Social Icons

Pages

Thursday, November 11, 2010

GEMPAR !!! AHLI PKR TULIS SURAT TERBUKA KEPADA WAN AZIZAH !!!

Krisis pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendorong seorang ahli parti itu menulis surat terbuka kepada Datin Seri Wan Azizah Ismail supaya campur tangan atas kapasitinya sebagai Presiden.

Menggunakan nama Illam Kubong Dagang, beliau berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mesti menghormati kedudukan dan kuasa-kuasa Presiden selain tidak wajar campur tangan dengan keputusan-keputusan yang diambil oleh Wan Azizah.

Beliau yang berasal dari Sarawak dan memegang nombor keahlian Q060000568 berkata, ia kerana budi bicara Presiden memadai untuk membuat keputusan muktamad atas hal-hal pemilihan.

"Sayugia diingatkan, Ketua Umum telah terlibat dalam krisis ini dan banyak pihak meragui peranan beliau dalam proses pemilihan.

"Presiden harus menampilkan kepimpinan yang tegas dan melantik sebuah Jawatankuasa Pemilihan Parti baru dengan mandat penuh untuk menguruskan proses pemilihan secara adil dan bebas," tegasnya.

Dalam surat terbuka itu, Illam Kubong berkata, PKR kini diheret ke ambang krisis yang paling getir dalam sejarah parti itu.

Katanya, krisis itu besar kemungkinan akan menyebabkan PKR berpecah sekali gus menjadikan misi ke Putrajaya sekadar sebuah impian.

"Justeru, saya merayu dari lubuk hati saya kepada Presiden parti yang telah menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini untuk bertindak mengawal keadaan dan menyelamatkan parti.

"Hal-hal pemilihan parti tidak perlu dibincang dan diputuskan oleh Biro Politik kerana ramai ahli dalam Biro Politik mempunyai kepentingan dalam proses dan keputusan pemilihan," katanya.

Surat terbuka Illam Kubong mula tersebar di Internet sejak semalam antaranya melalui blog calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham Shaharin dan beberapa portal berita pro-pembangkang.


SUMBER UTUSAN MALAYSIA


POST BY WAYNE...

No comments:

 
 
Blogger Templates