Social Icons

Pages

Sunday, November 21, 2010

PANAS !!! PAKU-PAKU TERAKHIR BUAT KERANDA PKR !!!

nampak nya PKR dah ada tanda-tanda akan terkubur tak lama lagi..sebab u saya dari minggu lepas saya sebut parti PKR ni adalah PARTI KE RAHMATULLAH..mana tak nya..semalam bergaduh,setiap kali pemilihan bergaduh pastu dulu parti PKR ni ramai,sekarang makin lama makin berkurangan..


yang terbaru pulak Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu,Zulkifli Noordin menyifatkan tindakan Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam dan mahu menubuhkan parti baru sebagai 'paku-paku terakhir untuk keranda PKR'.sebab tu saya sebut tadi paku-paku terakhir..."Sebenarnya mereka tahu hari-hari akhir mereka makin dekat," Zulkifli memberitahu dalam entri terbaru di dalam blognya http://zul4kulim.blospot.com.


Zulkifli berkata,kenyataan Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini bahawa parti itu perlu berdiri dan membina kekuatan dalaman adalah satu isyarat hilang keyakinan kepada hala tuju dan kepimpinan Anwar dalam pakatan pembangkang.

"Teman tahu tidak semua kepimpinan Pas boleh menerima kepimpinan Azmin.Kritikan dan teguran terbuka oleh penyokong tegar,terutama di kalangan blogger seperti Raja Petra Kamaruddin, Hishamuddin Rais,Haris Ibrahim dan lain-lain membuktikan trend sokongan terhadap kepimpinan Anwar mula dipersoalkan.

"Mereka sudah nampak apa yang teman sudah nampak,PKR ini adalah kuda tunggangan Anwar.Berpaksikan kepada politik pembohongan dan cakap tak serupa bikin, hanya untuk memahkotakan Anwar sebagai Perdana Menteri!"kata zulkifli dalam blog nya...

Zulkifli turut hairan di mana suara Presiden PKR,Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail semasa semua kemelut kepimpinan dan krisis parti itu berlaku.

"Adakah Kak Zah sudah terpinggir atau dipinggirkan.Sepatutnya seorang Presiden yang menang tanpa bertanding akan menjadi suara yang sangat perkasa, digeruni dan dihormati. Namun Kak Zah langsung tidak kedengaran, malah langsung tidak kelihatan," katanya.

Beliau berkata,peranan Wan Azizah sudah tidak sama seperti semasa PKR mula-mula ditubuhkan dahulu dan penglibatannya dalam gerakan reformasi amat jelas sekali ketika itu.

Zulkifli berkata,Wan Azizah sendiri tahu bahawa selepas pemilihan parti itu selesai, semua keputusan penting hanya akan dibuat oleh Anwar dan Timbalan Presidennya sementara Wan Azizah hanya akan menjadi pengumum keputusan-keputusan itu.

"Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk menasihatkan Wan Azizah, betulkanlah kemungkaran yang sedang berlaku. Masih belum terlambat untuk beliau bertindak," katanya.

"Nasihatkan Anwar dan selesaikanlah masalah peribadi yang dia hadapi tanpa perlu korbankan kebajikan rakyat dan kepentingan negara," katanya.


POST BY WAYNE...

No comments:

 
 
Blogger Templates