saya ada baca satu artikel tentang Kerakusan kerajaan PAS Kelantan meneroka kawasan hutan,melakukan pembalakan sewenang-wenangnya dan dibimbangi akan mengakibatkan daerah ini berdepan krisis bekalan air bersih yang serius pada masa hadapan.ada kah benar???sila baca artikel di bawah
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin berkata,sekiranya tidak dihalang tindakan rakus kerajaan negeri itu juga boleh menyebabkan pelbagai jenis tumbuhan yang menjadi sumber rezeki kepada manusia, mungkin tidak dapat dinikmati oleh generasi baru.Katanya,projek ladang rakyat menjadi bukti utama menunjukkan PAS Kelantan bukan menguruskan sumber hutan yang ada, sebaliknya menebang apa sahaja yang dilihat dan kemudian membiarkannya.
"Mereka tidak tahu sesuatu yang mereka buat itu merosakkan alam sekitar dan akhirnya generasi kita pada masa depan tidak lagi mempunyai air atau sekurang-kurangnya tiada bekalan air bersih."Bagi mereka,bila Tuhan dah kurniakan balak apa yang mereka nampak adalah tebang dan ambil sedangkan sebagai manusia kita sepatutnya menjadi pengurus kepada sumber-sumber ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Ladang rakyat yang diurus oleh Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan ditubuhkan pada 2006 dengan matlamat meningkatkan taraf hidup penduduk dan sosioekonomi negeri.
Hakikatnya, syarikat-syarikat yang dipilih untuk memajukan ladang itu sudah terlalu rakus menebang dan mengutip hasil hutan sehingga membawa kepada pencemaran sungai yang turut menjejaskan kebersihan air ke beberapa perkampungan Orang Asli berdekatan.
untuk maklumat sepenuhnya sila KLIK DI SINI
POST BY WAYNE...
No comments:
Post a Comment