Ada lagi ahli sudah mendedah kan rahsia PKR..nampak nya tak lama lagi satu persatu rahsia nya kita akan tahu...antara rahsia yang di dedah kah oleh ahli-ahli PKR adalah penyelewengan pemilihan parti yang berakhir ahad lepas.
Laporan dari AGENDA NEWS menyebut bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang,Amizudin Ahmat pula mendedahkan surat beliau kepada presiden parti itu sambil mencadangkan ditubuhkan satu badan siasat semua dakwaan tersebut.
Sebelum ini surat mengenai hal sama ditulis oleh calon Ketua AMK Badrul Hisham Shahrin @ Chegu Bard sudah bocor dan disiar dalam lama blog.Amizudin dalam surat bertajuk Laporan kepincangan Pemilihan KEADILAN 2010 bertarikh 23 November itu turut menyertakan bukti keputusan terperinci yang diambil dari laman web rasmi PKR.Menurut beliau,terdapat keraguan dan kepincangan yang jelas dan nyata tentang jumlah undi yang diperoleh oleh calon-calon yang bertanding dalam pemilihan kali ini.
Sambil memberikan contoh laporan keputusan pemilihan di cabang Semporna di Sabah, kata Amizudin, “adalah amat tidak munasabah Ahmad Akhdor boleh mendapat undi sebanyak 112 sedangkan jumlah AMK yang mengundi sekitar 35 orang sahaja.
Beliau turut memberikan contoh yang sama pada keputusan pemilihan cabang Petra Jaya di Sarawak dengan mendakwa “Amat tidak munasabah YB Kesavan boleh mendapat undi sebanyak 55 sedangkan jumlah AMK yang mengundi sekitar 30 orang sahaja.Sehubungan itu menurut Amizudin,beliau amat berharap laporan tersebut mendapat perhatian dan tindakan segera serta dari PKR.
“Satu Badan Siasatan Pemilihan segera ditubuhkan bagi menyiasat segala laporan tentang pemilihan oleh pihak lain,” katanya.sekiranya anda mahu melihat surat itu
POST BY WAYNE...
No comments:
Post a Comment