semalam,Datuk Seri Noh Omar,'diserang ’ beberapa wakil rakyat pembangkang mendakwanya sebagai samseng ekoran isu ADUN Sekinchan Selangor,Ng Suee Lim diserang penduduk kampung di Tanjung Karang, baru-baru ini...aik??? orang lain yang serang dia pualk yang kena serang balik..ni yang PELIK BIN AJAIB ni...
menurut laporan AGENDA NEWS Antara yang bangun ‘menyerang’ beliau ialah Ahli Parlimen Shah Alam,Khalid Samad,Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Zulkifli Ahmad dan Ahli Parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan.Mereka menuduh Noh tidak patuh undang-undang dan macam samseng kerana insiden di Tanjung Karang,kira-kira sebulan lalu.
Datuk Noh berkata,orang kampung bertindak tidak ikut undang-undang dengan menyerang Ng kerana wakil rakyat itu sendiri melanggar undang-undang dan tidak akur arahan pihak berkuasa supaya tidak meneruskan perjumpaan dengan petani di kampung tersebut.Bagaimanapun,menurut Datuk Noh,beliau sanggup berdepan dengan Ng serta Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bagi menjelaskan isu Ng mendakwa diserang penduduk di Tanjung Karang.
Kekecohan itu menyebabkan timbalan speaker Datuk Ronald Kiandee beberapa kali menegur ahli parlimen pembangkang supaya duduk dan memberi laluan.Datuk Noh,meneruskan jawapan selain isu dibangkitkan itu tiada kena mengena dengan apa dibahaskan.Pertikaman lidah itu berterusan hampir 10 minit sebelum Datuk Noh meneruskan jawapan dan tidak menghiraukan beberapa ahli parlimen pembangkang yang terus berdiri bertikam lidah dengannya.
Di luar Dewan,Datuk Noh memberitahu AGENDA NEWS lagi bahawa pembelaan ahli-ahli parlimen DAP terhadap ADUN Sekinchan itu menunjukkan mereka memang menyokong pemimpin yang melanggar undang-undang dan tidak hormati polis.Datuk Noh berkata,beliau sudah menghantar surat rasmi kepada Menteri Besar Selangor mahu mengadakan perjumpaan dengan semua ADUN bagi memberi penjelasan berhubung isu-isu pertanian.
Dalam insiden di Tanjung Karang itu,Ng mendakwa beliau diserang ahli UMNO dan kemudiannya menerima rawatan di sebuah hospital swasta selama dua hari.Malah, isu berkenaan turut dibangkitkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor,yang berakhir minggu lalu
SELEPAS INI ADAKAH NG AKAN MEMBERITAHU PULA KEPADA MAHKAMAH BAHAWA NG DI SERANG ??? KITA LIHAT NANTI...
POST BY WAYNE...
POST BY WAYNE...
No comments:
Post a Comment