Social Icons

Pages

Friday, October 29, 2010

GEMPAR !!! KAUM CINA KG PULAU DIUGUT OLEH PIHAK PAS SEKIRANYA KALAU TAK UNDI PAS TANAH MEREKA TIDAK TERJAMIN DAN BILA-BILA MASA AKAN DI TARIK !!!


LADANG GETAH DI KAMPONG PULAI

Disebabkan pergantungan punca pendapatan kepada ladang getah yang mereka teroka tetapi belum lagi diberi geran hakmilik, penduduk Cina Kampong Pulai Gua Musang terpaksa memberi undi kepada PAS.

Kg Pulai ini dikatakan telah diteroka orang-orang Cina suku kaum Hakka. Mereka datang untuk melombong emas di kawasan kampung tersebut.

Semasa zaman penjajahan Jepun, kawasan merupakan kubu penting pergerakan komunis. Kedudukannya yang terpencil dan dikelilingi hutan dengan penduduk Cina yang ramai menjadikan ia kawasan penting bagi komunis menggerakkan kegiatan dan mengembangkan pengaruh mereka.

Kemiskinan yang membuat sebahagian penduduk kampong termakan dakyah komunis semasa itu. Penduduk Cina Kg Pulai bukan peniaga besar atau taukeh-taukeh kaya tetapi kebanyakkan adalah penoreh getah.


Mereka menoreh di atas tanah yang diteroka tetapi belum mendapat geran hakmilik. Bergantung kepada sumber kewangan dan keupayaan masing-masing, kebun yang diusahakan seluas dalam 1 – 6 ekar setiap orang.

Ada seramai 54 orang penduduk kaum Cina Kg. Pulai yang telah lama diberi hak milik tanah keatas tapak rumah dan ladang getah yang telah mereka usahakan.

Sejak 2004, sebanyak 30 pemohonan telah berjaya memperoleh geran hak milik tanah berstatus pajakan selama 30 tahun. Kadar bayaran adalah murah sebanyak RM2,800 setiap lot sebesar 6 ekar. Harga semurah ini yang merupakan tarikkan untuk kekal duduk di Gua Musang.

Selama ini penduduk kaum Cina Kg. Pulai mengambil pendekatan ‘usaha dulu baru bayar.’ Mereka meneroka secara haram tanpa membayar premium kepada Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang. Bayaran dibuat apabila permohonan diluluskan.untuk maklumat terperinci klik DI SINI


Sudah 10 tahun PAS berjanji akan beri hak milik, sedarkah mereka PAS hanya pandai menabur janji tetapi tidak dikotakan? Ada yang sedar tetapi keadaan hidup menyebabkan mereka terpaksa telan walaupun pahit realitinya.

POST BY WAYNE...

No comments:

 
 
Blogger Templates