Social Icons

Pages

Tuesday, October 11, 2011

BONGKAR !!! RASUAH LEBIH BURUK PADA ZAMAN PEMERINTAHAN KHALID GAGAP ???


Amalan kronisme,rasuah,penyelewengan kuasa dan pemborosan di Selangor lebih buruk di bawah pimpinan Khalid Gagap sepanjang tiga tahun lalu berbanding dakwaan-dakwaan terhadap kerajaan negeri sebelumnya.adakah ini benar-benar berlaku ??? Pengerusi Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin merujuk kepada tindakan menjual bangunan-bangunan milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor,gaji dan imbuhan lumayan RM40,000 sebulan yang dibayar kepada Pengurus Besar PKNS yang dilantik oleh Khalid.Selain itu isteri dan penulis ucapan pegawai tertinggi PKNS itu turut menerima gaji yang amat tinggi, kata beliau.

Manakala projek-projek yang ditender di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan dibolot oleh syarikat kroni ahli majlis PBT sementara industri pasir terus dibelenggui dengan tuduhan rasuah berleluasa.Akibatnya, Khalid jauh tersasar daripada janjinya untuk meningkatkan hasil dari industri pasir kepada RM150 juta setahun,kata Hamidzun.

Berikut bahagian pertama wawancara wartawan Antarapos.com dengan Hamidzun Khairuddin.mari kita lihat apakah yang sebenarnya terjadi !!!

S : PKR Sering mencanang Selangor sebagai contoh utama keupayaan parti itu memerintah secara telus,amanah dan berwibawa.Tidak ada rasuah dan salah guna kuasa,kata MB Selangor, Tan Sri Khalid Irahim,komen GAPS ???

J: Selama tiga tahun Pakatan Rakyat memerintah,Pakatan Rakyat gagal membawa Selangor ke satu penanda aras yang lebih baik daripada apa yang berlaku sebelum mereka memerintah.Saya melihat rakyat mempunyai pertimbangan yang amat tinggi apabila memberikan masa kepada mereka tetapi dalam masa tiga tahun ini, saya tengok mereka tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh membanggakan rakyat Selangor.Saya fikir Kerajaan Negeri perlu faham bahawa rakyat dengan adanya pelbagai medium akses maklumat sekarang, internet,media rakyat dan sebagainya maknanya rakyat tahu apa yang berlaku.Jadi saya fikir kita perlu adil kepada rakyat.

Sebagai contoh zaman Umno Barisan Nasional berkuasa, gaji GM PKNS RM15,000 satu bulan sekarang,GM PKNS kroni Tan Sri Khalid,gajinya RM40,000 satu bulan.Penulis ucapan GM PKNS gajinya RM7,000 satu bulan,bukankah tidak masuk akal tu.Sementara pembantu peribadinya sendiri adalah isteri dia sendiri dengan diberikan gaji lebih daripada RM10,000 satu bulan.Saya melihat Tan Sri Khalid dan pasukannya cuba membohongi rakyat dalam banyak perkara. Ini bukan yang diharapkan oleh rakyat, apa yang rakyat mahukan ialah suatu yang lebih baik apa yang berlaku sebelum 2008.Pemerintahan PR yang baru ini,kalau tidak buruk, ia sebenarnya adalah nampak lagi buruk.

Kita tahu MB sendiri menipu Sultan dalam beberapa isu.Contohnya melalui isu pasir,MB berjanji dalam sidang DUN untuk memberikan pendapatan RM150 juta setahun hasil pasir kepada Kerajaan Negeri Selangor bagaimanapun apabila sampai setahun, tidak sampai pun suku daripada RM150 juta diberikan, adakah itu bukan satu pembohongan di dalam sidang DUN.Saya yakin apa yang disebut oleh Menteri Besar, sumbangan yang beliau janjikan RM150 juta setahun.itu adalah benar tetapi apabila dia tidak mengutip sampai RM150 juta, hanya RM20 juta atau RM30 juta sahaja itu yang menimbulkan tanda tanya.Kita tahu ada dari kalangan ADUN yag menjadi ahli Lembaga Pengarah (BOD) Semesta. Semesta ini berhubung dengan perniagaan pasir, kita tahu perniagaan pasir ini adalah perniagaan bayar tunai.

Pasir yang hendak dikeluarkan dari satu kawasan pasir,dia perlu bayar dulu dan bayaran itu dalam bentuk tunai. Ada syarikat yang dapat daripada konsesi ini, tidak meletakkan wang pendahuluan, dan ini banyak disebut dalam media maya dan blog. Itu sebagai contoh.Kenapa MB Selangor apabila dia bercakap, dia tidak laksanakan apa yang disebut dalam sidang DUN.Dalam ucapannya di Dewan Undangan Negeri pada tahun 2009,Khalid dipetik berkata bahawa penubuhan Kumpulan Semesta akan meningkatkan hasil kutipan perlombongan pasir di Selangor kepada RM150 juta setahun.Bagaimanapun ketika pembentangan Bajet 2011 negeri pada November tahun lalu, Khalid menyatakan sehingga Oktober 2009, hasil daripada royalti pasir yang diterima oleh Kerajaan Negeri pada tahun berkenaan tersasar daripada sasaran awal iaitu RM4.6 juta. Khalid kemudian menafikan mengunjurkan pendapatan RM150 juta di Dewan Selangor

S :Apakah masalah-masalah utama atau kelemahan ketara di Selangor sekarang ???

J : Saya fikir banyak kesalahan-kesalahan yang cuba ditutup, di peringkat Majlis Perbandaran, mereka menyatakan tidak ada tender terbuka. Mereka kata semuanya tender terbuka, betul semua tender terbuka tetapi tender itu diadili oleh jawatankuasakuasa berkenaan.Dalam jawatankuasa itu, tentulah ada ahli majlis yang terdiri daripada wakil-wakil PKR, DAP dan PAS, dan kita tahu walaupun yang masuk tender itu berpuluh syarikat, akhirnya yang dapat adalah kroni- kroni yang berkait rapat dengan ahli majlis itu.Aduan ini kita terima daripada kakitangan awam yang bertugas di Majlis Perbandaran, maknanya rasuah di Majlis Perbandaran adalah lebih dahsyat sekarang berbanding dengan dulu.

Isu pasir yang keduanya ialah kuasa dahulu dipunyai oleh Pejabat Tanah di bawah pejabat penguasa. Soal pembahagian doket itu diawasi oleh pegawai selia tetapi apabila Pakatan memerintah,kuasa itu diberikan kepada kumpulan Semesta.Saya sangat bimbang sebenarnya, kumpulan Semesta tidak melaporkan, tidak menyatakan perkara yang sebenar berlaku dalam industri pasir Selangor yang sepatutnya mereka laporkan kepada Pejabat-pejabat Tanah.Kita mahu tahu berapa banyak, berapa ratus, ribu tan pasir keluar dari sesuatu tempat tetapi semua itu tidak dilaporkan dengan betul.Saya bimbang yang itu. Dan juga yang paling ketara adalah pertubuhan pusat-pusat maksiat seperti hotel tiada bintang tumbuh bagai cendawan. Adakah itu dinamakan sebagai Merakyat Ekonomi Selangor kepada rakyat. Saya fikir tidak.

S : Khalid sentiasa bingkas merujuk kepada rekod beliau untuk menarik pelaburan baru. Menurutnya Selangor masih di kedudukan paling teratas dalam menarik pelaburan asing, apa komen anda ???

J : Apa yang dibawa balik daripada misi beliau ke Jerman? Berbelanja beratus juta duit rakyat untuk ke Jerman? Yang kedua MB selalu pergi ke China untuk menarik syarikat-syarikat China melabur di Malaysia, apa hasilnya? Saya fikir tidak ada hasil.Memang kerja MB mencari pelabur. Bagaimanapun dalam keadaan ekonomi tengah merudum,beliau mengambil cara termudah dengan menjual apa yang ada di atas nama pelaburan pula.PKNS Shah Alam dijual, SACC Mall dijual, menara PKNS dijual atas nama pelaburan.Kerja BN dahulu buat bangunan, bina bangunan untuk rakyat berniaga tetapi kerja MB sekarang adalah menjual bangunan itu, jadi adakah ini dinamakan penambahbaikan ???

Jika dahulu BN berjaya membuat tiga bangunan PKNS, MB Selangor sepatutnya dalam tempoh tiga tahun ini dapat membuat satu atau dua lagi bangunan PKNS, itu yang rakyat mahukan.Ini tidak dahulu waktu MB yang lama dia buat dua tiga bangunan tetapi dengan MB baru sekarang dia pergi jual tiga bangunan, jadi ini tidak tepat caranya.Ini bukan yang diharapkan oleh rakyat untuk mencipta pendapatan di Selangor untuk GLC (syarikat kaitan kerajaan) dan sebagainya.

Kesannya adalah pada PKNS dan kepada rakyat.Contohnya, kompleks PKNS ini disewakan kepada rakyat untuk berniaga. Rakyat ini tidak kaya pun tetapi mereka berniaga mencari makan khususnya orang Melayu.Dalam konteks ini apabila dijualkan (bangunan berkenaan dianggap) sebagai untuk melabur, kesan daripada itu ialah sewa akan naik, dan sewa tersebut naik bukan satu dua peratus sebaliknya 100 peratus.Kita boleh buat semakan sewa pada kadar baru yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari tahun hadapan.

Ini kezaliman PKNS, ini juga kezaliman kerajaan negeri kepada kerajaan Selangor. Mereka berniaga di sana bukannya satu dua hari sebaliknya berpuluh tahun dan tujuan PKNS ditubuhkan adalah asasnya atas asas Dasar Ekonomi baru.Itu untuk menyusun semula masyarakat, untuk membantu peniaga kecil baru, tetapi kalau sewa dinaikkan hingga seratus peratus, bagaimana orang Melayu hendak meneruskan perniagaan ???

INI ADALAH JAWAPAN GAPS UNTUK PENTADBIRAN DI BAWAH KHALID GAGAP !!!

SEBELUM INI SAYA BAGITAHU ANDA 4 ORANG DAP MAKAN DUIT RAKYAT SELANGOR !!!

SELEPAS ITU KHALID SAMAD PULA MAKAN DUIT ZAKAT !!!

APA CERITA NI ???

ADAKAH INI PEMIMPIN YANG KITA KATA TELUS DAN JUJUR ???

ADAKAH INI PEMIMPIN YANG ANDA KATA TIDAK RASUAH ???

RENUNG-RENUNGKAN

5 comments:

Anonymous said...

Lapor SPRM mlm ni, sebelum subuh pagi esok kes dah sampai ke pengarah SPRM. Lusa dah serah ke peguam negara..Syarat UMNO yg buat report la..Itulah Malaysia ku...

Anonymous said...

dasyat la kau punya firasat anon 4.35...aku sarankan kau ambil inisiatif buat laporan kat sprm mlm ni...besok pagi kau masuk blog ni lg..ok!

blog hh said...

hang terlupa link blog aku selepas kena malware report ... http://husaini.name.my

Anonymous said...

KOMEN DI ATAS :

Lapor SPRM mlm ni, sebelum subuh pagi esok kes dah sampai ke pengarah SPRM. Lusa dah serah ke peguam negara..Syarat UMNO yg buat report la..Itulah Malaysia ku...

October 11, 2011 4:35 PM

Anonymous said...
dasyat la kau punya firasat anon 4.35...aku sarankan kau ambil inisiatif buat laporan kat sprm mlm ni...besok pagi kau masuk blog ni lg..ok!

October 11, 2011 4:51 PM

KOMEN AKU :

LAPOR LAH CEPAT, SBLM SUBUH DAH KENA TANGKAP, TAK SAMPAI TGHARI DAH MATI JATUH BANGUNAN SPRM....


BEGITU LAH DAHSYATNYA UMNO!!!

Anonymous said...

WEY UMNO!

NAJIB@ROSMAH PERGI KAZAKHSTAN MENELAN BELANJA RM 1 JUTA WOOOOO!!!

PERGI 2 HARI JER!!!

GILA NAJIB!


2 LAKI BINI NI SUKA MELANCONG, SUKA MEWAH, SUKA SHOPPING....TATKALA RAKYAT TERHIMPIT DGN KEHIDUPAN!!!

LAGI DASAT...ISYY..ISYY..ISYYY!!

 
 
Blogger Templates