Setiausaha Barisan Nasional (BN) negeri,Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata,Nik Abdul Aziz tidak perlu marah mengenai tarikh tersebut kerana ia turut melibatkan wakil rakyat BN yang perlu menghadiri sidang DUN menjelang pilihan raya kecil berkenaan.
"Dia selalu ambil sikap buruk sangka.Nik Abdul Aziz hanya baik sangka dengan kawan-kawan dia dalam DAP.
"Sebagai contoh,jika semua papan iklan di Kelantan mewajibkan wanita bertudung, tetapi wakil rakyat DAP boleh pula masuk masjid tanpa bertudung. Begitu juga dengan skandal video lucah wakil rakyat PKR (Parti Keadilan Rakyat) Elizabeth Wong yang disifatkannya masalah peribadi.
"Nampaknya,dia (Nik Abdul Aziz) semakin celaru.Kalau dia celaru seorang sahaja tak apa, tetapi dia mencelarukan orang lain juga," katanya...
Beliau mengulas tindakan Nik Abdul Aziz menyelar SPR yang mengumumkan 4 November ini sebagai tarikh membuang undi Pilihan Raya Kecil DUN Galas kerana ia diadakan tiga hari sebelum sidang DUN.
"SPR tidak fikir langsung cerita orang lain, dia fikir cerita UMNO dia sahaja. Saya sebut ini terang-terang, kita sudah tetapkan sidang DUN yang perlu dihormati. Itulah bendanya. Ini menimbulkan kebencian masyarakat Kelantan terhadap SPR,"kata Nik Abdul Aziz.
Mengulas perkara tersebut,Md. Alwi yang juga Ketua Pembangkang di DUN Kelantan berkata,Nik Abdul Aziz tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan tersebut kerana senario seumpama itu turut dialami oleh kerajaan BN apabila pilihan raya kecil sama ada peringkat Parlimen dan DUN diadakan.
Beliau berkata,apa yang perlu dilakukan oleh Mursyidul Am Pas itu ialah mengurus masa dengan sebaik-baiknya, tanpa perlu mencari pelbagai alasan.
"Tak perlu sidang DUN dijadikan alasan sebab ia turut melibatkan wakil rakyat BN. Janganlah pula nak paksa SPR buat apa yang Menteri Besar nak.
"Keputusan SPR itu menunjukkan ia sebagai sebuah badan yang bebas.Sebagai Menteri Besar, terserahlah kepada Nik Abdul Aziz sama ada untuk memberi cuti kepada kakitangan awam di negeri ini atau sebaliknya semasa hari pengundian," katanya.
Md. Alwi berkata, apa yang berlaku sebenarnya menunjukkan sikap Nik Abdul Aziz yang hidup dengan penuh dendam terhadap UMNO dan BN sehingga bersikap buruk sangka terhadap apa sahaja yang dibuat oleh parti itu.
Katanya,Nik Abdul Aziz juga sengaja hendak mencari alasan untuk menimbulkan kemarahan rakyat terhadap UMNO dan kerajaan seperti dalam soal royalti minyak apabila fakta-fakta yang salah disogokkan kepada rakyat.
"Dia lebih kepada kempen membenci sedangkan Islam tidak ajar semua itu," katanya.
apa pun semua tu dah SPR dah tentukan..agak2 lah..BN pun dah ada jawapan untuk NIK AZIZ..apa lg,PILIHAN RAYA TETAP PILIHAN RAYA..terpulang lah pd NIK AZIZ nak bagi cuti atau tak kat rakyat galas..apa pun yang boleh aku bagitahu,SPR adalah adalah pertubuhan bebas,tak pernah sokong UMNO,BN,PAS,PKR ataupun mana-mana parti lain ok...
POST BY WAYNE...
1 comment:
Guano kawe nak klik gundi...nate bewok punya SPR
PRK Galas Harapan BN semakin cerah.....Tengku Razaleigh akhirnya menerima pencalonan....berita seterusnya sini
Post a Comment