Social Icons

Pages

Wednesday, June 06, 2012

EKSKLUSIF DAN BONGKAR !!! ISU KAPAL SELAM !!! SATU PERKARA RAKYAT MALAYSIA HARUS TAHU !!! SEBARKAN !!!


Kenyataan Rasmi TLDM..

"..Berhubung dengan perolehan kapal selam Scorpene,Kementerian Pertahanan ingin menegaskan bahawa dakwaan kononnya kerajaan telah membayar komisen sebanyak RM540 juta kepada Encik Abd Razak Baginda merupakan satu tuduhan yang tidak berasas sama sekali.Kementerian juga ingin menegaskan bahawa dalam soal perolehan kapal selam Scorpene,TIDAK ADA sebarang komisen yang dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn. Bhd. seperti yang didakwa.Ini kerana perolehan kapal selam telah dibuat secara rundingan terus – selaras dengan tatacara perolehan kerajaan – dengan syarikat pembuat iaitu ARMARIS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) yang telah mendapat persetujuan kerajaan masing-masing.

Sebaliknya,syarikat Perimekar Sdn. Bhd. yang didakwa menerima komisen,sebenarnya diberikan kontrak menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordinasi untuk tempoh selama enam tahun. Nilai kontrak tersebut adalah sebanyak EURO 114.96 juta,yang dibayar secara berperingkat-peringkat mengikut kemajuan pelaksanaan projek.Perimekar Sdn Bhd dimiliki bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT),Boustead Holdings Berhad dan K.S.Ombak Laut Sdn. Bhd.

Skop kerja perkhidmatan sokongan adalah seperti berikut :

1. Menyediakan kemudahan kediaman beserta kelengkapan untuk tim projek bagi 27 keluarga di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh enam tahun.

2. Menyediakan pejabat urusan dan kediaman beserta kelengkapan bagi krew kapal selam TLDM seramai 156 orang untuk tempoh empat tahun di Perancis dan Sepanyol.

3. Menyediakan insurans kesihatan bagi anggota serta keluarga tim projek dan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol

4. Membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO 50 sehari seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO 60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua.

5. Membiayai kos penerbangan pergi dan balik bagi setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia pada setiap 4 bulan (tiga kali setahun).

6. Lain-lain keperluan tim projek dan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol

Perkhidmatan koordinasi pula melibatkan :

1. Bertanggungjawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat-syarikat Malaysia yang berpotensi untuk menyertai program off-set.

2. Membantu kontraktor utama dalam memberi maklumat tentang prosedur kerajaan berhubung perlaksanaan kontrak.

3. Menyelaras latihan krew kapal selam antara kontraktor dengan kerajaan.

4. Menyediakan laporan koordinasi setiap enam bulan.

Jumlah kontrak EURO 114.96 juta bukanlah merupakan keuntungan bersih milik syarikat Perimekar Sdn Bhd., sebaliknya jumlah ini adalah meliputi segala pembayaran kos langsung bagi skop perkhidmatan sokongan dan tanggungan ke atas kos tidak langsung bagi perkhidmatan koordinasi seperti yang ditetapkan dalam kontrak tersebut.

Kementerian Pertahanan membuat keputusan untuk melantik sebuah syarikat tempatan bagi menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordinasi kerana kaedah tersebut dianggap lebih sesuai dan berkesan. Ia juga bagi tujuan melicinkan kerja-kerja Tim Projek membuat pemantauan ke atas pembinaan dan latihan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol.

Selain itu,segala perbelanjaan untuk projek kapal selam ini dapat dikawal dan dijadualkan manakala perbelanjaan di luar jangka (cost over-run) dapat dielakkan memandangkan pelaksanaan projek perolehan kapal selam memakan tempoh masa yang panjang iaitu selama enam tahun serta melibatkan bilangan anggota yang ramai.

Berdasarkan kepada keperluan tersebut, maka syarikat Perimekar Sdn. Bhd. telah dilantik untuk menyediakan perkhidmatan yang diperlukan mengikut skop kerja yang ditetapkan....."

"....Dengan penjelasan ini, maka Kementerian Pertahanan berharap agar semua pihak memahami keadaan sebenar dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan dan boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Malaysia.

Cawangan Perhubungan Awam
Kementerian Pertahanan Malaysia
Kuala Lumpur...." 27 April 2007

di atas adalah perkara yang sebenar.Puak Pakatan Haram sebenarnya dah terdesak sebelum PRU 13.sebab itu mereka nak pusing kenyataan dan menyalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu ini.sampai begitu sekali mereka nak tawan Putrajaya.sungguh licik permainan Pakatan Haram ini.

VIDEO SEKS ANWAR IBRAHIM BERADA DI LAMAN WEB PORNSTAR ???

KLIK DI SINI


UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Anonymous said...

Sebagai rakyat saya faham. Yang tak fahamnya mengapa Perimekar yang ditubuhkan sebagai syarikat pelancungan diberikan kontrak bernilai berbillion. Apa kemahiran syarikat ini dalam mengurus harta atau peralatan keselamatan?

Anonymous said...

Memang faham. UMNO memang dah jadikan rasuah sebagai darah daging dari datuk nenek hingga ke anak cucu.

Anonymous said...

bodohnyalah pembangkang ni,kerajaan nak memajukan askar malaysia dan menguatkan pertahanan negara pun tak boleh,itupun nak kecoh....,memang bangang tak bertempat

 
 
Blogger Templates