
Sebuah kumpulan yang menamakan diri Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) akan mengadakan perarakan untuk menyerahkan 30 penyelewengan kerajaan Selangor kepada Yang Di Pertuan Agung pada hari Ahad ini,hari yang sama perarakan diketuai Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menyerahkan memorandum halang kenaikan tarif air.
Pengerusi GAPS Hamidzun Khairuddin memberitahu kepada AGENDA NEWS,mereka juga akan menyerahkan 30 penyelewengan kerajaan negeri kepada Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan Jumaat ini.Menurut Hamidzun,sekurang-kurangnya 5,000 rakyat Selangor akan bersama-sama GAPS untuk mempersembahkan 30 penyelewengan kerajaan negeri itu kepada Yang Di Pertuan Agung.“Kalau Khalid Ibrahim hendak bawa memorandum isu air ke Yang Di Pertuan Agong, kita akan bawa 30 memorandum ini,”kata beliau.

Jelas Hamidzun,walaupun hari dan waktu perarakan hampir sama dengan kumpulan Khalid Ibrahim,namun pihaknya tidak merancang sebarang pertembungan.
“Kita buat program sendiri,tak cadang hendak bertembung dengan sesiapa,kita rakyat hendak mengadap Tuanku untuk mengadu hal,sebagai langkah permulaan,Jumaat ini GAPS akan menghantar memorandum 30 penyelewengan itu kepada Sultan Selangor dan pada Ahad pula GAPS akan bawa memorandum itu ke Istana Negara untuk dipersembahkan kepada Yang Di Pertuan Agong.Untuk hari jumaat kita berkumpul jam 3 petang di Istana Bukit Kayangan manakala hari Ahad kita akan berkumpul di Masjid Jamek Kuala Lumpur jam 11 pagi,” kata beliau.
Menurut Hamidzun antara penyelewengan yang akan didedahkan adalah pembaziran kerajaan Selangor apabila ia membeli hutang syarikat korporat Talam Corporation bernilai RM392 Juta menggunakan wang rakyat.Kerajaan Negeri telah gagal untuk mengeluarkan kertas putih mengenai kedudukan hutang Talam Corporation seperti yang dijanjikan oleh Menteri Besar dalam sidang DUN,”katanya.
Sementara itu,Ketua Wira Perkasa Armand Azha Abu Hanifah juga memberitahu bahawa pihaknya menyeru kepada semua ahli Wira Perkasa dan rakyat Selangor untuk bersama-sama menyertai perhimpunan aman tersebut
POST BY WAYNE...
No comments:
Post a Comment