Parti Keadilan Rakyat (PKR) bakal kehilangan sokongan golongan liberal dalam parti itu apabila bekas calon Timbalan Presiden parti terbabit, Datuk Zaid Ibrahim mengambil keputusan keluar parti.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, berkata sokongan golongan itu dalam PKR disebabkan kehadiran Zaid dan bukannya kepemimpinan Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Golongan liberal yang sebelum ini menyokong kepemimpinan PKR mula mempersoalkan Anwar. Misalnya penulis blog Raja Petra Kamaruddin, kini lantang mengkritik kepemimpinan PKR.
“Pengunduran Zaid juga membuktikan PKR kini menuju kepada pengakhiran, momentum yang ada pada Zaid kini akan menyebabkan PKR kehilangan ahli parti jika Zaid tubuh parti baru,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Semalam akhbar melaporkan Zaid yang juga bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan mengumumkan akan meninggalkan secara rasmi parti itu 16 Disember nanti dan akan menubuhkan parti baru sebelum pilihan raya umum akan datang.
Mengulas perkara itu, Zulkifli yang juga bekas wakil rakyat PKR berkata, beliau yakin ada beberapa wakil rakyat PKR akan meninggalkan parti itu kerana kecewa dengan krisis kepemimpinan dalam parti berkenaan.
“Ada yang berkomunikasi dengan saya menyatakan kekecewaan mereka dan ingin keluar PKR. Jumlahnya boleh memberi kesan kepada parti itu, cuma saya tidak pasti mereka akan keluar sebagai wakil rakyat Bebas atau menyertai Barisan Nasional (BN),” katanya.
Sementara itu penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, berkata penyokong PKR harus akui bahawa wujud krisis dan hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan dalam parti berkenaan.
Sementara itu penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, berkata penyokong PKR harus akui bahawa wujud krisis dan hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan dalam parti berkenaan.
“Parti yang sebelum ini melaungkan demokrasi kini memberi gambaran sebenarnya kepada ahli dan penyokong. Pengundi perlu lihat adakah ini parti alternatif kepada mereka,” katanya.
Katanya, kemelut yang melanda PKR itu juga harus membuka mata PAS dan DAP untuk bergerak secara bersendirian, kerana kesannya juga terpalit kepada mereka jika terus bersama PKR dalam pakatan pembangkang.
SUMBER BERITA HARIAN ONLINE
POST BY WAYNE...
SUMBER BERITA HARIAN ONLINE
POST BY WAYNE...
No comments:
Post a Comment