Social Icons

Pages

Tuesday, October 11, 2011

PENYANYI VETERAN AHMAD JAIS MENINGGAL DUNIA !!!


Penyanyi popular era 60-an,Datuk Mohd. Jais Ahmad,atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais, meninggal dunia di hospital pakar DEMC pagi tadi.Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.20 pagi di hadapan dua daripada lima orang anaknya.Jenazah Allahyarham telah disembahyangkan di Masjid Negeri Shah Alam.Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Seksyen 21.Menurut anak keempat Allahyarham,Maimunah,ayahnya telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama 15 hari.

"Ayah meninggal kerana kompilasi paru-paru," katanya.





AL-FATIHAH...

1 comment:

Bingai @ Bangang said...

Al-fatihah
baru semalam aku cuba karaoke lagu dia "Kau Pergi Tanpa Relaku"

Aku yang Bingai
http://tendangterajang.blogspot.com/2011/10/kj-bocor-rahsia-siapa-kroni-dsn.html

 
 
Blogger Templates