nampak nya bekas setiausaha agung nak lancar kan perang.perang apa tu ???adakah pasal surat palsu tu ???saya rasa itu jer jawapan nya kalau dia nak berperang pun.sebelum ini kan ada surat palsu yang di terima oleh Datuk Salehuddin ni.Datuk Sallehuddin Hashim yang selama ini agak diam,kini sudah 'lain macam'.
Beliau angin habis dengan ibu pejabat PKR kerana guna surat palsu yang didakwa ditulisnya dalam kes mahkamah bekas Timbalan Setiausaha Agung S Jenapala baru-baru ini.Baginya itu bukan soal politik lagi tetapi melibatkan jenayah.beliau menemui media dari AGENDA NEWS sebelum berucap pada sidang akhbar di Tropicana Golf Resort dekat Petaling Jaya pagi semalam,Sallehuddin kata mulai sekarang beliau 'akan keluar' untuk perang habis-habisan dengan PKR.
"saya akan kembali ‘aktif’ dalam gelanggang politik untuk memastikan perjuangan reformasi kembali segar dan Saya bersedia untuk terjun ke ‘medan perang’ selepas setahun tidak aktif dalam politik,” katanya.
Bagi orang lama PKR,Sallehuddin adalah antara penggerak utama parti selepas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar penjata tahun 2004.Antara jawatan yang pernah beliau sandang adalah setiausaha pengelola dan setiausaha agung PKR sehingga keluar parti awal tahun lalu.
“Saya bukan ahli mana-mana parti politik sekarang ini, saya seorang aktivis reformasi, saya akan membawa agenda reformasi,”katanya.
Ditanya wartawan mengenai reformasi yang sinonim dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Sallehuddin, “Sejak bila pula reformasi ini Anwar punya?Anwar dan PKR telah ‘hijack’ gerakan reformasi untuk menuntut perubahan demi kebaikan negara kepada agenda untuk memiliki kuasa politik.Perubahan atau reformasi tidak semestinya hanya boleh dilakukan dengan kuasa, sila baca sejarah perjuangan Mahatma Gandhi,bagaimana reformasi boleh dijayakan tanpa kuasa,” kata beliau.Sallehuddin yang jadi setiausaha agung PKR lepas tsunami politik 2008 berkata,beliau akan melancarkan Blog peribadi beliau sebagai wadah komunikasi dengan golongan pro reformasi tidak lama lagi dan akan menyuarakan pandangannya di Blog itu.beliau yang dikenali sebagai antara aktivis reformasi jalanan yang mengerakkan perhimpunan-perhimpunan reformasi dari belakang tabir.
Mengulas mengenai masa depan PKR, kata Sallehuddin, beliau dapat maklumat,banyak lagi ahli parti itu sedang mencongak-congak untuk tinggalkan PKR.Sebelum itu beliau memanggil sidang media di Petaling Jaya untuk menjawab beberapa perkara yang dibangkitkan oleh pegawai-pegawai PKR berhubung dengan laporan polis yang telah dibuatnya Jumaat lepas berkenaan pemalsuan surat yang dikeluarkan menggunakan nama dan tandatangan beliau sebagai setiausaha agung PKR.
“Surat tersebut telah digunakan di dalam afidavit daripada Saifuddin Nasution,sebagai bukti pemecatan keanggotaan parti S. Jenapala untuk menghalang beliau dari bertanding dalam pemilihan PKR baru-baru ini,” katanya.
Menurut Sallehuddin, beliau amat mengambil berat apabila nama dan jawatan yang beliau pegang telah digunakan untuk tujuan mencipta bukti palsu bahawa seorang ahli telah dipecat olehnya.Jelasnya,perkara ini telah dibawa ke perhatian pihak polis, dan beliau gembira mengambil maklum bahawa beberapa pegawai PKR telah menyatakan mereka akan bekerjasama penuh dengan polis.
“Tidak seperti Tian Chua yang seakan melantik dirinya sebagai jurucakap pihak polis dengan mengatakan polis tidak berminat dengan butir-butir teknikal kes ini,”katanya.Jelas Salehuddin lagi,beliau bimbang penggunaan namanya dengan sengaja untuk melakukan penipuan.
“Kebimbangan yang lebih besar bagi saya, sebagai seorang aktivis dalam pergerakan reformasi ialah; sebuah parti yang kononnya parti reformis telah terjebak ke dalam perangkap penyalahgunaan sekretariat parti (sebuah badan dibawah kuasa penuhnya) untuk mendapat kuasa dengan seberapa segera dengan mencabul hak-hak ahli partinya sendiri.Sebagai sebuah parti yang kerap menuduh orang lain menyalahgunakan kuasa, ada baiknya PKR dan ahli-ahlinya menyumbang ke arah perjuangan reformasi dengan meneliti ketelusan pimpinannya sendiri.Semua penyalahgunaan kuasa secara besar-besaran yang kita lihat hari ini tidak berlaku secara tiba-tiba. Ianya berputik dengan salahlaku-salahlaku kecil, seperti yang saya ketengahkan hari ini. Sekiranya tiada apa dilakukan, akhirnya alah bisa, tegar biasa"itu adalah kata-kata terakhir dari beliau

apa pun saya akan tunggu kemunculan blog terbaru dari Salehuddin ini.saya nak melihat stategi apa kah yang di buat oleh beliau.kita sama saksi kan nanti.
POST BY WAYNE...
POST BY WAYNE...
1 comment:
Reformasi apa yang telah dibawa oleh Anwar Ibrahim? Reformasin adalah.
Post a Comment