Social Icons

Pages

Tuesday, April 26, 2011

UMMI HAFILDA MEMFAILKAN SAMAN FITNAH RM100 JUTA !!!


Ummi Hafilda hari ini memfailkan semula saman fitnah RM100 juta terhadap bekas rakan perniagaannya dan pengendali laman berita Malaysiakini, yang telah dibatalkan Mahkamah Tinggi, 13 April lepas.

Ummi Hafilda,memfailkan saman itu melalui Tetuan Sahrihan & Hamdan di Mahkamah Tinggi Sivil dengan menamakan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda sebagai defendan pertama dan Mkini Dotcom Sdn. Bhd. yang menyelenggarakan laman berita Malaysiakini sebagai defendan kedua.Pada 13 April lepas, Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof membatalkan saman Ummi Hafilda berikutan peguam kedua-dua pihak tidak hadir ke mahkamah semasa kes itu disebut di hadapannya.

BERNAMA melaporkan Penasihat Undang-Undang kepada Ummi Hafilda,Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz memberitahu pemberita bahawa beliau menfailkan semula saman itu bagi pihak firma guaman itu, petang ini.Ditanya mengapa peguam kepada Ummi Hafilda tidak hadir ke mahkamah pada 13 April lepas, Mohd. Khairul Azam berkata, terdapat kekeliruan berhubung sistem e-filing yang baru diperkenalkan di mahkamah dan pihaknya tidak menerima tarikh yang diberikan mahkamah.

PERKASA TELAH MENUNJUKKAN TARINGNYA ???

KLIK DI SINI

KEPADA UMMI HAFILDA,LAWAN TETAP LAWAN !!!

TEGAKKAN KEBENARAN !!!

No comments:

 
 
Blogger Templates