwar didakwa meminta Saiful menghampirinya ketika pengadu hanya memakai tuala,Saiful boleh menjerit atau lari dari situ,tetapi tidak berbuat demikian.

“Tambahnya selepas pelakuan aksi seks tersebut,Saiful makan karipap dan minum kopi dan berada di dalam bilik itu selama 20 minit”, itu yang di laporkan oleh portal pro Anwar,Malaysiakini

Dalam Masa yang sama Peguam Cara Negara II,Mohd. Yusof Zainal Abiden dalam hujahnya kaitkan semua ujian DNA 2 ahli kimia & sahkan Lelaki Y ialah Anwar Ibrahim.

KLIK DI SINI

Karpal juga turut membandingkan dengan kes liwat pertama yang membabitkan Anwar,10 tahun lepas,di mana hakim Mahkamah Tinggi menerima kes pengadu Azizan Abu Bakar tetapi kemudiannya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan yang menyebabkan Anwar dibebaskan.Hujah Karpal itu seolah-olah beliau mengesahkan kejadian liwat yang sebagaimana didakwa benar-benar berlaku di antara Anwar dengan Mohd Saiful,tetapi menggunakan hujah teknikal, iaitu yang didakwanya berlaku percanggahan fakta di antara suka sama suka dengan tidak suka untuk membebaskan Anwar sepertimana yang berlaku dalam kes liwat pertama.Hujah Karpal itu juga sekaligus mengesahkan Anwar turut berada dalam bilik 1151 dengan Mohd Saiful dan kejadian liwat itu benar-benar berlaku sebagaimana yang didakwa dalam pertuduhan tersebut.masihkah anda ingat lagi,Karpal sendiri yang mengatakan Anwar memang meliwat Saiful ketika sidang Parlimen yang lepas ???

Dalam kes liwat pertama,Datuk Arifin Jaka,Hakim Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000 telah menjatuhkan hukuman bersalah kepada Anwar dan adik angkatnya, Sukma Darmawan yang bersubahat meliwat Azizan Abu Bakar di Unit No. 10-7-2, di Tivoli Villa (apartment Sukma Darmawan), Jalan Medang Tanduk, Bangsar, Kuala Lumpur pada satu malam, pukul 7.45, antara Januari hingga Mac 1993.Namun,Anwar dan Sukma dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2 September 2004 atas faktor teknikal.

Mengulas perkara ini,Hamidzun Khairuddin,pengamal undang-undang yang pernah menjadi salah seorang penggubal Parti Keadilan berkata Mahkamah Persekutuan yang bersidang dengan panel tiga hakim pada 2 September 2004 sebulat suara mengesahkan mereka mempercayai kejadian liwat di antara Anwar,Sukma dan Azizan di Tivoli Villa benar-benar berlaku,tetapi membebaskan Anwar dan Sukma dengan alasan teknikal iaitu wujud elemen suka sama suka.

KLIK DI SINI

Perkara yang sama turut diulas oleh Michael Backman,penulis Barat tersohor dalam bukunya, ‘Inside Knowledge: Streetwise in Asia’ yang menyatakan walaupun Keputusan Mahkamah Persekutuan Malaysia pada tahun 2004, ‘menterbalikkan hukuman’ bersalah melakukan aktiviti homoseksual,yang membolehkan dia (Anwar) keluar daripada penjara,tetapi keputusan hakim itu tidak dapat membersihkan dirinya daripada melakukan aktiviti homoseksual itu.dari situ jelas membuktikan bahawa Anwar juga adalah Gay.

“Mahkamah Persekutuan mendapati yang pemandu itu (Azizan) “adalah salah seorang rakan homoseksual (suka sama suka)” dalam akta-akta liwat. (Sedangkan) Mahkamah-mahkamah terdahulu telah menghakiminya ( Azizan ) sebagai seorang mangsa. Untuk lebih telus, hakim-hakim Mahkamah Persekutuan itu telah melukis sekeping gambar satu kumpulan tiga orang (Anwar, Sukma dan Azizan) yang sedang bergembira melakukan aktiviti homoseksual secara bersama-sama (a happy threesome) dan bukan seorang mangsa (Azizan) diliwat oleh dua penceroboh (Anwar dan Sukma)”, katanya.

KLIK DI SINI

NAK TAHU APA AKTIVITI ANWAR IBRAHIM SELEPAS MELIWAT SAIFUL ???

KLIK DI SINI

PERKASA TELAH MENUNJUKKAN TARINGNYA ???

KLIK DI SINI

ADAKAH ANDA SUDAH NAMPAK BAHAWA ANWAR TELAH MELIWAT SAIFUL ???

ADAKAH INI YANG KITA MAHUKAN JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA ???

RENUNG-RENUNGKAN DAN FIKIR SEJENAK

3 comments:

TokAyah said...

Sebab itulah si karpal asyik minta dibuat perbicaraan tertutup. Kalau perbicaraan terbuka dah lama anuwar menyendiri. Kuasa Allah sepandai2 kau nak mengelak timbul pula kes cind doll. Apa ni jijah?

kakak said...

Nampak tadi semasa masuk ke mahkamah (Berita TV3 jam 8 mlm, 25 April 2011) Anwar boleh jalan tegak sahaja tidak perlu dipimpin dan dipapah seperti beberapa hari lepas. Hai, kata sakit belakang menyerang semula. Kat mana perginya sakit tu?

Unknown said...

itulah lakonan Anwar Ibrahim..kalau anda nak tahu sekiranya and sakit pinggang,masa untuk sembuh adalah lama.anda kena papah.Anwar Ibrahim sebenarnya pelakon tersohor di malaysia.

 
 
Blogger Templates