Social Icons

Pages

Wednesday, November 02, 2011

PKR DAN PAS BERGADUH KERANA KERUSI UNTUK PRU 13 ???


Demam PRU semakin hampir,sungguhpun banyak teori terhadap tarikh keramat itu.Dijangkakan,ia merupakan PRU paling sengit akan berlaku dalam sejarah Malaysia. Sebahagian pemerhati politik percaya ia juga bakal menjadi PRU paling kotor dengan mainan isu-isu sensitif,yang selama ini terkawal dengan adanya Akta ISA.Paling menarik,pertembungan PKR dan PAS yang masing-masing mengaku dominan di kawasan yang menjadi rebutan.Shah Alam,Kota Raja,Sementa,Kapar dan beberapa kawasan lagi menjadi medan pertelingkahan di antara mereka.

Menyorot kisah 2004 dan 2008,PAS tidak berganjak dari keputusan untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu kerana yakin peluang untuk menang adalah tinggi.Percubaan PKR, contohnya di Parlimen Shah Alam telah mendapat tentangan, walaupun ada “urusniaga” yang agak melampau dari PAS,sehinggakan PKR mengambil keputusan untuk memilih kerusi lain dan tidak menurut “urusniaga” terbabit.Akhirnya,PKR diberikan kerusi campuran,yang mana majoriti Melayu seimbang dengan kaum lain atau Melayu sebagai minoriti. Tsunami 2008 memperlihatkan PKR menang di kerusi yang pernah di ”reject” oleh PAS,malah berjaya mengalahkan majoriti kerusi yang dimenangi oleh PAS. Ia menjadi suatu kejutan yang mana membawa kepada jawatan Menteri Besar menjadi milik PKR.

Trend terbaru ini telah menjadi ikutan PAS,yang memperkenal “PAS For All”,slogan yang cukup mesra dan dikenali di serata dunia kerana mirip kepada “Israel For All”.Ideanya mudah,iaitu untuk mendapat undi bukan Melayu,seperti mana yang telah dibuktikan oleh PKR. Bukan itu sahaja,PAS mengorak langkah dengan penubuhan Kelab Penyokong PAS yang dianggotai oleh kaum Cina dan India.


Atas dasar itu,PAS mula menuntut kerusi yang mempunyai komposisi berbilang kaum.Perkara-perkara diatas menjadi alasan terkuat bagi desakan tersebut. Sebenarnya itu adalah helah politik PAS,yang dilihat semakin hilang sokongan, terutamanya dari orang Melayu dan penganut agama Islam berikutan beberapa kontroversi yang melukakan hati rakyat. Ia dibuktikan apabila BN memenangi PRK-PRK sehingga membawa kepada kekalahan PAS di PRK Galas, Kelantan, tempat suci si Tuan Guru.Di Tenang dan Merlimau juga menunjukkan betapa orang Melayu khususnya sudah jemu dan muak dengan politik kehancuran yang dibawa oleh PAS.

PKR pula pastinya mempertahankan apa yang telah dimenanginya. PKR tidak sanggup membiarkan kerusi yang dimenanginya dirampas oleh PAS. PKR tidak lupa, bagaimana PAS melayan mereka sewaktu pembahagian kerusi pada 2004 dan 2008. Dari status pengemis kerusi bertanding, kemenangan PKR rupanya telah mengundang selera PAS untuk menggunakan pendekatan yang sama untuk PRU 13 nanti.

PAS tahu bahawa parti itu tidak mampu untuk “survive” sekiranya bertanding di kawasan majoriti Melayu. Jentera pilihanraya PAS mula memberontak, kerana tidak mahu bekerja untuk PKR. Tidak dapat dinafikan, jentera PAS adalah tunjang kekuatan calon PKR bertanding di kerusi masing-masing. PKR sebenarnya tidak mempunyai jentera, dan itu terbukti apabila jumlah keahlian PKR yang dimaklumkan pada pemilihan parti baru-baru ini.


Itulah hebatnya PKR, yang bijak “menunggang” rakan-rakannya dalam Pakatan.Ketua Umumnya pula terkenal dengan kebolehan berbohong yang tiada tolok bandingnya. Itulah kelebihan PKR,sehingga boleh bersikap dominan dalam Pakatan. Walaupun begitu, PKR masih belum mampu menakluk DAP laknatullah.

Pergolakan dalaman parti PAS dan PKR pula sedang rancak berjalan. Pro Ulama sedang bersiap untuk bangkit kembali, dan golongan Attartuk ingin memastikan calon pro ulama sangat minima dalam kerusi yang bakal ditandingi oleh PAS. Amat sukar untuk pro ulama bangkit kerana PAS sudah dikuasai oleh Khalid Samad, yang berjaya meletakkan “bonekanya”, Dr. Rani Osman di puncak singgahsana PAS Selangor.

Azmin Ali pula sedang memilih calon-calon muda untuk menyingkirkan Khalid dan angkatannya. Dan kenyataan terbarunya penuh dengan maksud tersirat, apabila berkata PKR akan punya calon-calon baru untuk PRU yang akan datang. Dan pastinya, kerusi idaman Azmin tentunya sebagai Menteri Besar Selangor.PAS terdesak untuk bertanding di kawasan majoriti campuran.


Isu Kalimah Allah,pemurtadan,kuasa Tuanku Sultan,Al Kitab dan anti perpaduan semuanya menjurus kepada undi bukan Melayu. PAS faham bahawa mereka akan tinggal bangkai sekiranya mengharap untuk menang di kerusi yang sedia dimenangi sekarang. Dan kekuatan jentera mereka dijadikan modal ampuh untuk membuat desakan kepada PKR.

PKR pula akan menggunakan Ketua Umumnya untuk terus menguasai kepimpinan PAS yang diketuai oleh syaitan bisu !!!

Selangordaily.com

ANDA AKAN TERKEJUT KERANA TAK LAMA LAGI AZIZ BASI TURUT BERSAMA DALAM POLITIK !!!

AZIZ BASI JUGA AKAN JADI CALON....

KITA TUNGGU NANTI,SAYA AKAN BERITAHU !!!

TUNGGU !!!

No comments:

 
 
Blogger Templates