Social Icons

Pages

Tuesday, October 19, 2010

CETUSAN RASA : MENGAPA MENCEMUH DAN MEMBELAKANGKAN BLOGGER !!!


saya minta maaf kerana saya terpaksa ulang balik petikan dari kawan blogger MELAYU ATAS PAGAR @ blog GELOMBANG WANGSA MAJU kerana bila saya baca balik,kadang-kadang memang betul dan memang saya juga dapat merasakan nya...sila baca petikan ini dan renungkan lah...

Tidak adil bagi GWM tidak membangkitkan isu ini, jika sekiranya masih ada pihak yang berulang kali menganggap dan menjadikan para blogger pro kerajaan sebagai musuh setiap kali ditegur.

Bukan bermaksud mahu bermusuh, jauh sekali membenci. Namun jauh di sudut hati, acap kali para blogger sering diperlekehkan dan dipandang remeh oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Agak sukar jika teguran dan pendedahan yang melibatkan pihak pemerintah terus dianggap sebagai musuh dalam selimut. Lantas, lebih afdal blogger berkenaan yang mengkritik ini terus dimatikan sahaja karektor dan imej atau dihumban ke dalam penjara.

Majoriti blogger pro kerajaan tidak pernah meminta baik UMNO mahupun Barisan Nasional mengangkat martabat para blogger ke satu tahap yang perlu diagung agungkan. Walaupun terdapat beberapa picisan blogger yang kemaruk bertuhankan wang dan kuasa, namun jumlah mereka ini adalah minoriti.

Lebih teruk lagi apabila blogger pro kerajaan ‘di angkat’ sebagai sampah oleh sesetengah pihak. Walaupun pernah di anggap sampah, namun tidak pula para blogger ini merajuk atau memboikot parti pemerintah.

Cukup besar peratusan di kalangan blogger pro kerajaan yang bergerak secara solo atas dasar sayangkan parti dan kerajaan yang memerintah. Dan mereka ini bergerak dengan menggunakan dana sendiri dan hasil pendapatan pekerjaan harian atas nama perjuangan.

Bukan mahu mengungkit, tetapi para pejuang alam maya ini sentiasa aktif mendominasi alam siber sejak dari tahun 2008 dan mungkin lebih awal lagi barangkali. Tidak pernah terdetik sekalipun didalam hati mereka ini mahu memboikot atau menjahanamkan imej dan sokongan kepada parti pemerintah.

Para blogger berjuang kerana percayakan kepada kerajaan yang memerintah, percayakan kepada falsafah perjuangan UMNO dan Barisan Nasional.

Terlalu banyak masa dan tenaga yang dikorbankan demi mengembalikan imej dan maruah UMNO dan Barisan Nasional. Maaf disebut, para blogger pro kerajaan lebih banyak membuat kerja dan homework jika dibandingkan dengan mereka yang selesa berada di dalam UMNO dan Barisan Nasional.

Mengapa GWM menganggap sedemikian rupa ...

Kerana hakikatnya, para blogger ini juga terdiri dari mereka yang berada di dalam UMNO dan Barisan Nasional itu sendiri. Mereka ini juga terdiri dari golongan yang berada di atas ‘pagar’ UMNO dan Barisan Nasional. Dan mereka ini yang masih skeptikal terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

Mereka ini berjuang melalui alam siber ! Mereka ini adalah pejuang di alam siber !

Para pejuang alam siber ini sentiasa bergerak secara konsisten. Setiap hari wajib ada artikel yang dikeluarkan berdasarkan liputan yang dibuat secara langsung (live). Artikel yang dikeluarkan adalah berdasarkan fakta, kaji selidik (research) malah ada yang menjadi ‘private investigator’ semata mata untuk mendapatkan kesahihan berita sebelum dikeluarkan.

Ada juga blogger yang hebat melakukan ‘psy war’ terhadap pihak pembangkang sehingga termakan umpan! Sudah ramai blogger pro kerajaan yang menghasilkan artikel yang ternyata mantap dan berkaliber sehingga dipaparkan di ruangan akhbar dan media pro kerajaan.

Dan setiapkali berlangsungnya pilihanraya, para blogger inilah yang juga membuat tinjauan awal di kawasan tersebut tanpa di suruh oleh parti pemerintah. Dan setelah tamat pilihanraya, mereka ini juga yang paling akhir meninggalkan kawasan pilihanraya untuk membuat post mortem !

Walaupun serba serbinya kekurangan, tanpa ada bantuan dana dan sebuah ‘war room’, hakikatnya, para blogger ini adalah mereka yang cukup patriotik dan mempunyai semangat dedikasi yang cukup tinggi.

Dalam setandan pisang, tidak semuanya busuk belaka ... Tidak dinafikan, ada juga artikel yang dikeluarkan oleh sesetengah blogger lebih bersifat provokatif dan menjaja kepentingan peribadi.

UMNO dan Barisan Nasional perlu melihat dengan lebih jauh harapan dan cabaran yang digalas oleh para blogger. Terlalu banyak cacian dan makian yang diterima oleh blogger pro kerajaan. Lihat sahaja dalam ruangan komen oleh para pembaca.

Tidak ada satu pun komen dari pembaca yang ditapis bulat bulat. Walaupun diisytihar dan di’cop’ sebagai barua kerajaan, namun inilah hakikat perjuangan yang perlu dilalui. Setiap komen di anggap sebagai satu medan dan cabaran untuk menarik sokongan pengundi terutamanya mereka yang berada di atas pagar.

Berikanlah sedikit ruang kepada para blogger untuk menegur dan memberi pendapat terhadap parti pemerintah. Berbeza pendapat adalah kawan yang cukup baik. Bukan menjadi tabiat semulajadi para blogger untuk mensensasikan isu hangat parti pemerintah. Ini tidak benar !

Tidak ada gunanya Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengilhamkan dan melaungkan ‘Model Politik Baru’ jika sekiranya UMNO dan Barisan Nasional masih belum demokratik mindanya.

Anggaplah teguran dan kritik dari para blogger pro kerajaan sebagai seorang adik yang mahukan ‘Abang Long’nya lebih bersifat terbuka, telus dan berani menghadapi kenyataan.

Anggaplah teguran dan kritikan sebagai cetusan rasa ‘generasi muda’ yang mahukan anjakan paradigma minda parti pemerintah.

SUMBER MELAYU ATAS PAGAR @ GELOMBANG WANGSA MAJU

1 comment:

Anonymous said...

Salam.Memang blogger pro kerajaan tidak mengharapkan apa apa atas tulisan mereka namun pemerintah tetsp memandang sepi akan kehadiran blogger yang sering membantu kerajaan.Inilah balasannya membantu anjing tersepit.Nanti tangan kita juga akan digigitnya selepas kita lepaskan dari tersepit itu.Memang pemimpin pemimpin UMNO tidak ada maruah

 
 
Blogger Templates