Social Icons

Pages

Wednesday, October 27, 2010

GEMPAR !!! SATU LAGI PENDEDAHAN PAS SUDAH BOCOR !!!

"Kami akan terus menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli di Galas", itulah ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin semasa Program Mesra Rakyat bertempat di penempatan Orang Asli Pos Brooke, Gua Musang.

Program yang berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan Post Brooke itu dihadiri lebih 1000 masyarakat Orang Asli di dalam dan luar DUN Galas. Tan Sri Muhyiddin juga memberi jaminan akan menjaga kemajuan masyarakat setempat dan mengucapkan Jutaan Terima Kasih kerana terus menerus menyokong Barisan Nasional.

Kemajuan di bawah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan BN dalam memastikan golongan Orang Asli terus terbela. Turut hadir dalam Majlis tersebut termasuklah Calon BN DUN Galas, Aziz Yusof Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Husin, ADUN Nenggiri YB Mat Yusoff bin Abd Ghani, Ahli Dewan Negara Masyarakat Orang Asli dan beberapa pemimpin kawasan.

Sementara itu, beberapa peruntukan diberikan kepada golongan minoriti ini di antaranya Pemberian 200 unit Rumah PPR dan Projek Penambahbaikan 250 Unit Rumah Orang Asli.
Berikut merupakan beberapa peruntukan yang diberikan iaitu : -
  1. Membekalkan 3000 jenset untuk mengatasi masalah bekalan elektrik.
  2. Pemberian Mesin Rumput berjumlah 100 unit.
  3. Pemberian 100 000 bekalan benih getah.
  4. Bekalan tenaga solar sebanyak 1500 unit.
Selain itu, beliau yang juga merupakan Menteri Pelajaran berjanji akan meluluskan Projek Pembinaan Sekolah Menengah di kawasan Pos Brooke jika BN menang besar di DUN Galas.

Sementara itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berasa sedih dengan status tanah yang berlaku di di kawasan Pos Brooke. Tanah yang menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri sewajarnya dibela masyarakat minoriti ini seperti yang dilakukan oleh beberapa Negeri di bawah pemerintahan Kerajaan BN.

Beliau mengulas ketika menjawab persoalan status tanah yang dibangkitkan oleh Pengerusi JKKK Kawasan Pos Brooke, En. Rashid Akuh.

APA YANG SEBENARNYA BERLAKU PADA TANAH MASYARAKAT ORANG ASLI ??

BENARKAH MASYARAKAT ORANG ASLI DILAYAN SEPERTI ANJING ??

BERMULALAH SATU PENDEDAHAN...

PENDEDAHAN YANG AKAN MENGEJUTKAN BUKAN SAHAJA MASYARAKAT GALAS.

MALAH RAKYAT KELANTAN DAN MALAYSIA !!!

NANTIKAN PENDEDAHAN KAMI ESOK !!!

POST BY WAYNE...

1 comment:

Anonymous said...

let me let you know...
kalau umno itu hebat....
mengalah...
kerana mengalah tidak semestinya akan membuktikan yang umno lemah....
ini sama2 nak keras kepala...
pastu buat onar sana..onar sini...bosanlah budak2 dengar..
then satu lagii...
boleh x umno matang sikit dalam dewan parlimen..
mcm budak sekolah rendah lah bila berbicara..
aduyai..dah tua2 un gado mcm kanak2 rebut gula...knon lah 1 malaysia...cubalah korang berstu dengan pas...baru aku mengaku malaysia itu 'tanah tumpah darah ku'

 
 
Blogger Templates