Social Icons

Pages

Friday, September 28, 2012

BAS MILIK KHALID IBRAHIM !!! @PDRMSIA TOLONG SIASAT !!!


Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) membuat laporan polis menggesa satu siasatan terperinci dibuat terhadap Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu pembelian bas dua tingkat untuk kegunaan kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pengerusinya,Hamidzun Khairuddin berkata, siasatan mengenai perkara itu harus dilakukan kerana pihaknya mengesyaki kemungkinan wujudnya amalan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pembelian bas tersebut yang didakwa dilakukan oleh Abdul Khalid.

"Kita mengesyaki ada elemen-elemen penyelewengan dalam pemilikan,pembelian dan penyewaan bas yang dimiliki Abdul Khalid.Beliau sendiri mengakui bahawa bas tersebut milik beliau dan turut mengakui ianya disewakan kepada PKR untuk kegunaan pilihan raya.Persoalannya dari mana beliau memperolehi duit untuk membeli bas tersebut.Ini kerana,kalau dikira,gaji Menteri Besar sebanyak RM20,000 sebulan dan jika beliau membeli bas itu,Menteri Besar terpaksa berpuasa selama 4 tahun untuk mengumpul wang sebanyak RM900,000," katanya.

Ini kerana dakwanya,bas tersebut dikatakan berharga kira-kira RM900,000 dan jumlah itu adalah terlalu mahal dan di luar kemampuan Abdul Khalid yang menerima bayaran gaji sebanyak RM20,000 sebulan sebagai Menteri Besar.Antara NGO yang hadir sama ialah Waris Malaya ; Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Selangor dan Wilayah Persekutuan.Dalam pada itu,Hamidzun turut mengesyaki pembelian bas berkenaan turut mempunyai kaitan dengan pembelian 50 kompaktor sampah bernilai RM14.5 juta memandangkan kedua-dua jenis kenderaan itu mempunyai jenama yang sama iaitu Dong Feng selain dipasang di kilang yang sama.

"Kita syaki pembelian lori sampah dan bas ini ada kaitan dengan penyelewengan dan salah guna kuasa Pejabat Menteri Besar," ujarnya yang juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada minggu depan.Dalam pada itu,Hamidzun yang membuat laporan polis tersebut kira-kira pukul 3.45 petang semalam di Balai Polis Seksyen 6 turut mendesak Abdul Khalid memberi penjelasan berhubung dakwaan tersebut kepada seluruh rakyat Selangor selain supaya bercuti daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar sekiranya kertas siasatan dibuka atas dakwaan berkenaan. Bas yang dikeluarkan oleh Dong Feng dari China dengan nombor pendaftaran BLU 8779 itu difahamkan diletakkan atas nama Abdul Khalid sebagai pemilik.

No comments:

 
 
Blogger Templates