Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, kelebihan itu berdasarkan aspek logistik bagi menghadapi kedua-dua pilihan raya kecil berkenaan terutama di Batu Sapi.
Sebaliknya, pihak pembangkang termasuk Pas hanya mempunyai kemudahan yang sangat terhad berbanding BN yang memiliki kelebihan dari segi kemudahan pengangkutan khususnya udara.
Beliau berkata, bagaimanapun kekurangan itu tidak sekali-kali menghalang pihak pembangkang untuk memenangi kedua-dua kerusi pada pilihan raya kecil itu nanti.
"BN ada kelebihan pada dua pilihan raya serentak di Semenanjung (DUN Galas) dan di Sabah (DUN Batu Sapi).
"Bagi kita (Pas), ia adalah terhad (kemudahan logistik) tapi ini tidak menghalang kita mencapai kemenangan," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Pas negeri di sini hari ini.
Mengenai kedudukan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang disebut-sebut bakal dicalonkan bagi merebut kerusi DUN Galas nanti, Mustafa tidak menafikan bekas Menteri Kewangan itu mempunyai pengaruhnya terutama di kawasan Gua Musang.
"Kita akui Ku Li (Tengku Razaleigh) ada pengaruh sendiri berbanding pemimpin (BN) lain khususnya dalam konteks Gua Musang tapi ini tidak bermakna BN boleh mempengaruhi di segi undi," jelasnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, Pas telah menyenarai pendek nama enam orang yang bakal dipilih sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil DUN Galas sebelum dihantar kepada Pas Kelantan esok.
Katanya, untuk tindakan selanjutnya, Pas Pusat menyerahkan kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengumumkan calon bagi merebut kerusi berkenaan.
Difahamkan, pengumuman mengenai siapa calon tersebut dijangka dibuat pada Rabu ini oleh Nik Abdul Aziz di Kelantan.
"Kita sudah terima senarai calon yang dikemukakan oleh Pas Kelantan dan kita telah pilih enam calon yang akan kita hantar semula kepada Pas Kelantan esok untuk putuskan siapa calon paling layak," ujarnya.
Mustafa menjelaskan, kesemua enam calon yang tersenarai itu terdiri daripada pemimpin Pas peringkat cawangan di kawasan Gua Musang termasuk seorang calon dari masyarakat Orang Asli.
Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai biodata calon-calon itu menambah, kesemua mereka yang merupakan kelahiran Gua Musang itu sebelum ini bukan dari kalangan wakil rakyat Pas.
SUMBER UTUSAN
akhirnya Datuk Mustafa Ali mengaku juga kelebihan BN utk GALAS dan BATU SAPI.tp orang-orang BN pun jangan leka yek???perjuangan untuk GALAS dan BATU SAPI mesti di teruskan untuk mendapatkan GALAS dan BATU SAPI ke tangan BN..harus di ingat tu...apa pun nanti kan sisipan untuk PRK DUN GALAS pada 24 oct sampai 4 november...
POST BY WAYNE...
No comments:
Post a Comment