Social Icons

Pages

Tuesday, September 20, 2011

MALAYSIA DALAM ZON BAHAYA ???


Malaysia akan berada dalam 'zon bahaya' sekali gus menjadi sebuah negara tidak beridentiti sekiranya rakyat memberi mandat kepada pembangkang untuk memerintah negara ini.Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ia berikutan kenyataan terkini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah,M. Manoharan yang menegaskan pembangkang akan bertindak menukar Jalur Gemilang jika memperoleh kuasa dalam pilihan raya umum akan datang.Jelasnya, dengan kenyataan itu,maka tidak hairan selepas dibenarkan memerintah,mereka akan bertindak menukar lagu Negaraku termasuk merobohkan Parlimen kerana dikatakan mirip Barisan Nasional (BN).

''Saya rasa pemikiran Manoharan masih terjajah. Dalam keadaan kerajaan serius melakukan transformasi politik, mereka masih dengan perangai lama untuk sengaja menimbulkan huru-hara dalam negara.Pemikiran sebegini cukup bahaya apabila semua perkara mahu diubah. Sehubungan itu rakyat yang mahukan keamanan dan mempertahankan kemerdekaan perlu menolak pemimpin seperti ini,'' katanya.

Utusan Melaporkan Beliau mengulas kenyataan Manoharan menerusi laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini dan didedahkan oleh portal berita terbaru, www.mole.my semalam yang menegaskan pembangkang akan bertindak menukar Jalur Gemilang jika menang pilihan raya umum akan datang.





Secara jelas, Manoharan menulis kenyataan menerusi status dalam laman berkenaan yang berbunyi : I distributed many DAP flags today in my constituency. I refused to fly the Malaysian flag because it looks more BN than Malaysian. (Saya mengedarkan banyak bendera DAP hari ini dalam kawasan pengundian saya. Saya menolak untuk mengibarkan bendera Malaysia kerana ia kelihatan seperti BN berbanding Malaysia).Bertambah biadab,Manoharan mengeluarkan pula komentar di bawahnya seperti berikut: "Copycat...AMERICA. America Syarikat atau Syarikat America. Inipun Bahasa Malaysia tak betul. LOL. Bendera Amerika Syarikat ditiru!."

Pendapat Mohd. Puad itu disokong Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang menyifatkan DAP sudah ketandusan isu sehingga sehingga terpaksa membangkitkan usul untuk menukar Jalur Gemilang semata-mata mahu mengalih perhatian rakyat terhadap perkara lebih penting berkaitan pembangunan negara.Katanya, panji-panji negara telah lama berkibar di negara luar malah misi keamanan negara tidak pernah disalah anggap sebagai pasukan dari AS.

''Saya menyeru semua pihak tidak melayan cadangan gila DAP itu kerana saya yakin peluang untuk pembangkang memerintah negara ini semakin tipis,'' katanya.

Dalam pada itu,Timbalan Presiden MIC,Datuk Dr. S. Subramaniam pula berkata,setiap perkara yang menjadi lambang negara tidak boleh dipolitikkan kerana ia telah ditetapkan dan dipersetujui sejak merdeka.

''Ini merupakan satu pandangan berbahaya dan boleh memecah-belahkan rakyat sekali gus menggambarkan kecetekan fikiran mereka apabila tidak memahami aspirasi negara yang telah dilambangkan melalui Jalur Gemilang,'' katanya.

Naib Presiden MCA,Gan Ping Sieu pula berkata,kenyataan biadab pemimpin DAP itu merupakan pendekatan pembangkang untuk mencetuskan kontroversi demi meraih publisiti murahan.Oleh itu, katanya, semua pihak diminta tidak terperangkap dengan permainan politik mereka yang digambarkan tidak matang dan tidak bertanggungjawab.

''Pemimpin pembangkang lain seperti Pas dan PKR diminta mengeluarkan pendirian segera berhubung kenyataan ADUN DAP itu atau menjadikannya sebagai satu manifesto pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang,'' katanya.

8 comments:

Anonymous said...

HABIS, SELAMA INI BN PERNAH JUGA UBAH BENDERA SABAH, BENDERA PULAU PINANG, BENDERA SARAWAK...TAK HURU HARA PUN.

SAJA JER UMNO..CEPAT MELATAH...OPPOCOT!!

SENDIRI BIKIN SENDIRI BUAT2 LUPA...KE..KE..KE..KE..KE..

Anonymous said...

Pencacai..pencacai..kalau dah otak macam otak keldai..nak buat camana lagi...cakap pun tak guna dah..harap2 lepas ni sedar sendiri.

Anonymous said...

APA...KE..KE..KE..?!!gelak le....ko ni mcm orang zaman masa jepun dulu. bunyi saja jepun nak datang dengan siap slogan asia untuk asia, ko pun percayalah. akhir sekali penampar jepun yang ko dapat. baru padan muka. nak kata bodo tapi bangang.Dulu BN ubah bendera tak sedikitpun berkepentingan politik macam yang ko fikir tu. ko pun sama dengan pembangkang, semua nak dipolitikkan. sampai berakpun kena politik. saya nak tanya sikit apa sebab yang ko terlalu taksub pada pembangkang ni??? saya rasa ko ni dah gelap perut sebab makan barang tak berapa halal yang ambiga bagi. Kau nak tau, saya dulu pun pembangkang jgk. dua kali saya pangkah PAS dan macam-macam kata pada bekas PM. Tapi saya tak taksub pada PAS. Itulah yang Rasullullah suruh kita belajar dan belajar tu. Baru tak jadi manusia bangang. Ni tak ko gi menuntut dengan tok guru politik buat apa?belajarlah dengan orang yang tiada kepentingan politik. akhir sekali baru kita jadi tidak sesat.

Anonymous said...

SEBAB AKU TAK SUKA BN KERANA JIKA BN MENANG BESAR SIAPLAH RAKYAT JD MANGSA..

PENGALAMAN PAKLAH DULU CUKUP PERIT BG KITA SEMUA...DIA MENANG BESAR KERANA RAKYAT TERTIPU DGN GELARAN MR CLEAN MAKA DIA DIUNDI OLH MAJORITI RAKYAT..DAN BN MENANG BESAR LBH 2/3 DI PARLIMEN...

SELEPAS MENANG BESAR PAK LAH DGN ANGKUH MENAIKAN MINYAK SAMPAI RM 2.80 SUATU KERJA GILA MENEKAN RAKYAT...SAMPAI SKRG KESAN DR MINYAK NAIK ZAMAN PAK LAH DULU AMAT MENYEKSAKAN RAKYAT..

TERBARU PENGUMUMAN NAJIB CUKAI GST AKAN DIADAKAN SLPS PRU 13..LAGI LAG NAYANYA...DAN CUKAI2 PRA BAYAR YG AKAN TETAP DIKENAKAN DI SAMPING KOS AKAN MENINGKAT LBH GILA LAGI...

JD RAKYAT SEMAKIN SERIK DGN BN..KO BUATLAH SPIN APA2 CERITA PUN, KOMUNIS KER, DNA, ANWAR KER, BENDERA KE, APA KER..BENDA TU SEMUA
ISU YG DIAMINKAN BN JER...ISU UTAMA ADALAH KEHIDUPAN DAN KOS YG SGT2 MEMBEBANKAN RAKYAT HASIL MANIPULASI BN..

TAK KAN UNDI BN LAGI..NAK MAMPOS!!!

Anonymous said...

anon 2.11...abis kalau tak pangkah BN, nak pangkah apa....kalau ko nak pangkah DAP silakan....tapi jangan rosakkan pemikiran lain2 orang di Malaysia....aku dulu pengikut setia PAS..sekarang telah berubah arah selepas PAS tak tentu arah...calon terbaik masa kini hanyalah BN....ko kata barang naik kerja BN...ko sekolah kat mana...barang mana naik yg BN bikin?..minyak naik ikut pasaran dunia...yg barang2 lain naik sbb tokey cina haramjadah DAP..insaf2 laa...aku doakan najib umumkan HUDUD dilaksanakan kelak..baru padan muka hamPAS nnt..yg sokong dia org mcm kamu jer...no brain

Anonymous said...

Anon 2.11.. Nampak sgt ko ni tak sekolah.. Hidup ko yg merempat..xda duit kais pagi mkn pagi jenis pemalas mmg tau nak salahkan govt jer.. Kalu ko pi duduk negara org lain pun kalu ko jenis org mcmni mmg mati tepi jln pun org tak kisah.. Nak harapkan govt jer ko reti.. Pi perbaiki diri dululah baru nak komen!! agaknya mak ko lahirkan ko kat Msia ni pun ko nak salahkan govt.. X penah bersyukur tu..

- bekas ahli PAS -

Anonymous said...

Boleh buat duit lepas pakatan meneng kerana banyak nak di ubah. "Aku kaya...aku kaya" kata geng Pakatan.

Anonymous said...

3:14

BANYAK LAH KO CAKAP..HABIS KITA NAK BAYAR BEI BARANG, BAYAR KOS PERKHIDMATAN, BAYAR ITU, BAYAR INI YG NAIK MELAMBUNG KINI DGN AIR KENCING JER KER? BODOOOO!!

LAGI SATU KENYATAAN BODOH HARGA MINYAK DITENTUKAN OLH PASARAN DUNIA..BYK CANTIK MUKA KO!

HABIS KINI HARGA MINYAK DUNIA DILAPORKAN TURUN DARI USD 80..HABIS KENAPA HARGA MINYAK MALAYSIA TAK PERNAH2 TURUN2...BILA HARGA MINYAK DUNIA TURUN, UMNO/BN BUAT2 TAK RETI BAHASA JER!! SENYAP JER! KALU SENYAP JER, ITU MEMANG DASAR PENYAMUN LAH BN!!!

BIARLAH AKU UNDI DAP PUN ASALKAN AKU TAK AKAN UNDI UMNO!!! ORG2 UMNO PUN UNDI MCA GAK, UNDI MIC GAK, UNDI LAIN2 PARTI DLM BN...NAMANYA NAK UNDI UMNO...MINTAK MAAP LA KAWAN!!!

MEMANG BILA PR MENANG DAN MEMERINTAH, RAKYAT AKAN SEJAHTERA SEBAB MRK AKAN MENJALANKAN PEMMERINTAHAN SECARA TELUS, DAN RAKYAT DIDAHULUKAN, TIADA RASUAH, BYK INSENTIF2 UTK RAKYAT, MINYAK TURUN, DLL...ITU SAJA HARAPAN KITA...NAK HARAP PENYANGAK UMNO...NAK MAMPOS!!

 
 
Blogger Templates