sapa DR Siew Sheue Feng ni ???dah lah susah nak sebut nama dia,lepas tu Karpal Singh menghina mahkamah pulak...Pasukan pembelaan perbicaraan liwat ANWAR,Karpal Singh gagal dalam permohonannya untuk menamakan pakar patologi forensik Hospital Kuala Lumpur(HKL)
Bernama melaporkan Hakim Mohamad Zabidin berkata peruntukan mengikut Seksyen 159 Akta Keterangan bahawa semasa soal balas,saksi boleh merujuk pada nota bagi mengingati semula ketika mahkamah berehat.Semalam,Karpal Singh membuat permohonan menghina mahkamah selepas Dr Siew,semasa soal balas oleh beliau berkata dalam keterangannya bahawa beliau telah melihat pro forma Mohd Saiful Bukhari.
Ini menyebabkan Karpal Singh memohon untuk menghina mahkamah terhadap Dr Siew, kerana sebelum ini,Dr Siew tetap dengan prinsipnya tidak merujuk pada pro forma,walaupun Karpal Singh beberapa kali memintanya untuk merujuk pada borang berkenaan.Bagaimanapun, Hakim Mohamad Zabidin dalam keputusannya hari ini membenarkan permohonan pembelaan untuk dibekalkan dengan pro forma,dan memerintahkan pro forma diberikan kepada pembelaan kerana Dr Siew telah merujuknya semasa mahkamah berehat semalam.
Pro forma merupakan satu format dokumen yang standard dalam mengendalikan kes mangsa penderaan seksual yang perlu diisi oleh doktor-doktor sebelum pesakit berkenaan diperiksa.Mengenai permohonan Anwar untuk memohon agar hakim berkenaan menarik diri daripada terus mendengar proseding perbicaraan liwatya, mahkamah itu menetapkan esok untuk mendengar perkara tersebut kerana notis usul untuk permohonan menarik diri baru sahaja difailkan petang ini.
Karpal Singh berkata pembelaan akan memberikan alasan secara terperinci esok apabila perkara berkenaan dikemukakan untuk didengar.Anwar,63,didakwa meliwat Mohd Saiful Bukhari, 25,di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium , Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang,26 Jun,2008.rupanya dah 63 tahun Anwar ni...
Anwar memohon untuk hakim itu menarik diri atas alasan bahawa hakim berkenaan telah memberikan tafsiran berbeza dengan keputusan Mahkamah Agung 1993 berkaitan peruntukan Seksyen 45 Akta Keterangan dalam keputusannya Isnin lepas.Beliau dalam afidavitnya untuk menyokong permohonan agar hakim itu menarik diri yang telah mengugut peguamnya semalam, dan sehubungan itu beliau memberikan perhatian serius bahawa beliau tidak akan memperoleh perbicaraan yang adil jika hakim berkenaan terus mendengar perbicaraan tersebut.
Anwar berkata sungguhpun hakim itu telah menarik balik pengugutan itu,terdapat sikap pilih kasih jika hakim tersebut masih lagi mendengar kesnya.Anwar mendakwa bahawa hakim itu telah memberitahu peguamnya bahawa permohonan beliau untuk hakim tersebut menarik diri boleh dinamakan menghina mahkamah di mana peguamnya mengatakan bahawa hakim berkenaan telah mengugutnya
PSST...ada pulak yang ugut Anwar...sapa pulak yang ugut Anwar ni...macam-macam...
PSST...ada pulak yang ugut Anwar...sapa pulak yang ugut Anwar ni...macam-macam...
POST BY WAYNE...
No comments:
Post a Comment