Mustaffa Kamil nampak nya masih tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi dan terus mendesak pimpinan parti itu memberi perhatian terhadap semua protes dan rungutan berhubung pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) walaupun ia sudah berakhir kelmarin.
Mustaffa memberitahu kepada sidang media bahawa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) perlu terus melihat kedudukan bantahan dan protes yang ada,itu perlu diambil kira.Tegasnya lagi langkah itu amat penting kerana protes berkenaan lahir daripada kesedaran serta pengamatan oleh pimpinan dan ahli parti di peringkat akar umbi.
dia memberitahu lagi Sama ada keputusan pemilihan itu sah atau tidak,kena serah kepada proses parti melalui JPP atau MPP dan juga kongres yang akan bersidang pada hujung minggu ini untuk buat ketetapan.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi,Mustaffa dikatakan tewas dengan majoriti besar apabila sekadar mendapat 4,567 undi, jauh di belakang seorang lagi calon Timbalan Presiden,Azmin Ali yang mengumpul 19,212 undi.
Sebelum ini,Mustaffa Kamil yang juga Pengerusi PKR Perak menerima tamparan apabila tewas pemilihan Ketua Cabang Pasir Salak kepada pesaingnya Osman Abdul Rahman dengan majoriti 17 undi.
Pada 9 November lalu,Mustaffa memberi kata dua kepada Presiden PKR,Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan JPP menghentikan pemilihan dalam tempoh 48 jam kerana wujud unsur salah laku atau berdepan tindakan yang lebih drastik daripada pihaknya.
POST BY WAYNE...
POST BY WAYNE...
No comments:
Post a Comment