Pemilihan beliau diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat di Dataran Ilmu yang terletak bersebelahan dengan Masjid Faiz di Gua Musang malam ini.
Berusia 44 tahun, Dr Zulkefli merupakan anak ketujuh daripada 10 adik beradik.
Beliau adalah lulusan ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan, Universiti Malaya pada tahun 1992.
Dr Zulkefli mengendalikan klinik sendiri di Chiku 3, Gua Musang.
Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim, 48, akibat barah usus pada 27 September lalu.
Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim, berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, dengan mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi.
Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman 3,753 undi.
Selain Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, turut hadir di majlis pengumuman calon tersebut ialah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.
DUN galas mempunyai 10,330 pengundi yang terdiri daripada 65.4 peratus Melayu, 22.3 peratus Cina dan 1.8 peratus India
Bakinya 10.5 peratus terdiri daripada pengundi dari kalangan Orang Asli yang seramai kira-kira 2,000 orang.
Galas adalah salah satu daripada tiga DUN dalam parlimen Gua Musang yang diwakili oleh Tengku Razaleigh, yang dianggap sebagai kubu kuat BN.
Kerusi tersebut jatuh ke tangan PAS dalam pilihan raya umum 2008, dilaporkan kerana peralihan undi bukan Melayu.
Sementara itu, BN akan mengumumkan calonnya untuk pilihan raya kecil DUN Galas dan parlimen Batu Sapi Ahad ini.
Tengku Razaleigh bersetuju menjadi pengarah pilihan raya kecil BN bagi DUN Galas, tetapi menolak dilantik sebagai calon.
SUMBER MALAYSIA KINI
apa pun calon untuk PAS dah terjawab sekarang,nampak nya calon yang pernah kalah di ambil balik untuk menjadi calon untuk DUN GALAS...tinggi juga pelajaran calon ni...kepada calon BN pandai-pandai lah yer dapat kan calon yang terbaik untuk DUN GALAS pada ahad ni...
Orang Asli di Galas kena tipu lagi-PAS calonkan Dr Zulkefli
Dengan pengumuman yang dibuat tok guru Nik Aziz itu, maka termaktub sudah bahawa sekali lagi masyarakat Orang Asli di Gua Musang, khususnya di DUN Galas tertipu dengan kata-kata manis tok guru dan PAS……
Harapan masyarakat Orang Asli untuk melihat wakil mereka, Pandak Panjang Ey, Ketua Perhubungan Orang Asli kawasan Galas menjadi Wakil Rakyat berkecai sudah….. kesian….. kesian…kesian……
Slogan ‘PAS for all’ tidak menjadi kenyataan dan apa yang nyata slogan itu hanya retorik PAS semata-mata…
Selepas berjanji memberi habuan ‘ladang rakyat’ dan ‘elaun RM200 sebulan’, janji hendak memilih wakil Orang Asli jadi Wakil Rakyat juga tumbang seperti pokok-pokok balak, yang terdapat dekat kawasan Lojing, Pos Hendrop jugalah…….
Melepaslah awak Pandak Anjang Ey nak jadi YB ye……….
psst,ahad ni kalau tak ada arah tujuan aku akan sampai ke galas...jumpa anda di sana...
POST BY WAYNE...
2 comments:
Bro..dulu kalau tak silap Nik Ajis kata calonnya yang tak pernah tandingi p/raya...entahla..cakap asyik berbelit...Calon Org Asli !!KAh2
itulah PAS bro..selalu putar belit..kata nak calon kan org asli..last2 calon yang kalah juga di angkat jadi calon...
Post a Comment