Social Icons

Pages

Friday, September 16, 2011

PERMANSUHAN ISA MANSUH !!! INI JAWAPAN KETUA KITA !!!




Bekas menteri Kabinet,Datuk Mohd Zaid Ibrahim hari ini dilaporkan memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana suatu ketika dahulu beliau tidak pernah yakin dengan keupayaan Najib untuk melakukan sesuatu termasuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Bernama melaporkan Datuk Mohd Zaid Ibrahim berkata ternyata pandangan beliau terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak adalah meleset sama sekali apabila Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan akta berkenaan semalam.

"Saya dahulu tidak yakin Najib mempunyai keberanian untuk membuat sesuatu yang besar dan hari ini saya minta maaf pada Perdana Menteri kerana akhirnya sanggup berbuat sesuatu yang bermakna dan besar untuk memansuhkan ISA ini.Saya sifatkan ini sebagai satu hadiah kepada rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita di kediamannya di Kota Bharu.

Semalam Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan ISA dan memberi jaminan dua undang-undang baru yang akan digubal untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang serta perbuatan jenayah tidak akan digunakan untuk menahan mana-mana individu semata-mata kerana ideologi politik.Selain itu,antara yang turut dimansuhkan ialah Akta Buang Negeri 1956, selain mengkaji semula secara komprehensif Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967.

Datuk Mohd Zaid Ibrahim yang kini Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) berkata apa yang dilakukan Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi nafas baru kepada istilah demokrasi untuk terus subur di negara ini.Beliau yakin Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mempunyai agenda politik dalam mengumumkan pemansuhan berkenaan dan meminta semua rakyat dan pembangkang agar menyokong setiap pembaharuan yang mahu dilaksanakan Perdana Menteri demi rakyat.

Sementara itu,Mursyidul Am PAS,Nik Aziz Nik turut menyokong pemansuhan ISA yang bagi beliau sepatutnya dilakukan sejak dahulu lagi.

"Ia memang selari dengan kehendak kita (pembangkang) kerana ISA ini tidak selari dengan kehendak Islam dan melanggar hak asasi manusia.Kita ada hakim dan lawyer (peguam).Tak perlu ada ISA yang bertindak tidak betul ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia peringkat negeri di Padang Majlis Daerah Machang.

UNTUK MELIHAT TEKS UCAPAN DATUK SERI NAJIB

KLIK DI SINI

APA PUN YANG TERJADI WALAUPUN ISA DI MANSUH SEMUA RAKYAT HARUS MENERIMA !!!

JANGAN KITA MENIDAKKAN KEPUTUSAN INI !!!

1 comment:

Jabalnur said...

siapa kata kita harus menerima?

Kita tunggu PRU 13 nanti!

 
 
Blogger Templates