SUATU ketika dahulu, Gua Musang yang terletak di pedalaman Kelantan merupakan daerah yang paling 'ditakuti' kerana pernah jatuh ke tangan pemerintahan komunis selama tujuh hari.
Sepanjang pemerintahan singkat itu,komunis menjadikan gua-gua batu kapur di daerah itu sebagai lokasi sulit,selain melakukan pemerintahan kejam sehingga menyebabkan rakyat jelata menderita.
Sepanjang tempoh itu juga,ramai rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa.Kesan tersebut boleh dilihat melalui peninggalan dan monumen bersejarah seperti lombong-lombong emas,penempatan komunis, kubur di dalam masjid,gua-gua misteri,tokong purba Swee Nyet Keung dan kewujudan kampung baru yang masih kekal sehingga hari ini. Semua itu,saling berkaitan antara satu sama lain.
Salah satu faktor utama Gua Musang menjadi sasaran komunis adalah kerana kawasannya terpencil dan keadaan muka buminya berbukit-bukau serta belum diterokai.
Hari ini,selepas 53 tahun negara merdeka,daerah Gua Musang berubah seiring dengan transformasi negara biarpun kedudukannya agak terpencil.Daerah itu agak pesat membangun kerana terletak di tengah-tengah laluan antara Kota Bharu-Kuala Lumpur.
Sehingga sekarang,Gua Musang masih lagi 'kaya' kerana mempunyai tanah yang amat berpotensi diteroka dan dibangunkan untuk sektor pertanian. Kebanyakan penduduk di kawasan tersebut adalah peneroka tanah yang datang dari seluruh pelosok negeri Kelantan. Namun, selepas berpuluh tahun tinggal di situ,mereka masih belum mendapat hak atau geran tanah daripada pihak berkuasa tempatan.
Perkara ini sering dibangkitkan oleh penduduk di kawasan tersebut dan lebih menyedihkan apabila ada di antara tanah terbabit didakwa 'dirampas' oleh kerajaan negeri Kelantan untuk dijadikan Ladang Rakyat. Sebagai balasan,rakyat menerima pulangan semula dalam bentuk bayaran dividen bulanan sebanyak RM200.
Persoalannya, apakah tanah itu akan kekal menjadi milik mereka dan sampai bila bayaran dividen tersebut akan dibuat?Ia merupakan beberapa persoalan yang dilontarkan oleh penduduk kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Mat Yusof Abdul Ghani dalam satu pertemuan baru-baru ini.
"Bayangkan ada penduduk telah menunggu selama berpuluh-puluh tahun dan ada juga yang telah membayar deposit tetapi sehingga hari ini, mereka tidak diberikan geran. Hairannya, ada penduduk yang baru memohon telah diberikan geran.Kenapa ini berlaku kalau tidak ia ada kaitan dengan politik.
"Saya yakin pada pilihan raya kecil (Pilihan Raya Kecil DUN Galas) kali ini, Pas akan mendapat hukuman daripada penduduk tempatan. Mereka ternyata telah mengkhianati penduduk di Dewan Undangan Negeri Galas," katanya.
Justeru itu, beliau menegaskan masalah tanah yang semakin bernanah dalam masyarakat Gua Musang akan menjadi paksi kepada semua persoalan pada pilihan raya kecil yang akan berlangsung pada 4 November ini.
"Ambil tanah dan bina Ladang Rakyat, itu sahaja".tetapi sebenarnya pemilik sebenar ladang adalah syarikat-syarikat besar. Masalah utama selain daripada pengambilan tanah ialah tidak semua rakyat mendapat hasil, hanya segelintir yang dapat. Tidak sampai lima peratus rakyat dapat, selebihnya yang untung adalah syarikat.
"Tidak seperti kerajaan pusat melalui Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan Felda, rakyat tahu kerajaan memberi tanah ladang dan tanah lot untuk kegunaan mereka dan sebahagian daripada mereka sudah jadi kaya raya. Kita bukan ambil tanah dan beri kepada syarikat yang meraih keuntungan sendiri," katanya.
Ladang Rakyat yang diurus oleh Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan ditubuhkan pada 2006 dengan matlamat untuk meningkatkan taraf hidup penduduk dan sosio-ekonomi negeri.
Bagaimanapun, penubuhan ladang tersebut menimbulkan tanda tanya kerana sehingga sekarang, kerajaan negeri tidak menjelaskan secara mendalam mengenai kedudukan kesemua ladang tersebut, di mana kesemua pesertanya diberikan dividen sebanyak RM200 sebulan.
Menurut laman web perbadanan tersebut, sehingga Oktober 2007, sejumlah 2,973 peserta telah menikmati dividen bulanan hasil daripada pembangunan ladang kelapa sawit.
Peserta Ladang Rakyat pula diambil dari Senarai Keluarga Miskin Negeri Kelantan 2005 yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dengan tambahan senarai daripada pencalonan rakyat miskin yang dicalonkan oleh penghulu dan dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri dan Penyelia Dewan Undangan Negeri.
Namun, apakah sistem pencalonan peserta tersebut benar-benar telus dan melibatkan semua rakyat tanpa mengira fahaman politik kerana di kedai-kedai kopi di seluruh negeri khususnya di Galas, jelas kedengaran rungutan mengenai perkara tersebut.
Mohd. Yusof mendakwa, kerajaan negeri hanya tahu mengambil tanah rakyat dan kemudian menjualnya kepada syarikat tertentu untuk mendapatkan keuntungan yang besar tetapi pada masa sama, mengabaikan nasib penduduk yang kehilangan tempat untuk mencari rezeki.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Nengggiri itu yakin Pas tidak akan membangkitkan isu royalti minyak pada Pilihan Raya Kecil DUN Galas.
Ia juga selaras dengan pendirian Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) yang menyokong pemberian royalti minyak.
"Sebelum ini, Pas menaikkan kain pemidang yang menyatakan rakyat Kelantan dikhianati tetapi dua tiga hari lepas, saya tengok Pas telah menurunkan pemidang yang mengecam pembahagian wang ihsan. Nampaknya isu yang mereka gembar-gemburkan tidak didengari langsung oleh rakyat Kelantan kerana tidak ada unsur pengkhianatan," katanya.
Biar apa pun isunya, apakah pengundi di Galas bersedia sepenuhnya untuk menghukum Pas???
POST BY WAYNE...
No comments:
Post a Comment