Ketuanya, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh berkata, ini kerana Zaid menjual harta ‘orang lain’ manakala kepimpinan Pas pula mengetahui bahawa tanah bangunan tersebut milik UMNO Bahagian Kota Bharu.
Beliau berkata, biarpun tanah bangunan tersebut atas nama Zaid tetapi ia hanyalah prosedur biasa kerana pada ketika itu bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menerajui bahagian berkenaan.
“Penjualan bangunan ini memang tidak betul, tanah itu hak UMNO. Kalau tengok syarat kegunaan tanah pun untuk kegunaan UMNO, separuh daripada bangunan ini dibina oleh Tengku Ahmad Rethaudeen tetapi UMNO diharamkan ketika itu, jadi ia terbengkalai sehinggalah Zaid menyiapkannya, itu pun hanya 30 peratus.
“Dia (Zaid) jual harta orang, atas kertas memang nama dia tetapi dari segi semangat ia hak UMNO dan kerajaan Pas pun tahu ini bukan hak Zaid tetapi suka hendak tunjuk UMNO teruk, sebenarnya dari segi perangai Pas tidak Islamik langsung dan rampas harta orang lain,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman bahawa mereka telah mendapat kemenangan moral kerana dapat membeli bangunan milik parti lawan.
Hari ini akhbar melaporkan Zaid telah menjual bangunan UMNO Kota Bharu kepada Pas Kelantan dengan nilai jualan RM4.5 juta.
Perjanjian jual beli bangunan itu ditandatangani antara Zaid dengan Setiausaha Perhubungan Pas Kelantan, Mohd. Zaki Ibrahim dan juga kepimpinan Pemuda Pas negeri diketuai, Abdul Latif Abdul Rahman dan disaksikan Pesuruhjaya Pas negeri yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sebuah hotel di Gua Musang semalam.
SUMBER UTUSAN
POST BY WAYNE...
No comments:
Post a Comment